Hari ni nak kongsi satu resepi udang yang biasa saya masak.
Resepinya mudah dan ringkas sahaja
Masakan udang ni tak kira buat apa pun semuanya nampak sedap
Tambah- tambah kalau dapat udang besar.
Let's try masak
UDANG GALAH MASAM MANIS
Bahan-bahan
1/2 kg udang galah
1 labu bawang besar-hiris nipis
5 ulas bawang putih-cincang
3 sudu besar cili kering kisar
5 sudu besar sos cili Thai
2 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
1 sudu besar jus limau nipis
gula perang
serbuk cukup rasa Maggi
4 helai daun limau purut
minyak sayur untuk menumis
Cara membuatnya
- Perapkan udang dengan sebuk lada hitam dan lada putih.
- Goreng sekejap hingga udang bertukar merah.Ketepikan.
- Gunakan minyak yang sama dan tumiskan bawang putih cincang dan bawang besar hingga naik bau.
- Masukkan cili kering dan masak hingga naik minyaknya.
- Masukkan sos cili,sos tiram,daun limau purut dan sedikit air.
- Masukkan udang,serbuk cukup rasa Maggi,gula perang,serbuk lada hitam dan gaul rata.
- Masak dengan api sederhana hingga kuah sedikit pekat.
- Sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat.
- Taburkan batang daun ketumbar hiris untuk hiasan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan