Sabtu, 4 Februari 2012

KEK MENTEGA BELANG
























Salam bahagia buat semua yang membaca.Hari ini saya nak entrikan Kek Mentega Belang yang selalu sahaja di buat di rumah ini.Ini versi  En.Z yang tidak suka makan kek aising.Kalau buat kek kosong macam ni barulah dia makan.Gambarnya di ambil di tempat biasa iaitu di dalam hutan simpan flora hijau di tepi rumah!...
KEK MENTEGA BELANG

Sumber:EJ@ raqin rafiqyn

Bahan-bahan
  • 125 gm.mentega
  • 115 gm.gula kastor 
  • 2 biji telur
  • 1sdk.esen vanila
  • 150 gm.tepung naik sendiri
  • 15 ml. air
  • pewarna pilihan
Cara membuatnya 
  • Ayak tepung naik sendiri dan ketepikan.Alaskan loyang dengan baking sheet dan panaskan oven terlebih dahulu
  • Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  • Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang dan sebati.
  • Masukkan esen vanila dan pukul adunan sebentar.
  • Tambahkan tepung sedikit demi sedikit.Kacau rata dengan spatula(cara kaup-balik).
  • Masukkan pula air dan kacau hingga sebati.
  • Bahagikan adunan  kepada 3 bahagian yang sama banyak dan warnakan ikut pilihan sendiri.
  • Paipkan/lapiskan adunan berselang -seli hingga adunan habis.
  • Bakar dalam oven pada suhu 170' C selama 45 min.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan