Buat muffin untuk di makan pada hujung minggu.Pada hari persekolahan saya jarang buat kudapan untuk anak-anak kerana kedua-duanya pulang lewat petang dari sekolah.Kiranya hari Jumaat dan Sabtu boleh cooking with soul lah!.Perbezaan di antara kek cawan dan muffin,ia boleh di panaskan kembali sebelum di makan.Jadi kalau nak makan muffin panas-panas tu boleh di masukkan sebentar di dalam miktowave.Let's try baking.Resepi dari
Azie Kitchen.thanks ..
CHOCOLATE CHIPS MUFFIN
Bahan-bahan
125 gm tepung gandum
7 gm baking powder
75 gm minyak masak
75 gm susu segar
75 gm gula kastor
1 biji telur B
1/ sudu teh esen vanila
sedikit coklat cips-taburan
Cara membuatnya
- Panaskan oven pada suhu 180'c.
- Ayak tepung gandum dan baking powder.Ketepikan.
- Kacau sebati minyak sayur,susu gula,telur dan esen vanila .
- Masukkan sedikit demi sedikti tepung dan kacau sebati dengan spatula sehingga tidak bergentel.
- Masukkan ke dalam paper cup sebanyak 3/4 penuh.
- Taburkan coklat cips di atasnya.
- Bakar dalam oven selama 30 minit atau sehingga masak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan