Cubaan pertama kali buat Kek Chiffon...bolehlah untuk makan sendiri!.Kek ini mempunyai rasa keju dan coklat,ralit juga makan, lepas sekeping -sekeping masuk mulut kerana ia lembut dan gebu tak terasa time mengunyah agaknya...Macam biasa saya suka cuba resepi dari Evelyn.
CHOCOLATE CHEDDAR CHIFFON CAKE
Sumber:My Baking Workshop.Thanks Evelyn.
Bahan-bahan
A
4 biji kuning telur gred A
70 ml susu segar
45 ml air
80 ml minyak jagung
1/4 sudu kecil garam
80 gm gula kastor
Bahan di ayak
135 gm tepung gandum
15 gm serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
B
50 gm cheddar cheese-di parut
C
4 biji putih telur
60 gm gula kastor
1/8 sudu kecil cream of tartar
Cara membuatnya
- Panaskan oven pada suhu 175'c.Sediakan loyang chiffon 9 inci.
- Dalam mangkuk yang besar,satukan semua bahan A.Gaul sebati dan masukkan bahan B dan gaul rata.
- Pukul bahan C hingga kembang dan bertanduk/stiff.Kaup-balikkan dengan adunan A campur B tadi hingga sebati.
- Tuang adunan kek ke dalam loyang yang di sediakan.Bakar selama 40 mnit.
- Segera terbalikkan loyang kek bila sudah masak.Sejukkan dahulu baru di keluarkan dari acuan.
- Taburkan atas kek dengan gula aising jika suka.
,assalam
BalasPadamSedap kek chiffon yg gebuss
Versi voklat akak pun blm try ni
try la anak-anak tentu suka..
Padam