Hari ini selepas selesai kena audit 5s,dah lega dari stress saya ambil separuh hari bertugas dan pulang ke rumah.Masuk dapur pada sebelah petangnya cari popia ni yang dah hampir seminggu di buat tapi tak sempat nak di goreng.Lepas siap saya simpan dalam freezer dulu.Bentuknya pun dah tak cantik lagi.Time panas dan tengah rangup tu laju saja makannya dengan sos pencicah.
POPIA INTI SAYUR DAN TELUR
Bahan-bahan
kulit popia secukupnya
2 biji telur
1 batang karot
1/2 biji sengkuang
1 batang timun
3 ulas bawang putih-cincang halus
1 labu bawang besar-potong dadu
bawang goreng -tumbuk hancur
serbuk lada hitam
serbuk lada sulah
serbuk cukup rasa Maggi
minyak canola utk. menumis
1 sudu besar tepung gandum-campur sedikit air
sos pencicah
Cara membuatnya
- Karot,sengkuang dan timun di parut.Ketepikan.
- Panaskan minyak canola dan tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga naik baunya.
- Pecahkan telur,campur dengan serbuk lada hitam dan lada sulah,pukul sebati.
- Masukkan ke dalam kuali dan sentiasa kacau supaya ia jadi ketulan kecil.
- Tambahkan semua sayur parut tadi dan gaul rata.
- Tambahkan serbuk cukup rasa dan gaul rata.
- Angkat,toskan air jika ada dan ketepikan
- Bentangkan kulit popia dan letak intinya dan taburkan bawang goreng hancur.
- Gulung kemas-kemas dan sapu hujung dengan pes tepung gandum sebagai gam.
- Buat sehingga habis.
- Goreng di dalam minyak sederhana panas.
- Hidangkan bersama sos pencicah pilihan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan