Rabu, 11 Mac 2020

SERIKAYA PULUT


Assalam buat semua..
Sekarang ni tengah fenomena Monsun Timur Laut yang menyebabkan cuaca panas melampau.
Bersyukurlah dengan cuaca panas yang Allah turunkan ini.
Untuk melawan Coronavirus(Covid-19) yang sedang menular.
Virus yang tidak tahan dengan cuaca panas melebihi 25'c.
Semoga kita semua di lindungi dari wabak ini.Aamiin

Ok..nak kongsi resepi Serikaya Pulut.
Kuih tradisional ini popular di Negeri Kelantan.
dan ia adalah kuih kesukaan anak-anak saya.
Sebab itu saya cuba belajar membuatnya sendiri..boleh kurangkan sikit rasa manisnya.

Gambar kedua,potongan tidak berapa kemas sebab ia di potong semasa masih panas lagi.
Kalau lambat ambil gambar dah tentu habis.
Let's try buat.

SERIKAYA PULUT

Bahan
500 gm beras pulut-rendam semalaman
300 ml santan pekat
300 ml air
2 sudu kecil garam
2 sudu kecil gula

Lapisan atas
10 biji telur-pukul sebati
400 ml. santan pekat
250 gm.gula melaka
1 sudu besar tepung jagung
2 helai daun pandan-carik dan simpul
1/4 sudu kecil garam
sedikit pewarna coklat

Cara membuatnya
  • Tanak/masak beras pulut.Gaul santan dengan garam.
  • Bila sudah masak,gaul dengan santan.
  • Padatkan pulut tanak di dalam bekas(saya guna bekas kaca tahan panas).
  • Sediakan periuk pengukus.Masukkan daun pandan ke dalam air mendidih.
Lapisan atas
  • Blend santan,tepung jagung bersama gula melaka yang telah di racik halus.
  • Tuangkan ke dalam adunan telur.
  • Tambahkan garam dan sedikit pewarna coklat.Kacau rata.
  • Tapis dan tuang ke atas pulut tadi.
  • Kukus hingga masak.
  • Sejukkan sebelum di potong.
**Saya buat separuh dari sukatan resepi di atas.

4 ulasan:

  1. Memang cuaca sungguh panas. Setiap kali masuk kelas, keluar kelas habis basah baju, muka berminyak2 berkilat hahaaaa. Alhamdulillah ada hikmahnya.
    Tengok permukaan serikaya tu rasa nak makan jew...suka sangat saya dengan serikaya pulut!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye la panas juga di sini..walaupun bertugas dalam aircond tapi baju tu rasa melekit juga!.oo..kalau dah suka tentu kena buat ni.

      Padam