Cuti sekolah dah bermula dan dalam kepala dah macam-macam fikir nak buat itu dan ini tapi tak tau lagi sempat ke tidak.Lagipun saya tidak bercuti panjang dalam minggu ini cuma ambil setakat tiga hari sahaja.Semalam sempat juga buat muffin ni kerana nak menghabiskan stok yogurt dan bahan-bahan lain.Bolehlah buat makan-makan pada petang nanti.
MUFFIN YOGURT STRAWBERRY
Sumber:Intai dapur.blogspot.thanks Liza.
Bahan-bahan
2 cawan
tepung gandum
1 1/2 sudu kecil soda
bikarbonat
3/4 sudu kecil baking
powder
1/2 sudu kecil
garam
1 cawan yogurt
plain/perasa pilihan
2 biji
telur
2/3 cawan gula
kastor
100 ml minyak
sayur/ butter cair
1 sudu kecil esen
vanila
1 sudu kecil strawberry
paste
5-7 biji
strawberry size sederhana -cincang kecil
Cara membuatnya
- Ayakkan tepung bersama baking powder, soda dan garam.
- Gaulkan bahan ayak hingga sebati.Ketepikan.
- Satukan pula yogurt, telur, gula, minyak, esen vanila, strawbery paste dan sebatikan hingga licin.
- Masukkan bancuhan yogurt tadi ke dalam tepung.
- Kaup balik sehingga sebati lebih kurang 1 minit.
- Biarkan jika adunan agak berketul-ketul asalkan tidak terlebih gaul.
- Sendukkan ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 180'C selama 25-28 minit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan