Saya cuba lagi buat Animal printed cake by Tastemade
Sungguh gebu dan lembut sekali kek ni.
Resepi dan cara membuatnya pun mudah saja.
Anak-anak saya suka makan kek gulung.
Sebab tu saya sentiasa cuba buat kek gulung dengan pelbagai versi
Yang ni pun best juga,boleh buat lagi selepas ini.
Resepi saya adjust sikit untuk di sesuaikan denagn citarasa sendiri.
Resepi di bawah dari Tastemade
Let's try baking.
ZEBRA SWISS ROLL CAKE
Bahan-bahan
3 biji telur
35 gm air
30 gm minyak sayur
15 gm gula kastor untuk kuning telur
45 gm gula kastor untuk putih telur
65 gm tepung gandum
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh esen vanila
Cara membuatnya
- Asingkan putih telur dan kuning telur.
- Campurkan gula,air,minyak sayur,esen vanila dan kuning telur dalam satu bekas dan pukul sampai kembang.
- Ayakkan tepung dan gaul rata ke dalam adunan.
- Putar telur putih sambil di masukkan gula sedikit demi sedikit.
- Putar sampai putih telur menjadi kaku/stiff peak.
- Masukkan sedikit demi sedikit putih telur ke dalam adunan pertama tadi dan gaul rata dengan spatula.
- Ambil satu senduk kecil adunan dan campurkan dengan serbuk koko dan gaul rata.
- Alaskan dulang pembakar dengan baking sheet.
- Paipkan adunan koko membentuk corak zebra di atas baking sheet.
- Bakar selama 1 minit dengan suhu oven 180'c.
- Keluarkan dari oven dan tuangkan adunan selebih yang berwarna putih dan bakar lagi selama 12 minit dengan suhu 180'c atau sehingga masak.
- Sejukkan kek sebelum di gulung dengan krim putar.
200 ml krim putar
15 gm gula aising
Putar sehingga stiff peak dan sapukan pada kek.
Gulung dengan perlahan-lahan sambil di tekan sedikit.
Simpan dalam peti sejuk selama 4 jam sebelum di potong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan