Isnin, 30 April 2018

PUDING SUSU NENAS

Asalam buat semua..
Hari ini saya kongsikan satu resepi puding yang mudah dan ringkas sahaja.
Sedap di makan sejuk-sejuk time panas ni.
Boleh juga di jadikan dessert selepas makan.
Let's try buat

PUDING SUSU NENAS

Bahan-bahan
1 paket agar-agar serbuk/11gm
1 tin susu cair
800 ml air
1 tin nenas kiub-potong kecil/toskan
1 cawan air sirap nenas tin
susu pekat manis -ikut sukatan manis sendiri
1 sudu teh creamy vanila
sedikit pewarna kuning
sedikit garam

Cara membuatnya

  • Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali nenas kiub.
  • Kacau di atas api perlahan sehingga mendidih.
  • Masukkan nenas kiub dan tutup api.
  • Masukkan ke dalam acuan pilihan.
  • Sejukkan dahulu sebelum di masukkan ke dalam peti sejuk.

Rabu, 11 April 2018

RISOLES AYAM KRIM

Assalam buat semua..
Dah lama tak makan Risoles Ayam
Kali terakhir saya buat dalam dua tahun lepas.
Lama-lama tak buat dah tentu rindu nak makan lagi.
Saya buat untuk satu adunan kemudian letak kat freezer.
Kalau nak makan defrost saja
Kemudian baru salut dengan serbuk roti.
Let's try buat.

RISOLES AYAM KRIM

Bahan inti
5  ulas bawang merah -cincang halus
1 dada ayam-potong kecil/cincang
2 sudu makan tepung gandum
200 ml susu segar
1/2 cawan karot parut
daun sup-hiris halus
lada putih
1 kiub pati ayam
gula,garam secukupnya.

  • Tumis bawang hingga harum
  • Masukkan ayam,kacau hingga berubah warna.
  • Masukkan karot parut dan kacau lagi.
  • Tambahkan tepung gandum dan kacau.
  • Tuang susu cair sedikit-sedikit sambil di kacau sampai sebati.
  • Masukkan kiub ayam.
  • Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Masukkan daun sup.
  • Masak sehingga berkrim dan pekat
  • Angkat dan ketepikan
Bahan kulit
300 gm tepung gandum
2 sudu makan tepung ubi kayu
2 biji telur
700 ml susu segar
30 gm marjerin di cairkan
sedikit garam

Blend kesemua bahan hingga sebati dan tapiskan.

Bahan pelapis
2 biji telur-di kacau
breadcrumbs secukupnya
  • Panaskan kuali non stick.Sapu sedikit minyak dengan tisu.
  • Tuang satu senduk adunan dan dadar nipis.
  • Buat hingga habis-kuali tidak perlu di sapu minyak lagi.
  • Ambil sekeping kulit dan letak inti.
  • Gulung seperti membuat kuih ketayap ataupun di lipat segitiga.
  • Celupkan ke dalam telur dan salutkan dengan breadcrumbs.
  • Goreng dalam minyak panas dengan api sederhana.
  • Hidangkan dengan sos pilihan.

Sabtu, 7 April 2018

COKLAT CIP COOKIES

Assalam buat semua..
Satu lagi resepi Biskut coklat cip yang di cuba rasa oleh saya.
Ok juga resepi ni.
Biskutnya rangup dan sedap.
Cuma saya kurangkan sedikit kemanisannya.
Let's try baking

COKLAT CIP COOKIES

Bahan-bahan
1 cawan butter
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan gula kastor   saya guna 1/3 cawan
1 biji telur
1 sudu teh creamy vanila
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu besar tepung beras
1/2 sudu teh baking soda
1 cawan coklat cip

Cara membuatnya

  • Pukul butter dan kedua-dua gula hingga sebati.
  • Masukkan creamy vanila dan telur.
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan baking soda dan gaul hingga sebati.
  • Adunan mestilah tidak melekat di tangan.Tambah tepung jika perlu.
  • Akhir sekali masukkan coklat cip dan gaul rata.
  • Taburkan sedikit tepung dalam loyang.
  • Sudukan adunan ataupun bentukkan bulat seperti dalam gambar.
  • Bakar dalam suhu 160'c selama 15-20 minit sehingga sedikit perang bergantung pada oven masing-masing.
  • Sejukkan dahulu sebelum di simpan.