Kerabu pucuk paku atau kerabu lain-lain lagi boleh di buat dalam dua versi.
Dengan menggunakan santan atau guna kerisik sahaja.
dua-dua pun sedap
Tiada sukatan pun kalau nak buat kerabu.Sesedap dan secukup rasa sahaja.
Pucuk paku pun murah saja RM 2 untuk seikat.
cukup lah untuk sekali makan.
Let's try buat.
KERABU PUCUK PAKU
Bahan-bahan
1 ikat pucuk paku
2 ulas bawang merah-hiris nipis
1 cawan isi kerang
1/2 cawan kerisik
beberapa biji cili padi-potong kecil
jus limau nipis
sos ikan
sedikit gula
Bahan tumbuk
4 ulas bawang merah
1 sudu teh lada hitam biji
Cara membuatnya
- Didihkan air dan celur sebentar pucuk paku.Toskan.
- Kemudian celur isi kerang.
- Tumbuk lada hitam kemudian masukkan bawang merah.Tumbuk sampai hancur.
- Gaulkan semua bahan dalam mangkuk.
- Sesuaikan rasanya dan bolehlah di hidangkan.
Sedapnya... lama tak buat...
BalasPadamEmmm..sedap la jugak.bertambah selera makan nasi
Padamsedapnyer...
BalasPadamSedap kan...makan dengan nasi putih panas-panas,best jer.
BalasPadam