Assalam buat semua..
Atas permintaan anak-anak saya cuba buat.
Letak gula aising saja untuk taburan walaupun ank-anak request nak celup coklat.
Kebetulan saya malas nak cairkan coklat...coklat cair ready made pun dah habis.
Tunggu lah saya buat lagi selepas ini. Anak-anak reda..hahaha.
Churros ni rangup ,sedap jer makan petang-petang sambil tengok drama Korea.
Let's try buat.
CHURROS
Bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 sudu besar marjerin
1 sudu besar gula
1 biji telur ayam
1/2 sudu teh esen vanila
1/4 sudu teh garam
Cara membuatnya.
- Panaskan kuali dan cairkan marjerin.
- Masukkan air,gula,garam dan esen vanila.Biarkan sampai mendidih,tutup api.
- Masukkan tepung gandum dan gaul sebati dengan senduk kayu.
- Biarkan sejuk dalam 5 minit.
- Pukul telur sekejap dan masukkan ke dalam adunan tepung gandum.
- Masukkan adunan dalam piping bag dan guna acuan samperit.
- Panaskan minyak untuk goreng tenggelam.Guna api sederhana.
- Picitkan adunan ke dalam minyak dan potong dengan gunting mengikut panjang yang di sukai.
- Goreng hingga keperangan.
- Toskan minyak dan sejukkan dahulu sebelum di tabur gula aising atau biarkan saja dan di celup coklat cair.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan