Rabu, 24 Disember 2014

UDANG GORENG JINTAN MANIS

As-Salam buat semua..
Saya masak udang semula setelah lama pencen dek paras kolestrol jahat(LDL) meningkat sedikit di dalam darah beberapa bulan lepas.Selepas fight dengan kolestrol beberapa bulan...check semula sample darah menunjukkan paras kolestrol telah kembali normal dan archieve target ,saya ulang semula makan udang yang paling saya suka ni,tetapi tidak kerap sangat.he..he tak serik tu!
Resepi lupa pula tengok kat mana.

UDANG MASAK JINTAN
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
1 kg udang besar
1/2 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil jintan manis
3 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 sudu kecil serbuk kunyit
100 ml air asam jawa pekat
garam dan gula secukup rasa
minyak masak

Cara membuatnya
  • Kisar 2 labu bawang besar,bawang putih dan halia.Ketepikan.Satu labu bawang besar lagi,dihiris nipis.
  • Gaul udang dengan air asam jawa dan perapkan selama 1/2 -1 jam.
  • Selepas itu,gaulkan udang dengan serbuk kunyit dan garam.
  • Panaskan minyak dan goreng udang hingga kekuningan dan ketepikan.
  • Dengan minyak yang sama tumiskan bahan kisar hingga naik baunya.
  • Masukkan jintan manis dan jintan putih.
  • Tumis sehingga wangi dan tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  • Setelah tumisan garing dan kering sedikit,barulah masukkan udang dan hirisan bawang besar tadi dan gaul rata.
  • Biarkan sebentar dan bolehlah di angkat.Taburkan dengan potongan daun ketumbar jika suka.
  • Bolehlah di hidangkan.

Isnin, 22 Disember 2014

KEK CAWAN COKLAT

As-Salam buat semua..
Sudah empat hari tak bersiaran kerana cuaca gelap dan mendung serta hujan turun tak berhenti-henti menyebabkan line internet menjadi lambat,siap not responding lagi.Malas nak menunggu jadi saya pun jadi malas nak menulis.Hari ini pun keadaan masih sama,semasa catatan ini di buat langit gelap sahaja walaupun dah hampir jam 0900...penghujung Disember...

KEK CAWAN COKLAT
Sumber:RESEPI NENNIE KHUZAIFAH  thanks

Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam halus

Bahan B
3 biji telur
1 cawan gula kastor
1 cawan minyak sayur
1 cawan susu segar
1 cawan air panas
1 sudu kecil esen vanila

Cara membuatnya
  • Campurkan dan ayak kesemua bahan A.
  • Pukul telur dan gula sampai kembang.
  • Kemudian masukkan susu segar dan minyak sayur.Kacau dengan whisk sampai sebati
  • Masukkan bahan-bahan yang telah di ayak tadi  dan gaul rata dengan cara kaup-balik.
  • Akhir sekali,masukkan air panas dan kacau semua bahan sehingga sebati.
  • Masukn adunan kedalam acuan kek cawan dan bakar pada suhu 180'c selama 20-30 minit atau sehingga kek masak.
Coklat ganache
230 gm coklat masakan
180 ml krim putar
1 sudu kecil mentega

Cara membuatnya
  • Potong coklat masakan menjadi ketulan kecil .
  • Panaskan krim putar dengan mentega hingga mendidih dan curahkan ke atas coklat.
  • Kacau sebati semua bahan-bahan dan boleh di letak di atas kek cawan.
  • Hiaskan mengikut citarasa sendiri.
Cara kedua
Cairkan coklat secara double boiler dan masukan krim putar serta mentega dan kacau sebati.

Rabu, 17 Disember 2014

PIZZA RECTANGLE SOSEJ DAN AYAM

As-Salam buat semua..
Pertama kali saya cuba buat roti pizza sendiri.Selalunya saya beli yang ready made sahaja kerana ia mudah dan cepat,letak topping yang di sukai then bakar..dah siap.Tapi kali ini bercadang nak buat pizza besar dengan topping banyak-banyak kat atas baru puas makan.Tak nak buat bentuk bulat,saya gi buat bentuk bentuk rectangle.Azim siap komen,kenapa tak rasa macam pizza hut!.laaa..nya gi banding dengan pizza hut pula..tak rasa macam pizza hut ye..sekali dia makan sampai dua keping besar!berulang-ulang pulak tu...
PIZZA BASE
Sumber:DapurKu SaYang/Dayang jack.thanks

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis segera Mauripan
2 sudu besar susu tepung
160 ml air suam
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar bread softener /pelembut doh
1 suud besar olive oil/marjerin/mentega cair

Cara membuatnya
  • Rendam yis bersama air suam selama 10 minit(yis yang baik akan mengeluarkan buih).
  • Dalam mangkuk,campurkan kesemua bahan dan gaul/ramas dengan hanya menggunakan jari.Kemudian buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan.
  • Uli hingga jadi doh yang elastik 
**cara saya
tidak merendam yis dalam air suam.Campurkan kesemua bahan biar bergaul rata,baru di tambahkan air suam dan uli hingga elastik. 
  • Simpan doh di dalam bekas dan agak besar dan tutup kemas dengan kain lembab(saya guna plastik cling wrap)
  • Rehatkan doh selama 45-50 minit.
  • Panaskan oven pada suhu 180'c.
  • Sediakan acuan/loyang /pan pizza.
  • Lengserkan sedikit dengan minyak zaitun.
  • Keluarkan doh yang telah kembang dan naik sekali ganda dari bekasnya.
  • Tumbuk-tumbukkan sedikit untuk keluarkan anginnya.
  • Kemudian letakkan doh pizza di atas loyang dengan hanya menekan dengan telapak tangan sahaja.Tidak perlu di canai(tapi kalau nak,boleh juga).
  • Ratakan doh sehingga padat ikut bentuk yang di sukai.
  • Cucuk permukaan doh dengan garfu dan sapukan dengan minyak zaitun di tepi-tepi doh degan berus pastri(supaya ia kelihatan cantik dan berkilat bila masak).
  • Biarkan ia rehat lagi selama lebih kurang 10 minit
  • Bakar doh pizza selam 7-10 minit.Kemudian keluarkan dari oven.
  • Akhir sekali ratakan dengan sos tomato,mayonis dan bahan-bahan toping kesukaan.
  • Tuangkan sos keju(tak letak )dan keju parut.
  • Bakar lagi selama 20 minit atau hingga keperangan.
*Toping/inti yang saya gunakan dalam gambar di atas:
daging ayam kisar
sosej
bawang besar
daun ketumbar
kepingan nenas
serbuk kari ayam
keju mozzarela parut
  • Tumiskan bawang besar bersama serbuk kari ayam.
  • Masukkan daging ayam kisar dan kacau rata.Biarkan ayam masak.
  • Akhir sekali masukkan daun ketumbar.
  • Ratakan inti ayam.Letakkan kepingan nenas yang telah di hiris.
  • Letakkan kepingan sosej dan akhir sekali taburkan keju mozzarela parut.

Isnin, 15 Disember 2014

CREAM CHEESE BUTTER CAKE

As-Salam buat semua..
Kek ini di buat untuk Azim bawa ke kelas mengajinya,jadi tak ada la versi slice potong-potong.Pesan ustazah,nak cheese cake.Cari punya cari resepi saya buat saja kek ini.Ia adalah kek campuran mentega dan cheese.Mudah sahaja cara membuatnya.Resepinya lupa pula nak catat ambil kat mana,dah lama terperap dalam fail.Kek ni senang nak bawa dan senang nak potong.Deko pun ala kadar sahaja,main picit saja jem atas kek tu,entah corak apa dah saya buat!.Tekstur kek ni lembut dan gebu sahaja..let's try baking.

CREAM CHEESE BUTTER CAKE

Bahan-bahan
200 gm mentega
200 gm cream cheese
250 gm gula kastor    saya guna 180 gm
5 biji telur
250 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
sedikit jem untuk hiasan

Cara membuatnya
  • Ayak tepung bersama baking powder.Ketepikan.
  • Dalam mangkukbesar,pukul mentega,cream cheese dan gula hingga kembang dan memutih.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji.Pukul telur setiap kali di masukkan hingga sebati baru di masukkan telur yang seterusnya.
  • Setelah semua telur di masukkan ,pukul agak lama sedikit hingga kembang,putih dan ringan.
  • Kemudian barulah di masukkan tepung dan kaup balikkan  satu arah hingga adunan sebati.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah di gris dan di alas dengan baking sheet.Ratakan.
  • Dengan menggunakan piping bag,picitkan jem pilihan di atas adunan kek mengikut corak yang di sukai.Sebahagian jem akan mendap ke dalam kek ketika di bakar.
  • Bakar pada suhu 180'c sehingga masak.
  • Bila masak,buka pintu oven dan biarkan kek selama 5 minit di dalam oven baru di keluarkan dan sejukkan di atas redai kek.

Ahad, 14 Disember 2014

BISKUT COKLAT URAI RANGUP

As-Salam buat semua..
Satu lagi resepi biskut yang saya buat dalam cuti sekolah ni.Dah habis pun,baru sekarang nak tulis resepinya.Kalau baru belajar nak buat biskut,resepi ini mudah juga untuk di cuba.Resepinya ringkas sahaja,tapi kalau kena cara mengolahnya,biskut nampak lebih cantik dan sedap di makan.

BISKUT COKLAT URAI RANGUP.
Sumber:Majalah Saji Ogos 2010

Bahan A
60 gm mentega
20 gm gula aising
90 gm tepung gandum
20 gm tepung jagung
3 sudu besar coklat urai
1 sudu kecil esen vanila
1sudu kecil soda bikarbonat

Cara membuatnya
  • Satukan mentega,gula aising dan esen vanila.Pukul sebati.
  • Masukkan kesemua bahan yang lain,gaul rata sehingga menjadi doh yang lembut(tambahkan sedikit tepung jika doh lembik)
  • Canai dan terap ikut acuan pilihan.Atur di atas dulang pembakar.
  • Sapukan kuning telur dan hiaskan dengan coklat urai.
  • Bakar biskut pada suhu 180'c selama 25 minit hingga 30 minit.

Rabu, 10 Disember 2014

SANDWICH TUNA MAYONIS

As-Salam buat semua...
Roti sandwich untuk sarapan pagi dan bekal ke tempat bertugas.Walaupun ia ringkas dan mudah sahaja tapi ia dapat mengalas perut saya sewaktu hari yang sibuk.Dalam sibuk-sibuk pun,sempat lagi saya korner kanan (pantri berada di sebelah kanan dalam wad)zupp....masuk ngappp..sekejap,baru tak ada thought block.Kalau lapar tu asyik block saja sana-sini...

SANDWICH TUNA MAYONIS
Sumber:Majalah Rasa .thanks.

Bahan-bahan
12 keping roti putih   saya guna roti perang
1/3 tin tuna -di tos
1 biji telur rebus
1 sudu makan bawang besar -cincang
3 keping keju cheedar-potong dua
3 helai daun salad
3 biji tomato ceri
3 tangkai cili  merah-cincang
4 sudu makan mayonis
1/4 sudu makan serbuk lada hitam
1/4 sudu makan garam/secukup rasa

Cara membuatnya
  • Hancurkan telur rebus di dalam mangkuk.
  • Kemudian masukkan isi tuna dan hancurkan serta gaul sebati.
  • Setelah itu,masukkan bawang dan cili merah cincang.Gaul rata.
  • Setelah itu masukkan mayonis,serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.Gaul sebati.
  • Akhir sekali,sudukan adunan tadi di atas roti yang telah di lapiskan dengan daun salad dan keju cheddar.
  • Tutupkan dengan sekeping roti lagi dan letak tomato ceri di atasnya.
** di dalam resepi sebenar,cili padi di gunakan,roti juga di potong bulat dan tomato ceri di cucuk dengan lidi di atas roti.

Isnin, 8 Disember 2014

DOUBLE CHOCOLATE BROWNIES

As-Salam buat semua..
Stress betul petang tadi,baru lepas uli roti guna tangan dah 20 minit,tapi tak perasan dah terguna yis yang tarikh luputnya 31Disember,apalagi adunan tak naik langsung lepas 30 minit di perap,jadilah hadiah untuk cik tong!.Nak hilangkan stress saya tinggalkan dapur..nanti esok-esok saya buat kembali roti tu..bila hati dah sejuk!~.Biasanya dapurlah tempat hilangkan stress,petang ni sebaliknya pula..
Resepi seterusnya dalam cuti sekolah ni..kesukaan anak-anak- apalagi ,Brownies coklat la.Lepas ni kena buat lagi sebab ada repeat order.Lagipun saya tak gandakan adunan kerana baru pertama kali buat,takut tak menjadi.Nantilah kalau senang-senang masa tidak bertugas nanti saya akan buat lagi..

DOUBLE CHOCOLATE BROWNIES
Sumber:Aku. Zack.thanks 

Bahan-bahan
5 sudu besar/90 gm mentega tanpa garam
6 oz/170 gm semisweet coklat
*jika guna coklat masakan kurangkan gula ke 2/3 cawan
1/4 cawan/25 gm serbuk koko
3/4 cawan tepung gandum
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh baking powder
1 cawan gula     saya gantikan dengan gula perang
2 biji telur gred A
2 sudu teh esen vanila
coklat cip/badam cincang-optional 

Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada suhu 175'c.
  • Sapukan mentega pada dasar dan keliling loyang 8" segiempat sama dengan kertas kalis minyak,biarkan kira-kira 2" terkeluar dari sisi loyang.
  • Sapu mentega pada kertas kalis minyak,ketepikan.
  • Masukkan mentega,coklat dan serbuk koko dalam bekas tahan panas dan panaskan secara double boiler.
  • Cairkan semua bahan sampai sebati,ketepikan dan biarkan sejuk sedikit.
  • Dalam bekas lain,ayak tepung ,baking powder dan garam.Ketepikan.
  • Dalam pengadun,putar telur,gula dan esen vanila hingga kembang dan keputihan(dalam 4 minit).Masukan adunan coklat tadi dan putar hingga sebati.
  • Masukan tepung yang di ayak,putar sebati.
  • Tuangkan adunan dalam loyang,ratakan bahagian atas dengan spatula.Taburkan coklat cip/badam cincang.
  • Bakar selam 35 minit atau sehingga masak.
  • Sejukkan dalam loyang selama 15 minit sebelum di potong atau sejukkan dahulu di dalam peti sejuk sebelum di potong.

Ahad, 7 Disember 2014

KUIH ONDE-ONDE

 As-Salam buat semua..
Kuih Onde-onde amat popular di Kelantan terutamanya dalam bulan puasa puasa.Sekarang,di sini kuih ini ada di jual sepanjang tahun tak kira bulan apa.Kelapa muda parut pula banyak dalam freezer.Sekali hantar kedai untuk di parut(malas nak parut sendiri) adalah dalam 6 biji,nak buat stok.Tapi tu lah,bila orang yang parut tidak di buangnya kulit arinya sebab tu lah kelapa parutnya nampak tak putih cantik.Lain kali kena buang sendiri sebelum hantar parut kat kedai,tak puas hati ni...

KUIH ONDE-ONDE
Sumber:Azie Kitchenthanks 

Bahan-bahan
tepung pulut-ikut suka berapa banyak
5 helai daun pandan-kisar dengan air dan tapiskan
gula melaka-potong kiub kecil
kelapa muda-parut halus
garam 
sedikit air kapur
sedikit pewarna hijau   saya tambah

Cara membuatnya
  • Gaul kelapa parut dengan sedikit garam dan gula (saya tambah).Ketepikan
  • Bancuh tepung pulut dengan air daun pandan tambah sedikit pewarna hijau dan air kapur.Masukkan air sedikit demi sedikit sambil di gaul hingga adunan boleh di gentel dan tidak melekat di tangan.
  • Rebus air dalam periuk,jika suka boleh di masukkan beberapa helai daun pandan supaya wangi.
  • Ambil sedikit adunan sebesar ibu jari dan leperkan.Masukan kiub gula melaka dan tutup adunan dengan kemas dan gentel adunan dengan tangan supaya ia berbentuk bulat cantik.
  • Masukkan bebola tadi ke dalam air mendidih dan tunggu ia timbul di permukaan air menandakan ia telah masak sebelum di ceduk keluar.
  • Toskan dan masukkan ke dalam kelapa parut dan golekkan supaya ia bersalut.
  • Sedia untuk di hidangkan.

Sabtu, 6 Disember 2014

MUFFIN PISANG

As-Salam buat semua..
hari ini nak tayang muffin pisang yang selalu saja saya buat tapi menggunakan resepi yang berlainan.Kali ini resepi diambil dari dapur Rohaisa/Damai Qalbu selepas terjumpa semasa blog walking.Boleh buat makan petang-petang dan juga buat bekal ke tempat bertugas.Muffin jer punn..but,let's try baking...

MUFFIN PISANG
Sumber: Damai Qalbu Thanks


Bahan-bahan
280 tepung gandum*
1 sudu kecil double action baking powder*
1/2 sudu kecil baking soda*
1/2 sudu kecil garam halus*- ****satukan dan ayak
250 gm pisang- lecekkan
120 gm gula kastor
1 biji telur- pukul sedikit
90 gm susu segar
90 gm minyak jagung
Hiasan-almond nibs   saya tambah.

Cara membuatnya
  • Dalam mangkuk sederhana, satukan pisang yang telah dilecek bersama gula kastor, telur, susu segar dan minyak, gaul sebati.
  • Masukkan adunan kering yang telah diayak dan gaul rata.(jangan terlebih gaul)
  • Sediakan loyang mufin bersama papercup dan tuangkan sepenuhnya adunan dalam papercup.
  • Tabur dengan almond nibs.
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180 darjah C selama 25 minit atau sehingga masak.
  • Keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai.Sedia untuk hidangan petang.

Khamis, 4 Disember 2014

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

 As-Salam buat semua...
Hari ini saya tidak bertugas selepas enam hari berterusan kerja.Pagi-pagi lagi spent my sweet time in the kitchen.Saya menyiapkan sebiji kek untuk Azim bawa ke kelas mengaji Quran esok,beberapa biji muffin untuk makan pada sebelah petang nanti(rasanya tak sampai petang)dan masak lauk Ikan patin untuk makan tengahari.Penat tapi suka....ni dok depan PC pula cuci-cuci mata..sambil tulis blog.Let's try masak Ikan patin masak tempoyak.

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK 
Sumber:Azie Kitchenthanks

Bahan-bahan
1 ekor ikan patin saiz sederhana
2 senduk tempoyak 
4 cawan air atau secukupnya
1 biji cili merah
cili padi-ikut kepedasan yang di sukai
1 inci kunyit hidup
secekak daun kesum
sedikit garam

Cara membuatnya
  • Tumbuk cili merah,cili padi dan kunyit hidup,jangan sampai terlalu hancur.
  • Kemudian masukkan tempoyak dan di tumbuk supaya bergaul rata.
  • Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk.Masak dengan api perlahan hingga ia mendidih.
  • Setelah mendidih masukkan daun kesum dan garam secukup rasa.
  • Masak dalam 2-3 minit lagi dan bolehlah di angkat.
**di dalam masakan di atas,saya telah kisar semua bahan-bahan dan masak kuah dahulu sehingga masak dan pekat barulah di masukkan ikan. 

Nota
  1. Kalau tempoyak kurang masam,bolehlah di tambah asam keping.
  2. Basuh ikan dengan gandum untuk hilangkan hanyir ikan sungai.
  3. Kalau mahukan kuah pekat,boleh masak kuah sehingga masak dan pekat,kemudian barulah di masukkan ikan.

Rabu, 3 Disember 2014

APAM HARUM MANIS

As-Salam buat semua...
Satu lagi variasi  resepi yang boleh di buat menggunakan pisang.Sedap juga apam ni,kalau yang tak suka makan manis sangat seperti saya,boleh lah di adjust sikit sukatan gula seperti dalam resepi di bawah.Ok,jom tengok resepi Apam harum manis.

APAM HARUM MANIS
Sumber:Blog Citarasawan thanks

Bahan A
200 gm gula melaka
240 ml air

Bahan B
3 biji telur saiz sederhana
135 gm gula pasir    saya letak 120 gm
1 sudu teh esen vanila

Bahan C-di ayak
240 gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
3/4 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh garam 

Bahan D
40 gm mentega-di cairkan
6-7 biji pisang raja-hiris bulat

Cara membuatnya
  • Masak bahan A dan jadikan air gula.Kemudian tapis dan sejukkan.
  • Pukul bahan B hingga kembang dan gebu.
  • Masukkan bahan C yang telah di ayak tadi sedikit demi sedikit berselang-seli dengan bahan A sambil di putar hingga rata.
  • Akhir sekali,masukkan mentega cair dan gaul hingga sebati.
  • Sapukan  acuan kecil dengan mentega.Tuangkan separuh adunan  ke dalam acuan dan letakkan hirisan pisang ke atas adunan tersebut.
  • Kukus selama 15-20 minit.
  • Sejukkan dahulu sebelum di keluarkan dari acuan.

Isnin, 1 Disember 2014

BISKUT CIP COKLAT BADAM

As-Salam buat semua..
Selain dari buat cookies dalam bulan puasa,biskut homemade juga di buat dalam musim cuti sekolah.Walaupun macam-macam brand biskut ada kat dapur-biskut Julie la,biskut Munchy la tapi biskut homemade juga yang terlajak larisss...tambah-tambah yang ada coklat cip ni.Let's try baking..

BISKUT CIP COKLAT BADAM
Resepi:Along Masterchef/Majalah Saji Ogos 2013.thanks

Bahan-bahan
1 cawan mentega
1/2 cawan gula aising
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan kepingan badam
1/2 cawan cip coklat

Cara membuatnya
  • Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat.
  • Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  • Masukkkan esen vanila,tepung yang di ayak.
  • Gaul sebati dan masukkan kepingan badam dan coklat cip.
  • Bentukkan mengikut citarasa dan bakar di dalam dulang pembakar hingga masak.
Tip jadikan biskut enak-Nestle.
  1.  Jika mahu menyapu mentega di dulang,pastikan ia mentega putih(shortening).Ia tidak seperti mentega biasa yang mudah hangus dan berbekas di loyang.
  2. Jarakkan adunan biskut di loyang pembakar supaya biskut dapat di bakar dengan seimbang.
  3. Ketika membakar biskut,pastikan dulang di letakkan  di tengah-tengah ketuhar supaya udara panas dapat mengalir.
  4. Biarkan biskut sejuk dahulu di dalam dulang kerana ia masih lembut ketika di keluarkan.Beberapa ketika kemudian barulah ia mengeras dan boleh di angkat. 

Jumaat, 28 November 2014

POPIA TELUR HANCUR


 As-Salam buat semua...
Satu lagi resepi ringkas,snek ringan peneman waktu senggang di musim cuti sekolah ini buat kudapan untuk anak-anak.Walaupun kadang -kadang berasa penat selepas kembali dari bertugas di hospital,tapi time masak tu..ennn..joyyy saja.Dah hobi lah kan dan time penyakit malas tak datang.Kalau time malas tu,Azim nak makan nasi goreng pun malas nak buat...tidur saja memanjanggg..

POPIA TELUR HANCUR
Resepi:Chef Amer Hamzah .thanks

Bahan-bahan
20 keping kulit popia
4 batang jejari ketam-hiris panjang
1/2 biji bawang besar-cincang
1 tangkai cili merah-cincang
3 tangkai daun ketumbar-cincang    saya tambah
3 biji telur
1/3 sudu makan lada hitam
serbuk perasa secukupnya
serbuk lada hitam
garam secukup rasa
sedikit bancuhan tepung gandum-sebagai pelekat
minyak untuk menumis dan menggoreng

Cara memasak
  • Panaskan minyak,tumis bawang besar dan cili merah sehingga layu dan naik bau.Kacau rata.
  • Kemudian masukkan telur,hirisan daun ketumbar dan kacau hingga rata.
  • Seteruskan masukkan garam ,serbuk perasa(saya ganti dengan kiub pati ayam)dan serbuk lada hitam secukupnya.
  • Kacau sebati hingga telur berketul.
  • Setelah telur hancur masak,sejukkan seketika dan sudukan di atas sekeping kulit popia.
  • Kemudian letakkan hirisan jejari ketam di atasnya.
  • Gulung dengan kemas dan lekatkan hujung popia dengan bancuhan tepung gandum.
  • Akhir sekali,goreng popia dalam minyak terendam sehingga kuning keemasan.
  • Angkat dan toskan.Sedia di hidangkan bersama sos kegemaran. 

Khamis, 27 November 2014

KEK OREN KEPINGAN BADAM


As-Salam buat semua....
Kek oren kepingan badam yang terhasil ini adalah kek mentega kosong yang berperisa oren.Ia gebu dan moist sahaja.Buat makan-makan waktu petang bersama secawan nescafe.Saya bakar dalam loaf pan kerana keknya pun kecil sahaja.

KEK OREN KEPINGAN BADAM
Resepi:Nurul Asyikin Boinan/Majalah Saji November 2014.thanks.

Bahan-bahan
160 gm tepung naik sendiri
130 gm mentega
100 gm gula castor   saya letak 90 gm
2 biji kuning telur
1 biji oren-parut kulit
1/2 sudu kecil esen oren
25 ml susu cair
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar jus oren

Bahan B
2 biji putih telur
25 gm gula kastor
1/2 sudu kecil krim tartar

 Bahan hiasan: sedikit kepingan badam 

Cara membuatnya
  • Panaskan ketuhar pada suhu 175'c .
  • Putar mentega dengan gula hingga kembang dan gebu.
  • Masukkan kuning telur dan putar lagi seketika.
  • Sebaik adunan sebati,masukkan susu pekat manis.
  • Kemudian masukkan parutan kulit oren dan esen oren,gaul hingga sebati.
  • Selepas itu,masukkan tepung naik sendiri dan jus oren,secara selang -seli lalu di pukul hingga adunan bergaul rata.
  • Di dalam bekas lain,satukan kesemua bahan B iaitu putih telur,gula kastor dan krim tartar.
  • Pukul hingga putih telur kembang dan gebu.
  • Kemudian satukan adunan putih telur dengan adunan tepung tadi.Gaul rata.
  • Alaskan loyang menggunakan kertas minyak.Tuangkan adunan kek ke dalam loyang.
  • Akhir sekali taburkan dengan kepingan badam cincang.
  • Bakar di dalam ketuhar selama 45 minit hingga masak /bergantung pada ketuhar masing-masing.

Isnin, 24 November 2014

PAU KELAPA

As-Salam buat semua..
Selalunya saya buat Pau inti kacang merah,kali ini try buat Pau inti kelapa muda pula.Intinya boleh di buat dengan kelapa muda campur gula melaka atau pun di campur gula putih.Dua-dua pun sedap..jom lihat resepinya.

PAU INTI KELAPA.
Sumber:When a working mother cooks  thanks

Bahan-bahan
500 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 paket mauripan(11 gm)
5 helai daun pandan
350 ml air suam
2 sudu besar marjerin/mentega
2 sudu teh gula
1 sudu teh pewarna hijau
daun pisang/kertas alas pau

Untuk inti kelapa
1 biji kelapa muda parut  
2-3 keping gula melaka 
gula pasir jika ingin lebih manis
1 sudu teh garam
1 mangkuk kecil air
2 helai daun pandan

Cara membuatnya
sediakan doh
  • Kisar daun pandan dengan air suam dan tapiskan.Satukan air suam dengan yis.Masukkan sedikit pewarna hijau supaya lebih terang.
  • Di dalam bekas penguli,satukan marjerin/mentega dan gula.Putar hingga hancur dan sebati.
  • Masukkan bancuhan yis dan tepung,baking powder secara berselang-seli dan uli selalu hingga menjadi doh yang kental.
  • Biarkan doh yang siap di uli supaya kembang.
  • Ketepikan untuk 15-20 minit.
* perlu di ingat,sukatan tepung adalah subjektif kerana ia mengikut mutu tepung.

Sediakan intinya
  • Hancurkan gula melaka dengan memasaknya bersama semangkuk kecil air dan daun pandan.
  • Tambahkan sedikit garam dan gula putih jika perlu.
  • Bila sudah hancur,masukan kelapa muda parut dan kacau sebati.
  • Masak hingga air gula melaka menyerap dan sedikit kering.Ketepikan.
  • Panaskan periuk kukusan hingga mendidih.
Ambil sedikit doh,leperkan di atas tapak tangan,letak inti di tengah-tengah doh dan bungkus inti berbentuk bulat.
Letakkan pau di atas daun pisang /kertas yang di potong 1inci x 1inci.
Kukus pau selama 7 minit.Jangan kukus terlalu lama kerana pau ini akan turun semua kerana oversteamed.

Ahad, 23 November 2014

CARROT SOUP

 As-Salam buat semua..
Entah apa corak saya lukis kat atas Sup karot ni.Lukisan mengambarkan perasaan.Agaknya kepala tengah celaru kut!tu yang corak terlahir macam tu..he..hee.Resepinya lupa pula ambil kat mana.Dah simpan lama sangat.tq.Rasa Sup karot ni lemak-lemak manis.Apapun nak share juga resepi kat sini,kut-kut ada yang tak nak makan nasi hari ini ...

CARROT SOUP
Olahan:daridapursuzana

2 batang karot-potong-potong
1/2 biji bawang holland/bawang besar-hiris
1 kiub pati ayam
2 sudu besar mentega
serbuk lada sulah
air secukupnya
fresh cream
garam secukup rasa

Cara membuatnya
  • Rebus karot bersama air,kiub pati ayam dan bawang holland hingga karot empuk.
  • Bila dah empuk,kisar semua sekali dan masukkan semula ke dalam periuk dan masak semula.Guna api kecil.
  • Masukkan serbuk lada sulah,mentega,fresh cream dan sedikit garam.Gaul rata.
  • Tambah sedikit air jika sup terlalu pekat.Didihkan.
  • Hidangkan panas-panas dengan roti garlic,roti foccacia atau apa saja roti(saya makan dengan bun kosong ).
  • Juga enak di makan begitu sahaja.

Sabtu, 22 November 2014

KACANG PANJANG GORENG

As-Salam buat semua..
Kacang panjang ini di goreng untuk di lawankan dengan Daging mongolia.Makan sayur tak berkuah campur dengan nasi panas yang lembut-lembut sikit ,best kan!..Kebetulan ada beberapa ketul hati dan pedal ayam yang masih tak tau nak buat apa,jadi saya campur saja dalam sayur goreng ni..Let's try masak..

KACANG PANJANG GORENG
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
kacang panjang-hiris nipis menyerong
1 labu bawang besar-hiris nipis
4 ulas bawang putih-di ketuk
1 biji lada merah-hiris nipis
serbuk lada hitam
sos tiram
1/2 kiub pati ayam
2 ketul hati dan pedal ayam-hiris nipis
minyak canola

Cara membuatnya
  • Panaskan sedikit minyak canola dan tumiskan bawang besar serta bawang putih sampai naik baunya.
  • Masukkan hati dan pedal ayam bersama sedikit air.Masak hingga empuk.
  • Tambahkan kacang panjang,lada merah,serbuk pati ayam,serbuk lada hitam dan sos tiram, gaul rata. 
  • sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat.

Jumaat, 21 November 2014

MONGOLIAN BEEF

Mongolian Beef
“Thin slices of flank steak, minced fresh garlic and ginger, dark brown sugar and soy sauce. Toss it all together and 30 minutes later you’ll be “chowing” down on a DIY  takeout, instead of waiting for the delivery guy.”-Kelley senyei.So what is Mongolian Beef ?. Its a chinese-american restaurant dish made up of sticky slices of beef which have been previously fried in oil to crisp them up, then served with a savoury sauce. You have to try it, ...best sangat!..
There are 3 parts to the Mongolian Beef recipe.First you fry the beef, then you make the sauce, then you cook your vegetables. Put everything aside and when you are ready you simply warm the three together and garnish....Pakcik Google
Banyak kali dah saya buat Mongolian beef yang menjadi kesukaan anak-anak.Selalunya  saya buat ikut bahan yang ada di dapur.Resepi di bawah telah di ubah-suai oleh saya,tambah situ-sini.. daun bawang tak ada,saya ganti dengan bawang besar dan tambah lada hijau.Best jugak..let's try masak..

MONGOLIAN BEEF
Olahan:daridapursuzana
Sumber:Mongolian kitchen.thanks

Bahan-bahan
daging batang pinang
1/2 sudu teh halia cincang
1 sudu besar bawang putih cincang
1/2 cawan kicap manis
1/2 cawan air     tak letak
2/3 cawan gula perang      letak 2 sudu besar
1/4 cawan tepung jagung
daun bawang
minyak sayur

saya tambah
2 sudu besar sos cili
serbuk cukup rasa Maggi
1/2 biji bawang besar
1 biji lada hijau dan lada merah
*bunga kubis,capsicum  optional

Cara membuatnya
  • Potong daging batang pinang nipis-nipis dan perapkan dengan kicap manis,gula perang dan tepung jagung.
  • Biarkan selama 30 minit.Goreng dengan minyak sayur.Ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak sayur dengan api sederhana,masukan halia dan bawang putih cincang.
  • Tumis sampai naik baunya.
  • Masukkan daging tadi dan sos cili.Gaul rata.
  • Tambah bawang besar dan lada hijau/merah.Sesuaikan rasanya dan bolehlah di hidangkan.

Selasa, 18 November 2014

TART TELUR

 As-Salam buat semua...
Semalam buat Tart telur pula,nak makan saja time hujan ni.Dah terover bake pula..garing dan rangup je..Gambar pula kena ambil outdoor,langit mendung saja,dalam rumah-cahaya lampu pun tak cukup..dah guna kamera cap ayam macam ni lah kan!.resepi dalam majalah Saji November,banyak resepi menarik untuk di cuba.Nanti.....lepas satu-satu,coming soon..waiting list tak habis-habis.


TART TELUR
Resepi:Zanzafaraini Abdullah/Majalah Saji November 2014.thanks

Bahan-bahan
150 gm mentega
90 gm gula
1 biji telur
250 gm tepung
1/2 sudu kecil esen vanila

Bahan inti
125 gm air
65 gm gula
3 biji telur
50 gm susu
pewarna kuning     saya tambah

Cara membuatnya
  • Pukul mentega dan gula hingga sebati.
  • Masukkan telur dan esen vanila.Sebatikan.
  • Masukkan tepung dan gaul sebati.Bentukkan mengikut acuan tart.
  • Kemudian bakar pada suhu 180'c selama 15 minit.
  • Campurkan kesemua bahan inti dan kacau sebati.Tapiskan.
  • Tuangkan ke dalam pastri dan bakar lagi selama 20 minit dengan suhu 180'c.
**masa membakar dan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.

Isnin, 17 November 2014

POTATO FRITTERS


 As-Salam buat semua..
Jengg-jengg... Potato fritters baru muncul kat dapur saya-menu musim hujan!..Walaupun agak ketinggalan nak buat masa ia jadi viral dulu,sampai seru juga saya nak merasanya.Betul llaarrr.... semua orang cakap ia sedap! Hujan-hujan ni makan Potato fritters yang rangup ni,kejap dah habis...

POTATO FRITTERS
Resepi asal:Noraida Durani

Bahan-bahan
3 biji kentang -sagat halus

4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
 Daun bawang/daun sup
Serbuk Lada sulah

Garam dan sedikit gula
Minyak masak -utk menggoreng


Cara membuatnya

  • Satukan kentang yang telah di sagat dgn tepung jagung, tepung gandum,daun bawang,telur,serbuk lada sulah, garam dan sedikit gula.Gaul sebati
  • Panaskan minyak masak.Sudukan dan goreng agak-agak leper.balik-balikkan dan tunggu sampai masak.
  • Angkat dan hidangkan.Sedap dimakan bersama sos pilihan.

Sabtu, 15 November 2014

CORNFLAKES RANGUP

 As-Salam buat semua...
Saya buat biskut homemade untuk kudapan anak-anak di hujung minggu.Kalau nak cuba buat biskut ni,adjust la mana patut ye ikut kesesuaian sendiri.Biasanya resepi biskut dalam majalah ni,ada yang kena,kadang tidak.Hari ini dah hampir semingu hujan masih lagi turun,pusat kaji cuaca dah letak amaran jingga,maknanya nak sampai ke amaran merah la tu,so kena jaga-jaga.Saya cuma jaga makan saja..he..hee, sebab tidak tinggal kawasan banjir.

CORNFLAKES RANGUP
Sumber:Majalah Saji 2008

Bahan-bahan
250 gm mentega
150 gm gula perang
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar susu pekat manis
1 biji kuning telur

Bahan B
250 gm tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
50 gm serbuk badam
50 gm cornflakes

*salutan luar-cornflakes secukupnya

Cara membuatnya
  • Putar bahan A sehingga sebati kemudian masukkan bahan B.
  • Gaul rata adunan dan buat bebola kecil.
  • Golekkan ke dalam cornflakes(jangan hancurkan)dan susun dalam dulang pembakar.
  • Bakar selama 20 minit dengan suhu 130'c sehingga masak.

Jumaat, 14 November 2014

PANDAN BUTTER CAKE

As-Salam buat semua..
Sudah beberapa hari hujan turun di Kubang Kerian ini ,dari pagi membawa ke malam dengan suasana alam yang agak muram dan malap.Tak ada kerja lain dah kalau hari-hari hujan macam ni,kerja nak makan saja.Time ni buat apapun semuanya laku.Kek untuk entri kali ini amat lembut dan gebu sahaja walaupun hanya kek mentega kosong.Selalunya kek macam ni,tak laku sebab bukan kek coklat tapi tiba-tiba saja ada peminatnya.Dan.. ia pun,sudah habisss...

PANDAN BUTTER CAKE 
Sumber:mori's kitchen thanks 

Bahan-bahan(sukatan untuk sebiji kek kecil)
175 gm butter
100 gm gula  kastor   saya guna 85 gm 
2 biji telur gred A
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh pewarna hijau
110 gm tepung naik sendiri
3 sudu makan susu segar
perisa pandan

Cara membuatnya
  • Griskan loyang 8"x4"(saya guna loyang  kecil bulat)dan lapikkan dengan baking paper.
  • Panaskan oven pada suhu 175 'c.
  • Pukul butter dan gula hingga kembang dan gebu.
  • Masukkan telur sebiji,pukul sebati ,kemudian masukkan lagi telur dan pukul lagi sehingga kembang.
  • Masukkan esen vanila dan pukul sebati. 
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang-seli dengan susu segar tadi.
  • Bahagikan adunan kepada dua bahagian.Satu bahagian di masukkan perisa pandan dan pewarna hijau.Gaul rata.
  • Masukkan adunan ke dalam loyang berselang-seli ,warna asal dan adunan hijau.Buat sehingga habis.
  • Akhir sekali bakar dalam oven dengan suhu 175'c selama 25 minit atau sehingga masak.
  • Bila kek telah cukup masak,keluarkan dari oven,biar sebentar dalam 2 atau 3 minit.
  • Keluarkan dari loyang dan bolehlah di hidangkan.

Sabtu, 8 November 2014

NASI GORENG CINA

As-Salam buat semua..
Jom sarapan pagi dengan Nasi goreng cina yang ringkas ni.Tak perlu letak macam-macam bahan pun dah sedap dimakan.

NASI GORENG CINA  

Sumber:Wikibooks

 

Bahan-bahan 

nasi putih
Bawang besar
Bawang putih
Lada hitam
Lada sulah
Serbuk ayam
Ayam (tambahan sahaja)
Sayur campur
Minyak bijan
Minyak masak
Telur


 

Cara membuatnya

  • Masukkan minyak dengan kuantiti yang sedikit dan panaskannya, lalu masukkan bawang putih dan bawang besar.
  • Kemudian masukkan telur dan kacau sehingga hancur.
  • Selepas itu masukkan nasi dan sayur campur dan kacau supaya telur yang dihancurkan sebati dengan nasi dan juga sayur campur. Anda juga boleh menambah daging ayam yang dipotong kecil.
  • Selepas itu masukkan lada sulah, lada hitam, dan serbuk ayam, lalu gaulkan sampai naik bau.
  • Akhir sekali titikkan sedikit minyak bijan dan siap dihidang.

Selasa, 4 November 2014

APAM BALIK

APAM BALIK

Sumber: Azie Kitchen  .Thanks

Bahan bahan:
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
1/3 cawan gula pasir
2 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh yis mauripan
2 sudu besar minyak masak
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning telur

Bahan tabur:
Kacang tanah yg telah di kisar
Gula pasir
1 tin jagung ala cream
Mentega


Cara membuatnya
  • Blend telur dan gula hingga kembang.Masukkan baking powder, yis, minyak dan garam.Blend lagi dan masukkan air. Blend lagi. 
  • Masukkan tepung, blend lagi dan akhir sekali, masukkan pewarna.Blend sebati.Perap selama 1 hingga 2 jam. 
  • Dengan menggunakan kuali non stick,tak perlu letak minyak. Buat saiz kecil- kecil,letak inti banyak banyak.Bolehlah diangkat dan siap untuk dihidangkan panas- panas bersama teh O.


Sabtu, 1 November 2014

MUFFIN COKLAT

As-Salam buat semua..
Jom buat muffin pula,sekejap saja sudah siap,tak perlu putar segala bagai,cuma kacau-kacau gitu saja dah boleh di bakar.Mudah kan..let's try baking..

MUFFIN COKLAT
Sumber:Damai Qalbu, rohaisha.blogspot.com  .thanks

Bahan A
2 biji telur
1 cawan gula perang   
100 ml susu segar
120 ml minyak jagung

Bahan B
190 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder double action   saya guna baking powder biasa
1/2 sudu teh baking soda
1 sudu teh esen vanila
1/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan coklat cips

Cara membuatnya
  • Pukul bahan A dengan whisk sehingga bercampur dan gula hancur.Saya kacau sebati sahaja.
  • Gaul bahan B sehingga rata dan masukkan ke dalam bahan A dan gaul rata.
  • Masukkan ke dalam acuan muffin da taburkan coklat cips di atasnya.
  • Bakar pada suhu 170'c selama 20 minit.Dah siaaap....