Selasa, 13 Februari 2018

UBI KAYU KUKUS

Assalam buat semua..
Hari ni nak kongsi salah satu kuih kesukaan saya.
Kuih dulu-dulu tapi masih lagi dalam ingatan.
Cara membuatnya pun simple sahaja. 
Tapi biasalah kuih dulu-dulu ambil masa sikit nak menyiapkannya dan setengah-setengah tu tiada sukatan asas.
Let's try buat.

UBI KAYU KUKUS

Bahan-bahan
Ubi kayu-di parut
gula melaka-di parut
garam
kelapa muda parut

Cara membuatnya

  • Ubi kayu parut di perah keluar airnya .
  • Gaulkan dengan gula melaka dan garam ikut manis sendiri.
  • Panaskan pengukus hingga mendidih.
  • Kukus sehingga Ubi kayu bertukar warna jernih.
  • Sejukkan dahulu.
  • Makan dengan kelapa parut yang di gaul dengan sedikit gula dan garam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan