Try buat satu resepi biskut dari Majalah Saji Jun 2016 keluaran 200 resepi terbaik koleksi biskut dan kek.
Padan dengan namanya,agak rangup juga biskut gajus ini.
Malas nak terap dengan acuan bentuk gajus,saya guna penerap empat segi sahaja.Cepat siap.
Let's try baking
Bahan-bahan
150 gm tepung gandum
100 gm tepung jagung
10 gm tepung kastard
150 gm mentega
100 gm gula halus
10 gula perang
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh esen vanila
Hiasan
gajus
kuning telur campur sedikti air dan pewarna kuning
Cara membuatnya
- Mentega,gula halus dan gula perang di pukul hingga kembang.
- Masukkan telur dan esen vanila dan pukul sebati.
- Kemudian masukkan tepung gandum,tepung kastard dan tepug jagung.
- Uli hingga jadi doh
- Canai dan terap doh menggunakan acuan mengikut kreativiti anda.
- Hiaskan gajus di atas doh dan sapukan dengan kuning telur.
- Bakar dalam ketuhar pada suhu 150'c selama 20 minit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan