Isnin, 2 Julai 2012

HONEY DEW DENGAN SOS MANGGA

Salam bahagia buat semua....
Saya membuat dessert ini selepas menonton salah satu rancangan masakan di Asian Food Channel yang di hoskan oleh salah seorang chef selebritinya Tapi lupa pula nak catit namanya .Buat dessert ni pun ingat-ingat lupa sebab kertas catatan resipi pada hari itu hilang entah kemana.Jadi saya buat setakat yang di ingat sahaja.

HONEY DEW DENGAN SOS MANGGA
Sumber:Asian Food Chanel
Bahan-bahan
  • 1/2 biji honey dew
  • 1 biji mangga manis-potong dadu)
  • 1 bekas yogurt perisa asli/perisa mangga(135 gm.)
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • kacang tanah tumbuk(pilihan)
Cara membuatnya
  • Gunakan scoop buah pada Honey dew untuk di jadikan bentuk bulat-bulat dan susun dalam bekas dessert.
  • kisarkan buah mangga yang di potong dadu bersama yogurt dan susu pekat manis hingga menjadi puri mangga.Simpan sedikit untuk hiasan.
  • Curahkan sos mangga di atas buah Honey dew tadi dan taburkan kacang tanah tumbuk.Sejukkan dahulu sebelum di makan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan