Assalam buat semua..
Kek mentega marble ni selalu saja saya buat kat rumah.
Kek ni tak jemu di makan kerana ianya seperti kek marjerin versi dulu-dulu.
Lukis corak kesukaan diatas untuk cantikkannya.
Let's try baking
Kredit to Azlina Ina
KEK MENTEGA MARBLE
Bahan
200 gm.tepung naik sendiri
6 biji telur gred A
1 sudu besar ovalette
3 sudu besar susu pekat
1/4 cawan susu segar
3 sudu besar susu tepung
170 gm.gula kastor
150 gm.mentega-cairkan
Cara membuatnya
- Masukkan kesemua bahan kecuali mentega ke dalam pemutar.
- Putar dengan kelajuan tinggi selama lebih kurang 5 minit hingga adunan gebu dan kelihatan putih.
- Masukkan mentega cair dan kaup-balik hingga rata.
- Ambil sedikit adunan dan letak pewarna pilihan.
- Alas loyang 9x9 dan masukkan adunan kek.
- Letak adunan yang berwarna diatas dan buat corak pilihan.
- Bakar dalam oven pada suhu 150'c selama 50-60 minit bergantung oada oven masing-masing.
- Bila masak,terbalikkan diatas jaringan petak-petak.
- Hias dengan coklat cip.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan