Salam bahagia buat semua..
Baru pulang dari tugasan malam..non-hectic night!
Hari ini saya entrikan satu lagi masakan sambal iaitu Sambal telur masin.Ia tidak perlu di tambah garam lagi kerana telurnya sudah masin. Sedikit gula di masukkan untuk seimbangkan rasanya.
SAMBAL TELUR MASIN
Sumber:daridapursuzanaBahan-bahan(3 orang)
- 2 biji telur masin
- 2 sudu besar cili kering kisar
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- sedikit gula
- 1 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar bawang merah kisar
- 1 sudu besar bawang putih kisar
- sedikit minyak untuk menumis
Cara membuatnya
- Pecahkan telur di dalam mangkuk dan kacaukan.Potong kecil telur kuning(telur masin mengandungi telur kuning yang pejal dan tidak pecah).
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan kedua-dua bawang kisar dan tumiskan hingga sedikit garing.
- Masukkan cili kering kisar dan goreng sehingga cili masak.Tambahkan sos cili dan sos tomato.
- Masukkan telur masin tadi dan kacau hingga hancur dan sedikit kering.Tambahkan sedikit air dan gula jika perlu.
- Masukkan serbuk lada hitam.Sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat dan hidangkan.
- Sedap di makan bersama nasi putih dan ikan goreng serta sayur yang di celur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan