style="text-align: center"

Khamis, 16 Mei 2019

PISANG MASAK SANTAN

Assalam buat semua..
Ramadhan ke-11
Ok..dessert dari pisang.
Pisang mestilah sederhana masak,tidak boleh yang lembik sangat.
Sedap di makan sejuk-sejuk.
Saya belajar membuatnya dari arwah ibu .
Let's try buat

PISANG MASAK SANTAN

Bahan-bahan
5 biji pisang  saiz sederhana-belah dua
1 cawan santan pekat
1/2 cawan air
2 biji telur
1 sudu teh esen pisang/esen vanila
2 helai daun pandan
gula dan garam secukup rasa

Cara membuatnya

  • Carikkan daun pandan dan susun dalam periuk
  • Susun pisang yang telah di belah di atas daun pandan.
  • Pukul telur,santan,esen pisang, air,gula dan garam sampai sebati.
  • Curahkan di atas susunan pisang.
  • Reneh dengan api perlahan sehingga pisang lembut sedikit.
  • Angkat dan sejukkan sebelum di masukkan ke dalam peti sejuk.

PHOTO OF THE WEEK


Selasa, 14 Mei 2019

LALA MASAM MANIS

Assalam buat semua..
9 Ramadhan 2019
Hari ini saya kongsikan satu resepi makanan laut yang mudah.
Masakan ni sedap di makan  dengan nasi atau makan begitu saja.
Rasa kuahnya yang masam manis begitu membuka selera.
Let's try masak.

LALA MASAM MANIS

Bahan-bahan
1/2 kg.lala
6 helai daun limau purut
1 sudu besar jus limau nipis
1 senduk kecil sos Mae Phranom/sos cili thai
3 sudu besar sos plum
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 cawan daun ketumbar siam cincang
1 biji cili merah-potong bulat
1 labu bawang putih-cincang
1/2 labu bawang besar-potong kiub kecil
2 batang serai-titik
2 sudu teh tepung jagung

Cara membuatnya

  • Basuh Lala dan toskan.
  • Campurkan kesemua sos dan tepung jagung dalam mangkuk dengan 1 cawan air.Kacau rata.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
  • Masukkan bancuhan sos,serai,daun limau purut,jus limau nipis.Biarkan mendidih.
  • Masukkan Lala dan gaul rata.
  • Masukkan 1/2 cawan daun ketumbar siam cincang
  • Sesuaikan rasanya.
  • Bila nampak kulit Lala terbuka ,bolehlah di angkat.
  • Taburkan daun ketumbar siam selebihnya dan cili merah.
  • Sedia untuk di hidangkan

Isnin, 13 Mei 2019

SOS CHEESY WEDGES HOMEMADE

Assalam buat semua..
Ramadhan ke-8
Resepi hari ini untuk orang yang tak makan nasi masa berbuka.
Makan panas-panas Potato wedges ni dengan curahan sos cheesy yang lemak-lemak masin sungguh membuka selera.
Bila dah buat sendiri,buat apa letak sikit-sikit.
Ia lebih mudah dan jimat.
Kalau cicah dengan makanan bergoreng lain pun sedap juga.
Baru puashati makan.
Di dalam gambar Sos Cheesy berwarna kunig,mayonis warna putih dan sos cili.
Let's try buat.

SOS CHEESY WEDGES HOMEMADE

Bahan-bahan
1 tin susu cair
1 sudu mkan tepung gandum-bancuh dengan sedikit air
1  atau 1/2 kiub pati ayam
4 sudu makan mentega
6 keping keju Cheddar
1 sudu teh serbuk lada hitam
sedikit pewarna kuning

Cara membuatnya

  • Cairkan mentega dan masukkan semua bahan di atas kecuali bancuhan tepung gandum.
  • Kacau dengan api sederhana sampai semua bahan larut dan sebati.
  • Masukkan bancuhan tepung gandum.Kacau hingga pekat.
  • Siap dan masukkan ke dalam bekas.
  • Simpan dalam peti sejuk dan boleh tahan selama 1 minggu.
Potato wedges
Potong potato bentuk baji
Rebus sekejap.Toskan.
Celup dalam tepung Bestari dan goreng hingga garing.

Sabtu, 11 Mei 2019

CHICKEN SANDWICH AND CHEESE SLIDERS

 Assalam buat semua..
Hari ini 6 Ramadhan.
Saya kongsikan satu resepi olahan semula dari roti.
Dah try buat sebelum bulan puasa dan rasanya sedap bagi saya.
Sesuai untuk berbuka puasa atau bersahur bagi yang tidak makan nasi.
Intinya boleh di pelbagaikan mengikut citarasa sendiri seperti sardin atau tuna.
Resepi dari Tasty dan di olah mengikut citarasa sendiri.
Let's try buat

CHICKEN SANDWICH AND CHEESE SLIDERS

Bahan-bahan
12 biji roti bun kosong-jangan pisahkan.
1 paket chicken sandwich Gourmessa toast-ada 6 keping
6 cheese slices/Mozarella parut
1/2 labu bawang besar-hiris nipis
capsicum-potong kiub kecil
Tomato ceri-belah dua/tomato biasa-potong kiub
mentega /mayonis untuk sapuan

Cara membuatnya

  • Roti belah tengah satu baris,jangan pisahkan.
  • Sapu mentega/mayonis.
  • Celur sekejap chicken sandwich dan toskan.
  • Susun di atas roti.
  • Susun cheese slices
  • Tutup bahagian atas roti.
  • Cairkan mentega dan campurkan dengan apa-apa spices yang di sukai,saya guna basil.
  • Sapukan rata-rata di atas roti
  • Taburkan bijan jika suka
  • Bakar dalam oven dengan suhu 170'c selama 15 minit dengan suhu 170'c.


Selasa, 7 Mei 2019

IKAN PATIN KENGSOM

Assalam buat semua..
Hari kedua Ramadhan.
Resepi asal menggunakan Ikan Siakap tetapi cuma ada Ikan patin sahaja dalam peti sejuk.
Saya buat jugalah sebab dah nak makan sangat.
Ia adalah sejenis masakan Asam Pedas siam yang mempunyai rasa masam,manis dan pedas.
Let's try masak

IKAN PATIN KENGSOM

Bahan-bahan
1 ekor ikan patin
2 asam keping
1 cawan air asam jawa
1 sudu teh gula melaka
1/2 biji nenas masak
1 ikat kangkung
2 batang serai-di ketuk
garam secukup rasa


Bahan kisar
1 tangkai cili merah
15 tangkai cili padi
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 hiris lengkuas
sedikit belacan

Cara membuatnya

  • Masukkan bahan kisar.air asam jawa,asam keping dan air secukupnya ke dalam periuk.
  • Masak hingga mendidih.
  • Masukkan nenas dan serai.Masak hingga mendidih seketika.
  • Masukkan ikan.
  • Setelah ikan masak,masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Tutup api dan masukkan kangkung kerana mahu kangkung yang rangup.
  • Sedia untuk di hidangkan.

Rabu, 1 Mei 2019

BISKUT

Kesalahan yang selalu berlaku ketika membuat biskut

TERLALU PADAT
  • Tepung terlalu tinggi kandungan protein/gluten
  • Terlalu banyak tepung
  • Tidak cukup lemak atau mentega
  • Sukatan gula tidak tepat.
  • Mengadun terlalu lama.
 

TERRLALU RAPUH            
  • Terlalu banyak gula,lemak/mentega,agen  penaik
  • Pengadun tidak sempurna
  • Tidak cukup telur








TERLALU KERAS
  • Pengadunan tidak sempurna
  • Bakar terlalu lama
  • Tepung terlalu tinggi kandungan protein/gluten
  • Terlalu banyak tepung
  • Tidak cukup lemak atau mentega dan cecair
                                                      
                                      
                                                                                                        
                                                            
                                                                TIDAK GARING
  • Suhu oven terlalu rendah
  • Tidak cukup bakar,
  • Tidak cukup gula










TERLALU KEMBANG
  •  Suhu oven telalu 
  • Tidak cukup tepung 
  • Terlalu banyak gula,agen penaik,cecair
  • Terlebih glis dulang
                                                                




TERLALU PERANG
  • Suhu oven terlalu tinggi
  • Bakar terlalu lama
  • Terlalu banyak gula




TIDAK CUKUP KEMBANG
  • Suhu oven terlalu tinggi
  • Terlalu banyak tepung
  • Tepung terlalu tinggi kandungan protein/gluten
  • Tidak cukup gula,agen penaik dan cecair
  • Dulang tidak di glis




MELEKAT DI DULANG
  • Glis dulang tidak rata
  • Terlalu banyak gula
  • Pengadunan tidak sempurna






TERLALU KERING
  • Tidak cukup cecair.lemak/mentega
  • Bakar terlalu lama
  • Terlalu banyak tepung
SUMBER
MAJALAH SAJI/OKTOBER 2015
CHEF AMER
SUMBER IMEJ:GOOGLE

Isnin, 29 April 2019

CRAB MAYO BUN CHEESE

 Assalam buat semua..
Resepi ini dari rakan setugas saya,Belinda Josephine .
Thanks Bell!.
Mudah,ringkas dan sedap pula.
Anak-anak suka makan,nanti kena repeat buat lagi.
Let's try buat

CRAB MAYO BUN CHEESE

Bahan-bahan
Burger bun/bun biasa
keju Mozarella
Filamen ketam
daun ketumbar
susu pekat manis
mayonis
serbuk lada sulah
serbuk lada hitam

Cara membuatnya

  • Potong roti di bahagian atasnya.Ketepikan.
  • Cincang halus filamen ketam,gaulkan dengan mayonis, serbuk lada sulah,serbuk lada hitam,sedikit susu pekat manis.
  • Letakkan di atas bun tadi.
  • Taburkan keju Mozarella dan daun ketumbar.Taburkan sedikit lagi serbuk lada hitam.
  • Bakar sebentar sampai keju cair dengan suhu 150'c.


STREET ART @Pengkalan Kubor.

 Assalam buat semua..
This is the Street Art at kawasan membeli belah bebas cukai,Pengkalan Kubor,Tumpat,Kelantan.
Sebuah bandar kecil yang hampir dengan sempadan Malaysia-Thailand.
Syurga membeli-belah untuk pelancong-pelancong dan juga penduduk tempatan.
Tapi kena tengok juga harganya,ada juga setengah-setengah barang tu di Kota Bharu lebih jauh murahnya.
Jadi kena pandai-pandai menawar harga.
So ini lah kenangan...
Orang lain pergi ke sana untuk membeli-belah.
Saya pula semata-mata pergi hanya untuk ambil gambar Street Art ini.
Simpan sahaja di sini...
Buat tatapan nanti.

Sabtu, 27 April 2019

PUDING ROTI KARAMEL

Assalam buat semua..
Ni salah satu dari resepi cara nak melupuskan roti yang dah hampir nak due date.
Jadikan ia dessert dan di makan sejuk-sejuk..emmm memang sedap!.
Bulan puasa dah dekat,bolehlah di buat untuk berbuka nanti.
Ok..let's try buat.

PUDING ROTI KARAMEL
Bahan-bahan

4 keping roti
3 biji telur
1/2 cawan susu pekat/ikut kemanisan sendiri
2 cawan air suam
1 suud kecil esen vanila

3 sudu besar gula
1 sudu besar air

Cara membuatnya

  • Masukkan 3 sudu besar gula ke dalam kuali non stick dan masak sampai gula cair dan perang.
  • Kemudian masukkan 1 sudu besar air. Kacau sampai semuanya cair.
  • Tuangkan ke dalam loyang dan ketepikan.
Masukkan kesemua bahan lain ke dalam blender dan kisar sampai halus.
Setelah itu masukkan ke dalam loyang karamel tadi.
Kukus selama 40 minit atau sehingga masak.
Sejukkan dahulu sebelum di masukkan ke dalam peti sejuk.

FAMILY DAY GENG BONE206 2 ZAMRUD

 Assalam buat semua..
Nak simpan di sini semua memori ini..
Bila waktu berlalu pergi segalanya hanya tinggal kenangan abadi.
Masa tak akan kembali lagi..
Yang tinggal hanyalah diari abadi dalam sebuah catatan bernama kenangan.
 Family Day Wad 2 Zamrud di Pantai Permai,Bachok,Kelantan.Tema..Red on beaches.
Hargailah kenangan itu selagi kita mengingatinya...
Pasti tidak akan berulang lagi kenangan yang sama.

Rabu, 24 April 2019

CANAPE TUNA MAYONIS

Assalam buat semua..
Hari ini saya kongsikan resepi untuk menyediakan kudapan yang mudah ini
Menarik dan sedap di makan sebagai appetiser.
Selain dari roti putih,roti perang juga sesuai di gunakan.
Resepi inidi ambil dari Buku Masakan Idea hidangan parti oleh Chef Fazalina
Saya membeli buku ini kira-kira setahun yang lepas di Pameran buku Big Bad Wolf,Penang.
Banyak resepi yang ringkas dan sedap di dalamnya.

Canape adalah,
Ia berasal dari perkataan Perancis yang bermaksud couch atau sofa.
Makanan bersaiz kecil yang ringkas dan mudah di sediakan
Biasanya ia di makan dalam satu suapan sahaja.

CANAPE TUNA MAYONIS

Bahan-bahan
10 keping roti sandwich
1 1/2 tin tuna flake
sedikit lada sulah
1/2 cawan mayonis
1 biji tomato/tomato ceri
daun sup

Cara membuatnya

  • Terap roti dengan acuan bulat.Buat sehingga habis. Ketepikan.
  • Masukkan isi tuna ke dalam mangkuk dan leraikan isinya.
  • Masukkan mayonis dan lada sulah,gaul sebati.
  • Sapukan mayonis pada kesemua roti yang di terap tadi.
  • Letakakn sedikit tuna flakes,tomato dan daun sup  di atas roti.
  • Buat sampai habis dan hidangkan.

Isnin, 8 April 2019

DAGING GORENG THAI

Assalam buat semua...
Resepi daging goreng thai ni saya jumpa kat Fb
Rasanya amat sedap dan sesuai di makan besama nasi putih.
Membuatnyanya pun tidak lah rumit sangat
Lagi sedap jika di gunakan daging yang lembut dan ada sedikit lemak
Let's try buat

DAGING GORENG THAI
800 gm daging
5 sudu makan biji ketumbar-kisar/tumbuk
4 ulas bawang putih-tumbuk/hiris halus
1 sud makan lada hitam-kisar/tumbuk
2 sudu makan sos tiram
garam secukup rasa
mentega

*Gaul daging dengan semua bahan kecuali mentega dan bawang putih
perap selama 30 minit atau 2 jam.

serbuk cili thai
gula kabung/gula putih
2 sudu makan beras goreng-sangai dan kisar halus
2 sudu makan air limau nipis
3 sudu makan air asam jawa
kicap sotong/sos ikan

daun ketumbar siam-hiris

Cara membuatnya

  • Panaskan mentega hingga cair,tumiskan bawang putih.
  • Kemudian amsukkan daging perapan.Kacau sebati.
  • Masukkan serbuk cili Thai,beras goreng,air limau nipis,air asam jawa,gula kabung dan kicap sotong secukup rasa.
  • Bila air dah kering dan ia akan bersatu dengan rempah.
  • Angkat dan taburkan daun ketumbar siam.

Ahad, 7 April 2019

VIETNAMESE SPRING ROLL

Assalam buat semua..
Kembali ke ruangan ini yang setia menunggu saya hadir.
Saya yang kadang-kadang rindu untuk bertandang di sini...tapi tak sempat.
Tetapi saya tak pernah melupakannya ..
Seperti baru semalam kita bertemu..ehh.
Ok..siapa yang suka makan ni...saya suka tapi tak berapa rajin nak buat.
Susah juga nak cari rice paper ni pada mulanya.
Lastly saya jumpa kat AEON Mall,Kota Bharu.
Sedap jer cicah dengan sos cili Thai.
Ok..let's try buat.

VIATNAMESE SPRING ROLL

Bahan-bahan
rice paper
meehoon atau suhun
daun salad
filamen ketam
udang
karot
*boleh juga di tambah bahan-bahan lain yang di sukai

Bahan sos pencicah
sos cili thai

Cara membuatnya

  • Potong panjang karot dan celur karot,filamen ketam dan udang dan buang kulitnya.
  • Rendam suhun dalam air panas dan toskan.
  • Ambil sehelai daun salad dan balutkan suhun ke dalamnya.Buat sampai habis
  • Ambil sekeping rice paper,celup sekali lalu dalam air suam.
  • Susun salad,udang atau filamen ketam dan karot
  • Lipat kanan dan kiri dan gulung hingga kemas.
  • Pastikan tidak buat terlalu tebal untuk elak rice paper dari koyak.
  • Siap..boleh cicah dengan sos.
*Saya menggunakan sos cili Thai readymade

PHOTO OF THE WEEK


Sabtu, 30 Mac 2019

RICH CHOCOLATE CHIPS MUFFIN

Assalam buat semua...
Hari ini di Kota Bharu,Klate adalah hari terakhir cuti sekolah selama seminggu.
Esok sekolah dah di buka semula.,.teruskan rutin hidup seperti biasa.
Seminggu ni sibuk makan kenduri sini-sana,jalanraya pun kadang-kadang jem teruk.
Dalam pada dok gi kenduri sampai tujuh tempat,sempat lagi saya curi-curi masa masuk dapur.
Let's try baking.

RICH CHOCOLATE CHIPS MUFFIN

Bahan A
2 biji telur
1/2 cawan gula perang
100 ml susu segar
120 ml minyak jagung
1 sudu teh esen vanila

Bahan B
190 gm tepung gandum
1 sudu teh double action baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan coklat cip

Cara membuatnya

  • Satukan semua bahan A dan ayakkan bahan B ke dalam bahan A.
  • Gaul rata.Jangan terlebih gaul.
  • Tuang adunan 3/4 penuh ke dalam cawan cupcake/muffin.
  • Bakar dalam oven dengan suhu 170'c selama 20 minit bergantung pada oven masing-masing.
Chocolate Mousse

125 gm krim putar
25 gm serbuk koko
30 gm gula halus
1/2 sudu besar serbuk nescafe/mocha paste
1/2 sudu besar gelatine
2 susu besar air panas

Cara membuatnya

  • Satukan air panas dan serbuk gelatine.Kacau sebati.
  • Putar krim hingga kental.
  • Tambahkan serbuk koko,gula,serbuk Nescafe/Mocha paste.
  • Pukul dengan kelajuan perlahan.
  • Akhir sekali masukkan larutan gelatine.Kacau rata.
  • Biarkan sekejap di dalam peti ais sebelum di paipkan di atas kek.
  • Hias mengikut kesukaan.

Isnin, 25 Mac 2019

KUIH BAKAR KELAPA dan CREAM CRACKERS

 Assalam buat semua..
Resepi kuih ni dah hampir 10 tahun saya simpan.
Sekali tu tengah kemas almari buku terjumpa pula buku resepi lama.
Belek punya belek terjumpa pula resepi yang sedap ni.
Boleh di makan potong ataupun guna scoop sahaja.
Atasnya garing dengan meringue dan lapisan bawahnya lembut.
Let's try baking

KUIH BAKAR KELAPA dan CREAM CRACKERS

Bahan-bahan
400 ml santan
500 ml susu segar/full cream milk/susu cair
80 gm gula kastor
2 cawan serbuk biskut cream crackers
1 cawan kelapa muda parut
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu makan gula
sedikit garam
2 biji putih telur

Hiasan
cornflakes/serbuk biskut

Untuk meringue
Putar putih telur dengan gula(80 gm )hingga stiff.


  • Campurkan santan,susu,gula (2 sudu besar) dan sedikit garam.
  • Panaskan di atas api sederhana sambil di kacau sebati selama 2 minit.
  • Masukkan serbuk biskut dan kelapa parut.
  • Kacau hingga pekat dan alihkan dari api.
  • Masukkan esen vanilla.
  • Masukkan ke dalam bekas kaca tahan panas yang telah di lengser minyak.
  • Ratakan bahagian atas dengan meringue.
  • Bakar adunan dengan suhu 200 'c sehingga meringue berwarna keemasan.
  • Tukar api bawah sahaja dan tabur hiasan bila meringue keemasan lebih kurang 5 minit.
  • Keluarkan dari oven dan sejukkan.


Rabu, 20 Mac 2019

SOSEJ AYAM DAN SAYUR

Assalam buat semua..
Anak-anak saya tidak begitu gemarkan dada ayam.
Kena proses buat sesuatu supaya dada ayam tu habis dan selamat di makan oleh semua orang..hihi
Ok..saya terjumpa menu sedap dan mudah
Sosej Ayam homemade.. yang di olah menjadi bentuk sosej barulah anak-anak makan.
Ada sayur dan tiada perasa tambahan
Let's try buat

SOSEJ AYAM DAN SAYUR

Bahan-bahan
1 biji ubi kentang-di potong
4-5 keping dada ayam-hiris kecil
2 biji telur
sayuran kegemaran(saya letak karot dan daun sup)
1 biji bawang besar-hiris
sedikit serbuk lada hitam
sedikit lada sulah
garam secukup rasa
4 sudu makan tepung ubi(bancuh dengan1/2 gelas air)

Cara membuatnya

  •  Satukan semua bahan dalam mesin pengisar dan kisar halus.
  • Masukkan adunan ke dalam plastik aiskrim. Ikat hujungnya.
  • Rebus dalam 10-15 minit.
  • Bila masak,sejukkan dan keluarkan dari plastik dan goreng.Makan dengan sos cili Thai atau mayonis.

Isnin, 18 Mac 2019

IKAN SIAKAP KUKUS TOMYAM

Assalam buat semua..
Ikan Siakap ini dari pemberian seorang kawan baik,Nik Rosli yang suka memancing.
Ikannya bersaiz agak besar dan tak muat periuk kukus
Jadi saya potong dua dan di letak melintang begini barulah muat periuk kukus.
Kali ini saya masak salah satu resepi ikan kukus.
Kuah perasa tomyam yang sedap juga.
Let's try masak

IKAN SIAKAP KUKUS TOMYAM

Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap
1 sudu teh serbuk cukup rasa Maggi
1 sudu besar minyak masak
100 ml air atau lebih
1 kiub stok Tom Yam Maggi
3-4 helai daun limau purut-di carik
1 sudu besar gula/saya ganti dengan 3 biji asam boi
2 sudu besar jus limau nipis

Bahan kisar
2 biji cili merah-buang biji
2 tangkai cili kering-buang biji rendam air suam
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Bahan untuk kukus
2 batang serai-ketuk
3 cm lengkuas-ketuk
2 biji tomato-potong
1 biji bawang besar-hiris nipis
1/2 batang karot-hiris halus

 Hiasan
2-3 biji cili pading potong
hirisan limau nipis/lemon
daun ketumbar siam

 Cara membuatnya

  • Perap Ikan Siakap dengan Maggi cukup rasa selama 30 minit-1 jam.
  • Di atas kuali,tuang satu sudu besar minyak masak dan tumis kesemua bahan kisar bersama daun limau purut hingga naik baunya.
  • Tuangkan air secukupnya dan masukkan lengkuas,serai,kiub pati Tom Yam.
  • Letak gula/asam boi,jus limau nipis,hirisan karot,bawang besar,tomato dan tambahkan maggi cukup rasa jika mahu.Tutup api.
  • Letak Ikan Siakap di dalam bekas tahan panas dan kukus dengan suhu tinggi selama 20-25 minit atau sehingga ikan masak sempurna.
  • Akhir sekali,taburkan hirisan lemon,cili padi potong dan daun ketumbar siam di atas hidangan.
  • Hidangkan.



Rabu, 13 Mac 2019

AGAR-AGAR SANTAN PANDAN

Assalam buat semua..
Agar-agar ni saya buat dengan menggunakan Kelapa Pandan yang di tanam sendiri.
Pokok Kelapa Pandan mempunyai santan yang beraroma pandan wangi.
Saya tidak menambah pewarna,jadi warnanya kelihatan asli,hijau pucat.
Sedap di makan sejuk-sejuk di musim panas dengan suhu 32'c di Kota Bharu hari ini.
Let's try buat.

AGAR-AGAR SANTAN PANDAN

Bahan-bahan
1 paket agar-agar tali/24 gm
5 cawan air
1 1/2 cawan santan pekat
1 biji telur
2 helai daun pandan
sedikit garam
gula ikut manis sendiri

Cara membuatnya

  • Didihkan agar-agar dengan air dan daun pandan hingga larut.
  • Masukkan gula secukup rasa dan garam.
  • Keluarkan daun pandan.
  • Bancuh santan pekat dengan telur dan kacau rata.
  • Masukkan perlahan-lahan ke dalam adunan agar-agar mendidih sambil di kacau perlahan.
  • Bila ia mendidih sekali lagi,padamkam api.
  • Masukkan ke dalam bekas sesuai dan sejukkan.
  • Masukkan ke dalam peti sejuk.

Ahad, 10 Mac 2019

CHEESY STUFFED TOMATOES

Assalam buat semua..
Makanan side dish yang sedap di makan begitu saja atau makan dengan Ayam bakar.
Untuk menu diet low carbo pun boleh juga.
Ia adalah makanan western yang sesuai di makan bila-bila masa sahaja
Let's try buat.

CHEESY STUFFED TOMATOES

Bahan-bahan
6 biji tomato saiz besar-keluarkan isinya.
4 ulas bawang putih-cincang
1/2 bawang besar-cincang
2 batang sosej ayam-dadu kecil/isi ayam/daging
2 sudu besar serbuk roti
daun basil/daun ketumbar-cincang halus
keju cheddar/mozarella parut
Serbuk lada sulah
serbuk lada hitam
Olive oil

Cara membuatnya

  • Panaskan Olive oil dan masukkan bawang putih dan bawang besar cincang.
  • Tumis hingga naik baunya
  • Masukkan sosej cincang atau isi ayam/daging dan masak hingga berubah warna.
  • Masukkan daun basil/ketumbar cincang dan gaul rata
  • Tambahkan serbuk lada sulah,serbuk lada hitam dan sedikit keju parut.
  • Gaul rata dan akhir sekali masukkan serbuk roti.
  • Susun tomato dalam loyang.
  • Masukkan intinya sampai penuh.
  • Taburkan keju parut di atas inti.Taburkan sedikit lagi serbuk lada sulah dan lada hitam
  • Bakar dalam oven dengan suhu 170'c selama 20 minit atau sehingga keju cair atau kelihatan garing.

Rabu, 6 Mac 2019

VANILLA CREAM CHEESE MUFFIN

Assalam buat semua..
hari ini saya kongsikan resepi muffin yang gebu dan sedap ni.
boleh lah cuba buat kalau ada kerajinan.
bahan-bahannya pun mudah saja.
kalau nak makan panas-panas,masukkan sebentar dalam mikrovawe.
Let's try baking.

VANILLA CREAM CHEESE MUFFIN

Bahan-bahan
1 4/4 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu kecil baking powder
2 biji telur
1 1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan mentega cair
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan kismis

150 gm cream cheese
3 sudu besar gula aising

almond nibs/hiasan

Cara membuatnya

  • Ayak tepung bersama baking powder dan ketepikan.
  • Kacau cream cheese dan gula aising hingga lembut dan berkrim
  • Satukan kesemua bahan kecuali tepung dan cream cheese.Gaul hingga sebati.
  • Masukkan tepung dan gaul hanya sekadar bercampur.Jangan terlebih gaul.
  • Isikan muffin pan atau mangkuk kertas muffin hingga ke paras 2/3.
  • Bubuh sesudu cream cheese dan pusingkan sedikit supaya bercampur sedikit dengan adunan tepung.
  • Tabur almond nibs.
  • Bakar di dalam oven yang telah di panaskan pada suhu 175'c selama 18-20 mint bergantung pada oven masing-masing. 

Isnin, 4 Mac 2019

KEK MARBLE

Assalam buat semua..
Kek yang menjadi kesukaan saya semenjak dulu lagi
Selalu saja saya buat versi yang  tak berapa manis
Ia amat lembut dan gebu
Sedap di makan dan tidak muak
Let's try baking.

KEK MARBLE
Bahan-bahan
227 gm mentega
170 gm tepung gandum
130 gm gula kastor
5 biji telur dari peti sejuk
3 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar sunquick oren
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar ovalette
pewarna pilihan

Cara membuatnya

  • Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
  • Putar mentega,gula kastor hingga putih dan kembnag.
  • Tambahkan esen vanila,susu pekat manis,sunquick oren dan ovalette.
  • Pukul lagi hingga adunan rata dan sebati semuanya.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji dan teruskan pukul.
  • Kaup balik adunan bersama tepung .
  • Bahagikan kepada warna pilihan.
  • Alas baking tray dengan baking sheet.
  • Bakar dalam suhu 170 'c selama 45-50 minit bergantung pada oven masing-masing.

Ahad, 24 Februari 2019

CHICKEN MANGO

Assalam buat semua..
This is my favourite food dalam bulan puasa.
Saya hanya makan ayam ni sahaja tanpa nasi time berbuka.
Rasanya amat sedap bagi saya.
Ayamnya rangup di tambah dengan campur sos masam manis.
Let's try buat.

CHICKEN MANGO
Bahan-bahan
Isi ayam bahagian peha/dada-potong kecil
tepung goreng Bestari(pedas)
minyak untuk menggoreng

Campurkan tepung goreng Bestari dengan air.
Gaul dengan isi ayam dan biarkan seketika.
Golekkan dengan tepung bestari sekali lagi.
Goreng hingga rangup dan kekuningan/deep fry.

Bahan parut
Mangga lemak manis yang kurang masak/mangga muda
Karot
Bawang besar

Bahan sos
Sos Plum
Sos cili Thai
Sos tomato
potongan cili padi
sedikit air

Campurkan kesemua bahan sos dan panaskan di atas api sederhana.
Tambahkan cili padi dan angkat.
Isi ayam goreng rangup di gaulkan bersama bahan parut atau di letakkan di atas ayam
Curahkan sos
Sedia untuk di hidangkan
Sedap di makan panas-panas.

PHOTO OF THE WEEK.


Ahad, 17 Februari 2019

KEK COKLAT CHEESE LELEH


Assalam buat semua..
Dah lama tak buat kek coklat yang sedap.
Hari ni cuti..so kita main baking-baking.
Kek ni amat sedap sekali,rasa coklat yang di gabungkan dengan cheese.
Sesuai juga di kukus dalam bekas-bekas kecil atau acuan berlubang tengah.
Let's try baking

Bahan A
1 3/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula kastor
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat

Bahan B
1 minyak/minyak jagung
1/2 tin susu cair
1 cawan air panas campur 1/2 sudu teh garam dan 1 sudu teh serbuk nescafe.

Bahan C
3 biji telur gred A

Cara membuatnya
  • Satukan bahan A
  • Masukkan bahan B ikut turutan dan masukkan bahan C
  • Gaul sebati semua bahan.Nak blend pun boleh.
  • Masukkan ke dalam acuan pilihan dan kukus hingga masak.
  • Sejukkan.

Topping cheese
250 gm cream cheese
1 cawan non dairy whipping cream
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
*adunan ini boleh di buat separuh saja

Blend semua bahan hingga sebati
Tuang atas kek dan ratakan
Sejukkan di dalam peti sejuk.
Ayak serbuk koko di atas kek
Lebihan topping cheese di paipkan keatas serbuk koko.
Hiaskan mengikut kesukaan.



Sabtu, 16 Februari 2019

GETUK UBI KAYU

Assalam buat semua..
Kali pertama saya makan kuih ni di Negeri Sembilan
Ia di buat dalam bentuk bebola.
Rasanya sedikit manis,rangup di luar dan lembut di dalam.
Saya cuba buat sebab resepinya mudah sahaja.
Let's try buat

GETUK UBI KAYU

Bahan-bahan
1 kg.ubi kayu-kupas dan potong kecil
4 sudu makan gula
1 cawan kelapa parut
1/2 sudu teh garam
minyak masak secukupnya.

Bahan B
1 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung gandum
1/2 cawan air
garam secukup rasa

Cara membuatnya

  • Rebus ubi kayu,toskan dan tumbuk hingga hancur.
  • Gaulkan ubi kayu dengan gula,kelapa dan garam sehingga sebati.
  • Bentukkan seperti bebola kecil. Saya buat bentuk bulat leper.
  • Bancuhkan semua bahan B dan celupkan dengan bebola ubi.
  • Goreng menggunakan minyak yang panas sehingga berwarna keperangan.
  • Angkat dan toskan minyak.
  • Sedia untuk di hidang.




Rabu, 30 Januari 2019

AISKRIM DURIAN

Assalam buat semua..
Aiskrim ni ada rasa durian yang sedap.
Saya menggunakan isi durian frozen.
Ia masih ada rasa durian asli sebab masa di frozenkan durian masih fresh.
Let's try  buat.

AISKRIM DURIAN
1 cawan isi durian
1 tin susu cair
3 sudu besar susu pekat
1 sudu besar ovalette
sedikit pewarna kuning

Cara membuatnya

  • Putarkan kesemua bahan-bahan hingga kembang dan gebu.
  • Curahkan ke dalam bekas sesuai.
  • Bekukan di dalam peti sejuk.
  • Sedia untuk di nikmati. 

Isnin, 14 Januari 2019

WHITE LADY CAKE


Assalam buat semua..
Cuti dua hari dah habis hari ini.
Alang-alang jadi surirumah dua hari ni,pagi tadi saya baking kek.
Dah lama tak buat kek yang sedap ni..
dari nak makan sikit,sudahnya berkeping-keping saya makan.
Let's try baking

WHITE LADY CAKE
Bahan untuk kek span
4 biji telur gred B
2 biji kuning telur
100 gm tepung superfine/tepung gandum
60 gm tepung jagung
100 gm gula kastor
1 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil ovalette
50 gm air sejuk
75 gm minyak/mentega cair

Bahan krim
250 gm cream cheese
1/2 cawan susu pekat /ikut manis sendiri
1/2 buku keju cheddar-parut

Car membuatnya

  • Panaskan oven pada suhu 170'c.
  • Masukkan kesemua bahan-bahan kecuali minyak/mentega ke dalam bekas.
  • Putar hingga ringan dan gebu.
  • Setelah itu kaup-balik minyak/mentega ke dalam adunan sampai rata.
  • Bakar selama 45 minit atau sehingga masak.
  • Biar ia sejuk. Potong kepada 2 atau 3 bahagian.
Untuk bahan krim

  • Putar cream cheese dan susu pekat hingga sebati.
  • Setelah itu sapu di antara lapisan kek dan tabur keju parut setiap lapisan.
  • Sapu kesemua bahagian kek di luar dan tabur keju parut selebihnya.
  • Sejukkan di dalam peti sejuk selama 2 jam sebelum di potong.


Sabtu, 12 Januari 2019

CUCUR JAGUNG MANIS

Assalam buat semua..
Cucur jagung yang rangup diluar dan lembut di dalam
Sedap di makan waktu pagi atau petang.
Tambahan pula kalau makan beramai-ramai.
Cepat saja habis..
Let's try masak

CUCUR JAGUNG MANIS.

Bahan-bahan
2 cawan isi jagung rebus
4 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 labu bawang besar-dadu
2 tangkai daun ketumbar-hiris halus
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu besar marjerin campur 1/2 cawan air panas.
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
air secukupnya

Car membuatntya

  • Gaul rata kesemua bahan dan perap selama 1 jam.
  • Panaskan minyak dan goreng cucur hingga habis
  • Sedap dimakan bersama sos cili Thai.

Khamis, 10 Januari 2019

PUDING SANTAN PELANGI

Assalam buat semua..
Kali ini saya kongsikan resepi Puding Santan Pelangi ni.
Kan best kalu petang-petang balik kerja buka peti sejuk dah ada puding yang sedap ni.
Buat warna- warni lagi nampak menarik
Tapi tu lah..gambar blur sikit
Let's try buat.

PUDING SANTAN PELANGI
Bahan-bahan
20 gm agar-agar-rendam sekejap
1 cawan gula- atau secukup rasa sendiri
1 cawan santan pekat
5 cawan air
2 helai daun pandan
sedikit gula batu
secubit garam
pewarna pilihan

Cara membuatnya

  • Masak agar-agar dengan air dan daun pandan hingga larut.
  • Tambahkan gula,garam dan gula batu.
  • Bahagikan kepada dua bahagian
  • Bahagian pertama 3 1/2 cawan,biarkan kosong
  • Bahagian kedua 2 1/2 cawan dan tambah satu cawan santan pekat.
  • Letak 3 pewarna pilihan.
  • Bekukan dalam freezer sebentar
  • Bila dah beku,potong kiub kecil.
  • Basahkan acuan dan masukkan agar-agar kosong.
  • Tambahkan agar-agar kiub ,kemudian sejukkan semula di dalam peti sejuk. 

Rabu, 9 Januari 2019

SPAGHETTI CARBONARA

Assalam buat semua..
Western today..tu pun sebab dah lama tak makan spaghetti.
Beli stok banyak pastu dok terperap lama dalam kabinet dapur sampai terlupa.
Dah teringat ni,kita masak la.
Boleh makan-makan sambil baca novel.
Novel tengah baca ni bertajuk Pulang..best ceritanya sampai saya 'masuk' dalam buku tu.
Ok let's try masak.

SPAGHETTI CARBONARA
Bahan-bahan
1 paket spaghetti
1 biji bawang Holland-cincang
5 ulas bawang putih-cincang
5 batang sosej-potong kiub kecil
1 tin cendawan-hiris nipis
2 tin sos carbonara prego
1 liter susu segar
serbuk lada hitam
oregano flakes
daun pasli/ketumbar-cincang

Cara membuatnya

  • Didihkan air dan masukkan sedikit garam.
  • Rebus spaghetti sampai masak dan toskan.Gaul sedikit minyak agar ia tidak melekat.
  • Panaskan sedikit minyak,tumis bawang besar dan bawang putih sampai naik bau.
  • Masukkan sosej dan cendawan butang. Gaul rata.
  • Taburkan oregano flake dan serbuk lada hitam.
  • Tambahkan sos Prego Carbonara.
  • Tambahkan susu dan perasakan dengan garam secukup rasa.
  • Boleh juga di tambah cheese slice jika suka
  • Letakkan spaghetti ke dalam pinggan dan curah sos di atasnya.
  • Taburkan dengan pasli/ketumbar cincang
  • Boleh juga di gaul terus semua spaghetti tadi dan hidangkan.