Panas betul cuaca sekarang kan..
saya bawak 2 bekas air masak setiap hari..paksa diri minum air masak banyak-banyak.
Pada mulanya rasa terpaksa tapi akhirnya saya kena akur dengan keadaan yang panas melampau ini.
Semalam,masa keluar ke bandar Kota Bharu,nampak penunjuk suhu 48'c pada jam 1700.
Kalau masa jam 1300 entah la berapa tahap kepanasannya.
Cerita gambar di atas pula..
Pisang pun jadi cepat masak dan tak sempat untuk di habiskan serentak.
Buat sesuatu la baru cepat habis.
Ok,saya jumpa resepi ringkas dan videonya kat .tiphero.com
Let's try buat
CHOCOLATE BANANA BITES
Bahan-bahan
1 1/2 cawan bitter sweet chocolate chips/coklat masakan
2 sudu besar minyak canola
3 biji pisang-potong bulat 1/2 inci setiap satu
bahan salutan-pilihan sendiri
kelapa kering
badam panggang
pecans/peanut
Cara membuatnya
- Dalam mangkuk campurkan minyak canola bersama coklat cip(saya menggunakan coklat masakan).
- Cairkan di dalam mikrowave ataupun guna kaedah double boiler.
- Celupkan potongan pisang ke dalam coklat cair dan salutkan dengan kelapa kering dan kemudiannya badam panggang.
- Di dalam resepi ini,saya menggunakan hanya almond nibs panggang sebagai salutan.
- Aturkan ke dalam loyang dan letak di dalam peti sejuk selama 3 jam.
- Boleh di simpan di dalam freezer letak dalam bekas kedap udara dan ia boleh tahan berminggu jika tidak mahu makan kesemuanya.
शिवपाल के शिकार बने युवा नेताओं को मिला अखिलेश का ‘वीटो’
BalasPadamReadmore todaynews18.com https://goo.gl/YE0Wyp