Jumpa resepi ni kat blog Izah Daut,teringin cuba membuatnya sebab nampak sedap dan rangup tambahan pula dicicah dengan sos kegemaran ,lagi seronok makan ramai-ramai.Kalau harap anak nak makan sosej ketam begitu sahaja jangan haraplah.Lastly buat cucur habis juga jejari ketam saya dalam peti sejuk tu!.
CUCUR KETAM
Sumber:Izah Daut
Bahan-bahan
1 1/4 cawan tepung gandum
10 batang jejari ketam
1/2 biji bawang besar
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 / sudu teh garam
3/4 sudu teh baking powder-sudu rata
1/2 sudu kecil pati ayam
1/4 cawan air
1 biji telur
Bahan saya tambah.
1/2 batang lobak merah parut
2 pokok daun bawang-hiris halus
Cara membuatnya
- Masukkan air,telur.bawang besar dan kisar bahan tadi
- Dalam mangkuk besar masukkan tepung,baking powder,garam,pati ayam,serbuk, lobak merah-parut ,daun bawang dan jejari ketam di potong dadu dan gaul rata.
- Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah di kisar tadi.Kacau sebati.
- Kemudian masukan ke dalam peti ais selama 20-30 min..
- Panaskan minyak scukupnya dan bolehlah di goreng cucur tadi sehingga warna kekuningan dan masak.
- Hidangkan dengan sos pilhan.
salam kak..
BalasPadamem,sedapnya makan cucur ketam..Nampak simple ja resepi..bleh la buat jugak nanti ni..
cuba lah buat ,lepas satu-satu nanti masuk mulut!
Padamsalam kenal buat tenkubutang.thanks sudi follow..kita dah follow blog awak nice!.
BalasPadam