Hari ini saya tidak bertugas.Dapat cuti dua hari selepas habis dari
tugasan malam.
Pagi-pagi masuk dapur,ambil pisang frozen dan lembutkan.
Nak buat Cekodok Pisang.
Makan panas-panas boleh habis sepinggan ni.
Sumber: Majalah RASA
Let's try buat.
CEKODOK PISANG
Bahan-bahan
5 biji pisang saiz besar
2 sudu makan marjerin
5 sudu makan gula pasir(ikut manis sendiri)
1sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam
2 cawan tepung gandum
Cara membuatnya
- Satukan kesemua bahan kecuali tepung gandum dan lenyek hingga sebati
- Bila dah sebati,masukkan tepung gandum.
- Gaul sekata bersama pisang tadi.
- Rehatkan adunan selama 10-15 minit.
- Panaskan minyak dan jemputkan adunan tadi.
- Goreng guna api perlahan hinga garing dan masak.
- Angkat dan toskan.
- Marjerin untuk merangupkan tekstur luaran kulit cekodok bila di goreng. dan menghalang minyak dari menyerap ke dalam Cekodok.
- Cekodok akan wangi dan akan mengekalkan rasa aslinya.
- Jangan goreng cekodok dengan api besar kerana akan hangit dan tidak masak di dalam.
- Untuk hasil Cekodok yang cantik,hanya jemputkan bancuhan ke dalam minyak.
- Nanti ia akan sendiri membulat (jika bancuhan itu di buat dengan baik)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan