Rabu, 25 Ogos 2021

MUSHROOM SOUP

Assalam buat semua..
Mushroom soup ni adalah kesukaan anak-anak.
Biasanya ia di makan bersama Garlic bread. 
Tapi anak-anak suka makan dengan Roti Bun kecil yang saya salut dengan breadcrumbs dan di goreng .
Buat makan-makan di waktu petang
Ulang lagi esoknya pula buat sarapan pagi.
Ok let's try buat.

MUSHROOM SOUP

Bahan
500 ml full cream milk/fresh milk
300 ml air
1 tin sos cendawan ayam
1 tin cendawan butang-hiris atau cincang
1/2 cawan tepung gandum(untuk pekatkan kuah) 
1 kiub pati ayam
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Keju Cheddar parut(optional)
Serbuk lada hitam

Cara membuatnya
1.Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau rata. 
2.Masak dengan api sederhana hingga mendidih. 
3.Kepekatan kuah bergantung pada kesesuaian sendiri. 
4 Akhir sekali parutkan keju cheddar ke dalam kuah. Kacau rata. 
5.Sedia untuk di hidang. 

Bun goreng
20 biji bun kecil
2 biji telur-kacau
Breadcrumbs
Minyak untuk menggoreng 

Cara membuatnya
1.Panaskan minyak dengan api sederhana. 
2.Celupkan bun dalam telur.
3.Salutkan dengan breadcrumbs. 
4.Goreng dan toskan.

Ahad, 15 Ogos 2021

KEK MENTEGA

Assalam buat semua.. 
Jam 0220 pagi,semasa catatan ini di buat
Mata masih belum mahu lelap.
Tulis saja resepi di sini
Kek Mentega yang selalu di buat di rumah ini. 
Sampaikan resepinya dah ingat dalam memori. 
Tidak begitu manis dan tidak muak. 
Let's try baking 

KEK MENTEGA

Bahan
6 biji telur gred A
160 gm gula kastor 
3 sudu besar susu pekat manis
150 gm. mentega- di cairkan
200 gm. tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila

Cara membuatnya
1.Panaskan oven dan ayakkan tepung gandum dan baking powder.
2.Campurkan kesemua bahan kecuali mentega cair. 
3.Putar dengan kelajuan sederhana kemudian naikkan speed laju.
4.Bila adunan sudah putih dan gebu, masukkan mentega cair dengan cara kaup-balik sampai rata. 
5.Alas loyang 8x8 dengan baking sheet. 
7.Masukkan adunan dan lukis corak jika suka. 
8.Hentakkan loyang untuk keluarkan udara terperangkap .
9.Bakar dalam oven dengan suhu 140'c selama 45 minit hingga 1 jam bergantung pada oven masing-masing.
10.Bila sudah masak, keluarkan dari loyang dan letak di atas papan kek. 
11.Sedia untuk di hidangkan. 

Jumaat, 13 Ogos 2021

ROTI JALA

Assalam buat semua.. 
Saya buat Roti Jala ini sempena harijadi
Kakak Afiqah yang ke-26 tahun.
Tengok Roti jala yang cantik-cantik rasa teruja pula nak cuba buat sendiri. 
Walau tak secantik orang lain tapi puashati sebab anak-anak sukakannya.
Kuahnya Kari daging cincang campur karot. 

ROTI JALA

Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
3  1/2 cawan air
2 biji telur 
1/2 cawan minyak
Sedikit garam
Pewarna kuning

Cara membuatnya 
1.Satukan kesemua bahan dan blend.
2.Bila kesemua bahan bergaul rata, tapiskan. Bahagikan kepada dua bahagian.
3.Satu bahagian di letak pewarna kuning, satu bahagian lagi tanpa pewarna 
4.Masukkan adunan ke dalam bekas acuan Roti jala.
5.Sapukan sedikit minyak guna tisu pada kuali leper. 
6.Kiraikan kesemua adunan sampai habis. 


Isnin, 2 Ogos 2021

KOREAN GARLIC CHEESE BREAD


 Assalam buat semua..
Sedap jer makan roti ni..heaven!
Saya guna Bun readymade yang saiz kecil tu
Satu pek ada dalam 10 biji
Senang nak makan dan cepat habis. 
Let's try buat

KOREAN GARLIC CHEESE BREAD

Bahan sos bawang putih
Bawang putih-cincang
2 sudu makan mentega
1 biji telur
2 sudu makan mayonis
Parsley

Cara penyediaan
  • Cairkan mentega,Biarkan sejuk seketika.
  • Campurkan kesemua bahan dan gaul rata.
Bahan inti
250 gm cream cheese
2 sudu makan susu pekat

Cara penyediaan
  • Campur cream cheese dan susu pekat hingga sebati.
  • Masukkan ke dalam piping bag
Cara membuatnya
  • Roti bun belah 4.Paipkan bahan inti.
  • Sapukan sos bawang putih.
  • Jika suka boleh taburkan lagi parsley cincang di atas roti
  • Bakar dalam oven dengan suhu 150'c selama 15 minit ataupun roti kelihatan perang.