Assalam buat semua..
Hari ini saya kongsi satu lagi resepi makaroni kesukaan anak-anak.
Resepinya ringkas sahaja,ikut versi sendiri,sesedap dan secukup rasa.
Saya buat untuk hidangan makan malam,cukup lah untuk hari ini,tidak perlu makan nasi dah.
Let's try buat
MAKARONI GORENG
Bahan
1 paket makaroni 250 gm.
isi ayam-cincang
2 sudu besar cili kisar
bawang besar-dadu kecil
bawang putih-cincang
sayur kubis
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap manis
1 kiub pati ayam
serbuk cukup rasa Maggie
garam
Untuk hiasan
bawang goreng
hirisan daun sup
cili hijau
Cara membuatnya
- Rebus makaroni sehingga lembut. Angkat,toskan air.
- Dalam kuali,panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu.
- Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili masak.
- Masukkan ayam cincang dan kacau sehingga ayam sedikit kering airnya.
- Masukkan sos tiram,sos cili,kicap manis,pati ayam dan serbuk cukup rasa,garam dan gaul rata.
- Masukkan makaroni yang di rebus ke dalam kuali dan gaul rata.
- Masukan sayur dan biarkan sebentar. Jangan terlalu lama kerana sayur akan jadi lembik.
- Bila semua rasa sudah sebati ,masukkan ke dalam bekas,taburkan bawang goreng dan cili potong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan