Dah lama tak makan Risoles Ayam
Kali terakhir saya buat dalam dua tahun lepas.
Lama-lama tak buat dah tentu rindu nak makan lagi.
Saya buat untuk satu adunan kemudian letak kat freezer.
Kalau nak makan defrost saja
Kemudian baru salut dengan serbuk roti.
Let's try buat.
RISOLES AYAM KRIM
Bahan inti
5 ulas bawang merah -cincang halus
1 dada ayam-potong kecil/cincang
2 sudu makan tepung gandum
200 ml susu segar
1/2 cawan karot parut
daun sup-hiris halus
lada putih
1 kiub pati ayam
gula,garam secukupnya.
- Tumis bawang hingga harum
- Masukkan ayam,kacau hingga berubah warna.
- Masukkan karot parut dan kacau lagi.
- Tambahkan tepung gandum dan kacau.
- Tuang susu cair sedikit-sedikit sambil di kacau sampai sebati.
- Masukkan kiub ayam.
- Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan daun sup.
- Masak sehingga berkrim dan pekat
- Angkat dan ketepikan
Bahan kulit
300 gm tepung gandum
2 sudu makan tepung ubi kayu
2 biji telur
700 ml susu segar
30 gm marjerin di cairkan
sedikit garam
Blend kesemua bahan hingga sebati dan tapiskan.
Bahan pelapis
2 biji telur-di kacau
breadcrumbs secukupnya
- Panaskan kuali non stick.Sapu sedikit minyak dengan tisu.
- Tuang satu senduk adunan dan dadar nipis.
- Buat hingga habis-kuali tidak perlu di sapu minyak lagi.
- Ambil sekeping kulit dan letak inti.
- Gulung seperti membuat kuih ketayap ataupun di lipat segitiga.
- Celupkan ke dalam telur dan salutkan dengan breadcrumbs.
- Goreng dalam minyak panas dengan api sederhana.
- Hidangkan dengan sos pilihan.
Hai Suzana,
BalasPadamlama tak singgah sini,
harap sihat selalu, dan terus rajin kongsi resepi.
Ambil sekeping risoles ayam krim ye, nampak sedap sangat!
Hai Amie yang sentiasa di ingati
Padamkesibukan membuatkan kita semakin jarang bertemu di ruangan ini
saya sihat-sihat sahaja.
ambil lah nak sekeping...memang sedap!