Saya buat ayam percik ni lepas jumpa sayap ayam banyak sangat dalam peti.Bila agaknya My bodyguard beli sayap sahaja dan tidak beritahu saya.Lepas fikir-fikir.. jom kita buat Ayam Percik.Lama sungguh tak makan Ayam Percik.Nak cari penyakit ni,makan santan!
AYAM PERCIK
Olahan:daridapursuzana
Bahan-bahan
- 1 ekor ayam
- 300ml santan
- 5 batang serai
- 2ulas bawang putih
- 1 cm.halia
- 3 tangkai cili kering
- 5 ulas bawang merah
- 1 keping asam gelugor
- garam/gula secukup rasa
- Rebus ayam sekejap bersama bawang putih dan halia.Ketepikan.
- Tumbuk semua bahan-bahan lain.
- Masukkan santan dan semua bahan- bahan tumbuk ke dalam periuk.
- Masukkan serai yang telah dititik dan asam keping.
- Kacau sentiasa di atas api sederhana .Masukkan garam dan gula ikut kesesuaian rasa masing-masing.
- Sementara itu,bakar ayam sehingga masak,siramkan kuah percik sambil dibalik-balikkan atas api.(saya guna dapur arang)...klasiknya!
- Semasa menghidang,siram kuah percik selebihnya ke atas ayam.Sedia untuk dimakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan