Hampir sebulan tidak hadir di ruangan ini..
hari-hari rindu.
seperti saya rindukannya....
tapi masa selalunya berlalu begitu sahaja.
tanpa belas,tanpa amaran.
meninggal kan hari-hari yang semakin lewat ini
tanpa menoleh ke belakang lagi
alangkah..
Dan ia tinggal menjadi kenangan.
Gambar masakan ni pun kenangan juga, dok terperap dalam draf lama sudah.
Hari ini nak kongsi cara membuatnya..mudah saja.
Let's try buat
KERABU LALA
Bahan(tiada sukatan asas-semuanya secukup dan sesedap rasa))
Lala
daun ketumbar siam
lada merah/cili padi
bawang besar
Sos Mae phranom
serai
sos ikan
jus limau nipis
garam dan gula
Cara membuatnya
- Celur lala sampai kulitnya terbuka,angkat dan toskan.
- Potong halus semua bahan.
- Masukkan kesemuanya dalam mangkuk dan gaul sebati.
- Sesuaiakan rasanya dan boleh di hidangkan(rasanya masam-masam manis).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan