style="text-align: center"

Jumaat, 31 Mei 2019

PUDING SAGU BERKUAH

Assalam buat semua..
Hari ini saya kongsikan satu resepi puding sagu yang di makan dengan kuah jagung.
Sesuai untuk di buat pemanis mulut masa berbuka nanti.
Sedap di makan sejuk-sejuk
Let's try buat

PUDING SAGU BERKUAH

Bahan-bahan
2 cawan sagu
2 cawan santan pekat
3 cawan air
1 sudu besar  tepung beras
1/2 tin cream corn
2 helai daun pandan
gula,garam secukup rasa
pewarna pilihan

Cara membuatnya

  • Rendam biji sagu dengan pewarna pilihan jika suka atau beli sagu yang dah siap di warnakan atau boleh saja tanpa pewarna.
  • Rebus sampai masak dan sentiasa di kacau
  • Masukkan ke dalam bekas dan sejukkan.
  • Masak santan,air,daun pandan,tepung beras ,cream corn ,gula dan garam secukup rasa.
  • Kacau sentiasa sehingga mendidih.
  • Ambil sagu yang dah sejuk,potong kecil-kecil dan masukkan ke dalam kuah.
  • Sejukkan dan sedia untuk di hidangkan.

DAGING GORENG MERAH

Assalam buat semua..
26 Ramadhan.
Hari ini buat Daging goreng merah.
Sesuai di makan dengan nasi putih untuk berbuka atau bersahur.Saya masak untuk lauk sahur.
Sangatlah senang untuk di masak dan bahan-bahan pun mudah sahaja.
Hampir kebanyakan kedai makan masakan panas di Kota Bharu menyediakan menu hidangan ini.
Buat sendiri lagi puas hati sebab boleh ikut citarasa sendiri.
Let's try buat.

DAGING GORENG MERAH

Bahan-bahan
Daging-hiris nipis
pewarna merah Star brand

1 labu bawang besar-hiris nipis
2 ulas bawang putih-cincang
3 tangkai cili merah-potong nipis
3 biji cili padi
1 inci karot-potong halus
3 tangkai bunga kubis-potong kecil
3 helai daun limau purut
sos cili
sos tiram
sos tomato
jus limau nipis
serbuk cukup rasa
garam,gula secukup rasa

Cara membuatnya

  • Perap daging dengan pewarna merah. biarkan seketika.
  • Kemudian di rebus dengan sedikit air
  • Bila air daging hampir kering,masukkan sedikit minyak dan goreng daging.
  • Masukkan kesemua bahan di atas dan garam,gula secukup rasa
  • Kemudian di gaul rata dan biarkan seketika.
  • Sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat.

Isnin, 27 Mei 2019

BISKUT NESTUM

Assalam buat semua..
Masih lagi dengan resepi biskut raya.
Memandangkan hari ini dah habis cuti selama empat hari dan esok kembali bertugas,saya rajinkan diri juga buat biskut raya yang mudah-mudah.
Boleh lah untuk makan sendiri...ada besar..ada kecil,sungguh tak berseni!.
Biskut ni rangup dan berbau harum nestum bila sedang di bakar.
Let's try buat.

BISKUT NESTUM
Bahan-bahan
125 gm butter
1/2 cawan gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu teh serbuk penaik
1 cawan nestum-kisar halus
1 cawan nestum- tak perlu kisar

Hiasan
ceri merah/hijau
nestum

Cara membuatnya

  • Ayak tepung gandum dengan serbuk penaik.
  • Satukan dengan nestum kisar dan nestum kasar.
  • Pukul butter dan gula hingga putih dan berkrim.
  • Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul sekejap lagi.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh.
  • Rehatkan doh seketika
  • Bentukkan bulat-bulat dan gulingkan ke dalam nestum.
  • Susunkan di atas loyang pembakar.
  • Tekan dengan garfu atau jari dan letak ceri sebagai hiasan.
  • Bakar dengan suhu 175'c selama 15-20 minit bergantung pada jenis oven masing-masing.

Rabu, 22 Mei 2019

DAISY CHOCOLATE COOKIES

Assalam buat semua..
17 Ramadhan..
Hari ni nak kongsi resepi biskut pula.
Saya buat sikit-sikit..satu hari satu jenis biskut,curi waktu semasa tidak bertugas.
Kalau raya tak ada biskut tak best,walaupun tak makan pun di hari raya.
Biasanya biskut raya di makan selepas hari raya dan sebulan selepas itu dan seterusnya...
Tekstur biskut ini rapuh kerana banyak menggunakan tepung jagung.
Lets try baking

DAISY CHOCOLATE COOKIES

Bahan-bahan
250 gm mentega
100 gm gula aising
300 gm tepung jagung
50 gm tepung kastard
50 gm tepung beras
50 gm tepung ubi
20 gm serbuk coklat
1 sudu teh perisa coklat

Hiasan
manik gula perak/ceri merah

Cara memasak

  • Pukul mentega bersama gula aising hingga lembut.
  • Kemudian masukkan telur,pukul rata.
  • Ayak bersama semua jenis tepung dan masukkan ke dalam adunan.
  • Adunkan menjadi doh.
  • Masukkan doh ke dalam acuan berbentuk bunga dan tekankan ke atas loyang pembakar yang telah di griskan.
  • Susun manik sebiji di atasnya.
  • Bakar dalam suhu 170'c selama 15- 20 minit bergantung kepada jenis oven masing-masing.
  • Bila telah masak,sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

Selasa, 21 Mei 2019

PASEMBOR


Assalam buat semua..
Ramadhan ke-15
Saya terjumpa resepi Pasembor yang mudah kat group MAHN yang di kongsikan oleh Puan Nora Lola.Thanks.
Kebetulan ada semua bahan-bahan yang di perlukan
Jadi la projek buat Pasembor untuk berbuka.
Kebetulan masih lagi bercuti.
Let's try buat

PASEMBOR
Bahan-bahan
6 biji ubi kentang*
6 keping fishcake*
6 keping tauhu*   saya ganti dengan popia sayur
6 biji telur ayam-rebus
2 biji timun

*semua bahan bertanda di goreng dan di potong
telur di belah dua
timun di potong baji/panjang.

Bahan untuk cucur
300 gm.tepung gandum
200 gm.taugeh
50 gm.udang kering
1 sudu mauripan
air secukupnya

Blend udang kering dan gaul rata kesemua bahan
Biarkan seketika dan goreng cucur sampai habis.
Toskan.
Kemudian di potong-potong.

Untuk kuah
300 gm.kacang tanah-goreng dan blend dengan 3 gelas air
200 gm.cili kering-rebus dan toskan.Blend dengan 1 ulas bawang putih
2 senduk gula/ikut manis sendiri
garam secukup rasa

Cara membuatnya

  • Tumis cili kering kisar hingga naik minyak.
  • Masukkan gula dan garam,kacau rata.
  • Masukkan kacng kisar dan tambah air jika perlu-mengikut kepekatan kuah yang di sukai.
  • Didihkan dengan api perlahan hingga masak.
  • Sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat

Isnin, 20 Mei 2019

SOTONG GORENG NESTUM

Assalam buat semua..
Gambar kali ini agak blur..My Nikon nak habis bateri tapi still captured this..
Dah banyak kali buat tapi nak up juga resepi..kira siaran ulangan la ni
Ia amat sedap untuk selera saya kerana selain dari rangup,aroma nestum ni sangat wangi .
Kali ini buat ringkas sahaja,tidak guna daun kari dan cili padi.
Untuk sahur tak nak makan pedas-pedas.
Boleh makan begitu saja ataupun dengan nasi.
Let's try buat.

SOTONG GORENG NESTUM

Bahan-bahan
1/2 kg.sotong-celur sekejap dan toskan.
3 ulas bawang putih-cincang halus
1/2 cawan nestum
2 sudu besar butter
1 sudu besar gula perang
tepung bestari pedas
serbuk cukup rasa

Cara membuatnya

  • Campurkan tepung bestari dengan sedikit air untuk menyalut sotong.
  • Biarkan selama 1/2 jam.
  • Panaskan minyak dan goreng sotong hingga garing.Toskan.
  • Cairkan mentega dan tumis bawang putih hingga wangi
  • Masukkan nestum dan goreng hingga garing
  • Masukkan sotong,serbuk cukup rasa dan gula perang.Gaul rata.
  • Angkat dan toskan.

Khamis, 16 Mei 2019

PISANG MASAK SANTAN

Assalam buat semua..
Ramadhan ke-11
Ok..dessert dari pisang.
Pisang mestilah sederhana masak,tidak boleh yang lembik sangat.
Sedap di makan sejuk-sejuk.
Saya belajar membuatnya dari arwah ibu .
Let's try buat

PISANG MASAK SANTAN

Bahan-bahan
5 biji pisang  saiz sederhana-belah dua
1 cawan santan pekat
1/2 cawan air
2 biji telur
1 sudu teh esen pisang/esen vanila
2 helai daun pandan
gula dan garam secukup rasa

Cara membuatnya

  • Carikkan daun pandan dan susun dalam periuk
  • Susun pisang yang telah di belah di atas daun pandan.
  • Pukul telur,santan,esen pisang, air,gula dan garam sampai sebati.
  • Curahkan di atas susunan pisang.
  • Reneh dengan api perlahan sehingga pisang lembut sedikit.
  • Angkat dan sejukkan sebelum di masukkan ke dalam peti sejuk.

PHOTO OF THE WEEK


Selasa, 14 Mei 2019

LALA MASAM MANIS

Assalam buat semua..
9 Ramadhan 2019
Hari ini saya kongsikan satu resepi makanan laut yang mudah.
Masakan ni sedap di makan  dengan nasi atau makan begitu saja.
Rasa kuahnya yang masam manis begitu membuka selera.
Let's try masak.

LALA MASAM MANIS

Bahan-bahan
1/2 kg.lala
6 helai daun limau purut
1 sudu besar jus limau nipis
1 senduk kecil sos Mae Phranom/sos cili thai
3 sudu besar sos plum
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 cawan daun ketumbar siam cincang
1 biji cili merah-potong bulat
1 labu bawang putih-cincang
1/2 labu bawang besar-potong kiub kecil
2 batang serai-titik
2 sudu teh tepung jagung

Cara membuatnya

  • Basuh Lala dan toskan.
  • Campurkan kesemua sos dan tepung jagung dalam mangkuk dengan 1 cawan air.Kacau rata.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
  • Masukkan bancuhan sos,serai,daun limau purut,jus limau nipis.Biarkan mendidih.
  • Masukkan Lala dan gaul rata.
  • Masukkan 1/2 cawan daun ketumbar siam cincang
  • Sesuaikan rasanya.
  • Bila nampak kulit Lala terbuka ,bolehlah di angkat.
  • Taburkan daun ketumbar siam selebihnya dan cili merah.
  • Sedia untuk di hidangkan

Isnin, 13 Mei 2019

SOS CHEESY WEDGES HOMEMADE

Assalam buat semua..
Ramadhan ke-8
Resepi hari ini untuk orang yang tak makan nasi masa berbuka.
Makan panas-panas Potato wedges ni dengan curahan sos cheesy yang lemak-lemak masin sungguh membuka selera.
Bila dah buat sendiri,buat apa letak sikit-sikit.
Ia lebih mudah dan jimat.
Kalau cicah dengan makanan bergoreng lain pun sedap juga.
Baru puashati makan.
Di dalam gambar Sos Cheesy berwarna kunig,mayonis warna putih dan sos cili.
Let's try buat.

SOS CHEESY WEDGES HOMEMADE

Bahan-bahan
1 tin susu cair
1 sudu mkan tepung gandum-bancuh dengan sedikit air
1  atau 1/2 kiub pati ayam
4 sudu makan mentega
6 keping keju Cheddar
1 sudu teh serbuk lada hitam
sedikit pewarna kuning

Cara membuatnya

  • Cairkan mentega dan masukkan semua bahan di atas kecuali bancuhan tepung gandum.
  • Kacau dengan api sederhana sampai semua bahan larut dan sebati.
  • Masukkan bancuhan tepung gandum.Kacau hingga pekat.
  • Siap dan masukkan ke dalam bekas.
  • Simpan dalam peti sejuk dan boleh tahan selama 1 minggu.
Potato wedges
Potong potato bentuk baji
Rebus sekejap.Toskan.
Celup dalam tepung Bestari dan goreng hingga garing.

Sabtu, 11 Mei 2019

CHICKEN SANDWICH AND CHEESE SLIDERS

 Assalam buat semua..
Hari ini 6 Ramadhan.
Saya kongsikan satu resepi olahan semula dari roti.
Dah try buat sebelum bulan puasa dan rasanya sedap bagi saya.
Sesuai untuk berbuka puasa atau bersahur bagi yang tidak makan nasi.
Intinya boleh di pelbagaikan mengikut citarasa sendiri seperti sardin atau tuna.
Resepi dari Tasty dan di olah mengikut citarasa sendiri.
Let's try buat

CHICKEN SANDWICH AND CHEESE SLIDERS

Bahan-bahan
12 biji roti bun kosong-jangan pisahkan.
1 paket chicken sandwich Gourmessa toast-ada 6 keping
6 cheese slices/Mozarella parut
1/2 labu bawang besar-hiris nipis
capsicum-potong kiub kecil
Tomato ceri-belah dua/tomato biasa-potong kiub
mentega /mayonis untuk sapuan

Cara membuatnya

  • Roti belah tengah satu baris,jangan pisahkan.
  • Sapu mentega/mayonis.
  • Celur sekejap chicken sandwich dan toskan.
  • Susun di atas roti.
  • Susun cheese slices
  • Tutup bahagian atas roti.
  • Cairkan mentega dan campurkan dengan apa-apa spices yang di sukai,saya guna basil.
  • Sapukan rata-rata di atas roti
  • Taburkan bijan jika suka
  • Bakar dalam oven dengan suhu 170'c selama 15 minit dengan suhu 170'c.


Selasa, 7 Mei 2019

IKAN PATIN KENGSOM

Assalam buat semua..
Hari kedua Ramadhan.
Resepi asal menggunakan Ikan Siakap tetapi cuma ada Ikan patin sahaja dalam peti sejuk.
Saya buat jugalah sebab dah nak makan sangat.
Ia adalah sejenis masakan Asam Pedas siam yang mempunyai rasa masam,manis dan pedas.
Let's try masak

IKAN PATIN KENGSOM

Bahan-bahan
1 ekor ikan patin
2 asam keping
1 cawan air asam jawa
1 sudu teh gula melaka
1/2 biji nenas masak
1 ikat kangkung
2 batang serai-di ketuk
garam secukup rasa


Bahan kisar
1 tangkai cili merah
15 tangkai cili padi
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 hiris lengkuas
sedikit belacan

Cara membuatnya

  • Masukkan bahan kisar.air asam jawa,asam keping dan air secukupnya ke dalam periuk.
  • Masak hingga mendidih.
  • Masukkan nenas dan serai.Masak hingga mendidih seketika.
  • Masukkan ikan.
  • Setelah ikan masak,masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Tutup api dan masukkan kangkung kerana mahu kangkung yang rangup.
  • Sedia untuk di hidangkan.

Rabu, 1 Mei 2019

BISKUT

Kesalahan yang selalu berlaku ketika membuat biskut

TERLALU PADAT
  • Tepung terlalu tinggi kandungan protein/gluten
  • Terlalu banyak tepung
  • Tidak cukup lemak atau mentega
  • Sukatan gula tidak tepat.
  • Mengadun terlalu lama.
 

TERRLALU RAPUH            
  • Terlalu banyak gula,lemak/mentega,agen  penaik
  • Pengadun tidak sempurna
  • Tidak cukup telur








TERLALU KERAS
  • Pengadunan tidak sempurna
  • Bakar terlalu lama
  • Tepung terlalu tinggi kandungan protein/gluten
  • Terlalu banyak tepung
  • Tidak cukup lemak atau mentega dan cecair
                                                      
                                      
                                                                                                        
                                                            
                                                                TIDAK GARING
  • Suhu oven terlalu rendah
  • Tidak cukup bakar,
  • Tidak cukup gula










TERLALU KEMBANG
  •  Suhu oven telalu 
  • Tidak cukup tepung 
  • Terlalu banyak gula,agen penaik,cecair
  • Terlebih glis dulang
                                                                




TERLALU PERANG
  • Suhu oven terlalu tinggi
  • Bakar terlalu lama
  • Terlalu banyak gula




TIDAK CUKUP KEMBANG
  • Suhu oven terlalu tinggi
  • Terlalu banyak tepung
  • Tepung terlalu tinggi kandungan protein/gluten
  • Tidak cukup gula,agen penaik dan cecair
  • Dulang tidak di glis




MELEKAT DI DULANG
  • Glis dulang tidak rata
  • Terlalu banyak gula
  • Pengadunan tidak sempurna






TERLALU KERING
  • Tidak cukup cecair.lemak/mentega
  • Bakar terlalu lama
  • Terlalu banyak tepung
SUMBER
MAJALAH SAJI/OKTOBER 2015
CHEF AMER
SUMBER IMEJ:GOOGLE