Pemakanan untuk Penurunan Berat Badan
- Jika anda mengurangkan pengambilan kalori sebanyak 500 kkal sehari , anda boleh menurunkan berat badan sebanyak 0.5 kg seminggu.
- Dalam sebulan,anda akan kehilangan berat badan sebanyak 2 kg hingga 4 kg.
- Pengurangan berat badan yang disarankan adalah sebanyak 10% daripada berat badan asal dalam masa 6 bulan.
- Sekiranya penurunan berat badan melebihi 10% dalam masa 6 bulan , anda akan;
- Berisiko tinggi mendapat batu hempedu
- Elektrolit tidak normal
- Kekurangan nutrien
- Peningkatan asid urik
- Kehilangan protein dan otot
- Selepas 6 bulan,penurunan berat badan akan statik dan anda tidak akan mengalami penurunan berat badan lagi.
- Ini adalah kerana ,apabila berat badan anda menurun , tahap metabolisme juga menurun kerana kehilangan otot-otot.
- Oleh yang demikian, adalah penting untuk menggabungkan DIET dan SENAMAN dalam proses penurunan berat badan .
Pengurusan Pemakanan Untuk Berat Badan Berlebihan
- Untuk menurunkan berat badan
- Untuk mengekalkan berat badan yang normal.
- Untuk menghalang peningkatan berat badan .
- Untuk mengurangkan risiko darah tinggi , diabetis mellitus dan penyakit jantung .
- Untuk meningkatkan kualiti kehidupan,berasa lebih sihat dan bertenaga.
- Untuk mengurangkan pengambilan kalori.
Untuk mengurangkan berat badan , anda perlu mengurangkan pengambilan makanan secara berperingkat dengan teratur
· Pastikan anda mengikut Panduan Pemakanan Malaysia.
· Cuba kurangkan pengambilan hasil bijirin , ubi - ubian, ikan , ayam , daging dan kekacang.
Kurangkan pengambilan kalori dengan ;
· Pastikan anda mengikut Panduan Pemakanan Malaysia.
· Cuba kurangkan pengambilan hasil bijirin , ubi - ubian, ikan , ayam , daging dan kekacang.
Kurangkan pengambilan kalori dengan ;
- menggunakan sedikit minyak semasa memasak
- mengurangkan penggunaan gula seperti gula pasir , gula perang , madu dan gula yang tersembunyi dalam makanan dan minuman.
- meningkatkan pengambilan serat seperti sayur - sayuran , buah -buahan dan hasil bijirin seperti oats kerana makanan ini akan menyebabkan anda berasa kenyang dalam jangkamasa yang lebih lama.
- minum air kosong dengan banyak sekiranya mengambil makanan tinggi serat
Indeks Jisim Tubuh ( BMI )Indeks Jisim Tubuh adalah satu pengukuran yang digunakan untuk menentukan samada berat badan anda normal atau tidak . Indeks Jisim Tubuh yang normal ialah dari 18.5 hingga kurang daripada 25.
|
Contoh Menu untuk Penurunan Berat Badan
- Saranan Pengambilan Diet seharian bagi warga emas lelaki adalah 2000 kkal dan warga emas perempuan adalah 1800 kkal.
- Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan , saranan pengambilan diet seharian ialah 1200 kkal hingga 1500 kkal .
- Dapatkan nasihat Pakar Pemakanan atau Dietitian untuk menentukan keperluan anda
Contoh Menu 1200 kkal
Sarapan (7.00 - 7.30 pagi) |
|
Makan Tengahari (12.30 - 1.00 tgh) |
|
Minum Petang (3.30 - 4.00 ptg ) |
|
Makan Malam ( 6.30 - 7.00 ptg ) |
|
Contoh Menu 1500 kkal
Sarapan (7.00 - 7.30 pagi) |
|
Minum Pagi (10.00 - 10.30 pagi) |
|
Makan Tengahari (12.30 - 1.00 tgh ) |
|
Minum Petang (3.30 - 4.00 ptg ) |
|
Makan Malam ( 6.30 - 7.00 ptg ) |
|
Penurunan Berat Badan - Kekal Sihat Dan Cergas
- Penurunan berat badan terbukti dapat menurunkan tekanan darah bagi individu yang berlebihan berat badan.
- Anda perlu mengawal pengambilan makanan anda berdasarkan Panduan Pemakanan Untuk Penurunan Berat Badan. Lakukan senaman secara teratur.
Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar:Cik Google
Tiada ulasan:
Catat Ulasan