Rabu, 21 September 2016

RED VELVET COOKIES CHOCOLATE CHIP

Assalam buat semua..
Hari Jumaat ni nak melawat Abang Amzar kat kolejnya.
Awal-awal lagi saya dah menyiapkan homemade cookies untuknya. 
Dia suka makan homemade cookies yang ada coklat dan kacang.
Dapat dalam satu bekas sederhana bolehlah buat peneman untuk makan pada waktu malam.
Resepi dari Buku Sajian istimewa Shariah Abdullah.
Let's try baking

RED VELVET COOKIES CHOCOLATE CHIP

Bahan-bahan
200 gm mentega
100 gm gula perang
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
250 gm tepung 
1 sudu besar susu tepung
20 gm serbuk koko
garam secukup rasa
200 gm cip coklat
200 gm almond flakes
100 gm kismis
1 sudu teh pewarna merah

Cara membuatnya

  • Ayak tepung,susu tepung dan serbuk koko.Gaul rata dan ketepikan.
  • Pukul mentega dan gula perang hingga kembang dan gebu.
  • Tambah pewarna merah,cip coklat,kismis dan almond flakes.Gaul rata.
  • Tambah bahan ayak tadi dan gaul sehingga campuran membentuk doh.Jika terlalu lembik boleh tambah sedikit tepung lagi.
  • Sudukan adunan ke dalam dulang pembakar yang telah di alas dengan baking sheet.
  • Bakar dalam oven yang bersuhu 170'c selama 15-20 minit. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan