Rabu, 12 Mac 2014

GULAI LEMAK IKAN HARUAN

As-Salam buat semua...
Ikan Haruan ialah sejenis ikan air tawar yang biasanya hidup dalam sungai dan tali air.Mengenang kembali...dulu-dulu selalu juga makan Ikan Haruan yang dapat segar dari sungai tapi sekarang ni kalau nak makan kena cari kat pasar tani,tu pun jarang-jarang jumpa.Semasa saya pergi Pasar Jelawat pada Jumaat lepas terjumpa ikan ni,terus saja beli dua ekor.Dah lama tak makan kata my bodyguard,kalau buat gulai ni sedap juga.Dah orang request kita buat saja... 

GULAI LEMAK IKAN HARUAN
Olahan:daridapursuzana 
Bahan-bahan
1ekor ikan haruan saiz sederhana- dibersihkan dikerat
Santan secukupnya untuk kuah


Bahan kisar
2 biji bawang merah

1 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering 

1/2 inci kunyit 
1 inci lengkuas
1 sudu kecil biji ketumbar
1 sudu kecil beras
1 cawan air

Bahan lain
sedikit garam
1 keping asam keping/gelugor

pucuk daun asam kandis
daun kesum


Cara membuatnya
 
  • Kisar bawang merah,bawang putih,cili kering,kunyit,biji ketumbar,beras dan lengkuas bersama 1 cawan air hingga halus. 
  • Masak santan sampai mendidih dan masukkan bahan yang dikisar tadi.
  • Masukkan ikan dan biar sampai mendidih.
  • Masukkan asam keping dan sedikit garam.Tambahkan daun kesum,pucuk daun asam kandis.
  • Biarkan sekejap lagi dan bila kuahnya sesedap rasa,bolehlah di hidangkan dengan nasi putih.


6 ulasan:

  1. mesti sedap ni.
    emmm...Tanya sikit...nape letak beras ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. resepi tradisi ore kelate letak beras untuk memekatkan kuahnya dan rasanya lebih lemak macam kita guna buah keras juga.

      Padam
  2. Gulai darat..nyum2. Aah..knpa letak beras?

    BalasPadam
  3. salam kak su..

    nampak menarik..tapi sya x pandai makan ikan tu..

    BalasPadam