Isnin, 2 Julai 2012

TERUNG BAKAR SAMBAL BELACAN

TERUNG BAKAR SAMBAL BELACAN
Sumber:dari dapursuzana

Bahan-bahan
  • beberapa biji terung
  • sambal belacan

Salam bahagia buat semua yang sudi singgah sekejap di sini...
Resipi yang mudah dan ringkas -sambil makan terung bakar ni dengan ikan bakar berkunyit duduk pula di tepi sawah padi,sambil pula leka melihat padi yang tengah menguning.Itulah nostalgia yang membuat saya kembali teringat kenangan mengusik jiwaaa.. semasa sekolah rendah dahulu tapi sekarang....uwaaa!!.. duduk di tepi sawah padi pun tak dapat lagi.
Terung bakar ini rasanya manis bila di bakar dengan menggunakan dapur arang .Agak-agak nak masak tu bolehlah di angkat,jangan sampai rentung pula kulit luarnya.
Saya suka makan sambal belacan yang di letakkan hirisan limau kasturi di dalamnya ataupun mangga muda yang di parut halus.Konklusinya..habis muka naik jerawat!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan