Selasa, 6 Disember 2016

VOL-AU-VENT


Assalam buat semua..
Kali ini saya nak kongsi satu resepi yang saya buat dalam cuti sekolah ni.
Anak-anak suka makan,tapi mereka tak berapa pandai menyebutnya.Pening saya nak ingatkan kembali apa yang pernah saya buat sebelum ini.
Sehinggalah mereka tunjukkan saya gambar yang pernah saya postkan dulu.
Baru lah tau apa yang sebenarnya.Pelupa tahap 4...
Terbelit lidah nak menyebutnya kata kakak Afiqah
Saya menggunakan pastry puff homemade dan intinya versi sendiri
Letak lah inti apa pun semua nya sedap belaka. 
Let's try buat.

Bahan-bahan
10 keping pastry puff
10 keping pepperoni daging
1 batang sosej
hirisan daun bawang

Sos putih
1/4 cawan mentega
1/4 cawan tepung gandum
1 cawan krim putar/susu segar
serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk cheese
1/2 kiub pati ayam

Untuk glis
1 biji kuning telur
setitis pewarna kuning
Cara membuatnya

  • Panaskan air dan celur pepperoni dan sosej sebentar.Toskan
  • Potong sosej bentuk kiub kecil.Ketepikan.
  • Ambil sekeping pastri puff dan tekap dengan acuan bulat/ring cutter.Tekap kesemuanya hingga habis.
  • Taburkan sedikit tepung ke dalam dulang pembakar.
  • Letak 5 keping potongan pastri di dalam dulang pembakar.
  • Sementara 5 keping lagi tekap dengan acuan bulat yang lebih kecil untuk membentuk lubang di tengahnya.
  • Letakkan di atas kepingan yang pertama tadi.
  • Gliskan denagn kuning telur.
  • Lebihan bahagian tengah boleh di bakar bersama.
  • Bakar di dalam oven dengan suhu 150'c selama 15 minit atau sehingga garing dan naik mengembang.
  • Keluarkan dari oven dan tekan sedikit bahagian tengah untuk membentuk lekukan.Ketepikan.
Buat sos putih

  • Cairkan mentega dan masukkan tepung gandun.Kacau rata.
  • Tambahkan susu segar atau krim putar dan kacau sehingga licin.
  • Masukkan serbuk cheese,kiub pati ayam dan serbuk lada hitam.
  • Sesuaikan rasa dan jika pekat sangat tambahkan sedikit air.

Ambil pastri yang telah siap di bakar,sudukan sos putih ke dalamnya.
Taburkan hirisan daun bawang
Letakkan pepperoni dan sosej di dalam sos putih
Sedia untuk di hidangkan.
Lebihan pastri bentuk kecil tadi boleh di cicah dengan sos putih.

6 ulasan:

  1. Nasib baik ada blog, boleh buat rujukan :D

    BalasPadam
  2. macam je ni Su boleh lah kaknoor ikut nnt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam ni jer Kak Noor..buat yang simple senang nak makan.

      Padam
  3. Cantik Su! Saya pun tak pandai nak sebut ha ha haa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye Amie..terbelit lidah anak saya nak menyebutnya.

      Padam