Ahad, 25 September 2011

SOFT BUTTER BUN

 BUAT ROTI LAGI 

Masa lepas raya ni,banyak stok makanan  yang tinggal lagi.Seperti tepung roti ,ia tidak digunakan langsung semasa bulan puasa.Jadi lepas raya ni teringin pula makan roti.Tengok inti tak ada dalam peti ais ,jadi saya buat roti kosong aje.Supaya nampak seksi dan mengiurkan serta 'yummy' saya taburkan serbuk badam,badam cincang,bijan yang masih ada dalam almari stok makanan.

Gambar:Adunan roti belum dibakar

Bahan -bahan doh
  • 330gm.tepung high protein
  • 50gm gula kastor
  • 2 sudu besar susu tepung
  • secubit garam
  • 1 biji telur gred C
  • 2 sudu besar yis segera mauripan
  • 140ml.air
  • 30gm.mentega

Cara membuatnya
  • Campurkan semua bahan diatas kecuali mentega hingga ia menjadi doh(lebih kurang 10 min).
  • kemudian uli sebentar di atas papan pencanai sambil ditabur tepung sekali-sekala(doh agak melekit) .
  • Bulatkan dan simpan didalam bekas dan biarkan selama 30min-1 jam.
  • Jika adunan telah naik berganda dari yang asal,tekan doh dengan hujung jari.Jika adunan tidak turun bermakna ia sedia untuk di bentukkan.
  • Keluarkan doh dan uli sebentar dalam 1 min.
  • Bahagikan doh sebanyak 60gm. setiap satu(saya agak je)dan bentukkan ikut suka.
  • Di dalam gambar ini saya gulungkan adunan jadi bulat seperti spiral.
  • Biarkan naik sekali lagi lebih kurang 1 jam.Bila dah naik renjiskan dengan air dan taburkan hiasan.
  • Bakar pada suhu 200'C selama 25min.
  • Roti yang telah masak sejukkan diluar saja .Saya menutupnya dengan sehelai tuala bersih.(supaya roti sentiasa lembut).

Sumber resipi hanamemorries.tq

Tiada ulasan:

Catat Ulasan