style="text-align: center"

Isnin, 23 Oktober 2017

KEK PELANGI


Assalam buat semua..
Kek ni mudah saja cara membuatnya dan bahan-bahannya pun bahan asas sahaja.
Saya tak lapis macam pelangi..buat tompok-tompok warna sahaja.
Buat makan petang-petang dan juga waktu pagi pun sesuai juga.
Kalau rasa bosan makan kek yang berkrim boleh cuba buat kek ini pula
Let's try baking.

KEK PELANGI

Bahan-bahan
3 biji telur
1 cawan mentega/marjerin
3/4 cawan gula kastor
2 cawan tepung naik sendiri
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
pewarna pilihan

Cara membuatnya

  • Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
  • Kemudian masukkan telur satu persatu.
  • Pukul lagi adunan sehingga kembang dan rata.
  • Masukkan esen vanila dan susu pekat dan kacau rata.
  • Masukkan tepung dan kaup balik adunan.
  • Bahagikan kepada warna pilihan.
  • Tuangkan ke dalam loyang yang telah di alas dengan baking paper berselang-seli hingga habis.
  • Bakar selama 40 minit dengan suhu 160'c sehingga masak bergantung pada oven masing-masing.

Khamis, 12 Oktober 2017

CORNFLAKES CRUNCHY COOKIES

Assalam buat semua..
Saya buat biskut ni untuk kudapan masa cuti sekolah ni..
Terjumpa lebihan cornflakes yang di beli semasa hari raya dulu..
Nasib baik belum expired.
Boleh lah buat makan -makan pada waktu petang.
Let's tr baking

CORNFLAKES CRUNCHY COOKIES

Bahan-bahan
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
2 cawan cornflakes ramas kasar
200 gm butter
3/4 cawan gula kastor
1 biji kuning telur

Cara membuatnya

  • Campurkan tepung gandum,tepung jagung dan gaul rata.
  • Pukul gula dan butter dalam 5 minit dengan whisk dan masukkan telur kuning. 
  • Kemudian masukkan campuran tepung dan cornflakes gaul sebati.
  • Sapu loyang dengan butter.
  • Sudukan adunan  dan buat sampai habis.
  • Bakar selama 15-20 minit dengan suhu 170'c bergantung pada oven masing-masing.
  • Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

Selasa, 10 Oktober 2017

MEXICAN BUN


Assalam buat semua..
Saya mula menyukai roti ini kerana ia ada perasa kopi.
Saya mula membelinya di kedai-kedai roti dan pasaraya seperti Tesco dan Giant.
Lama-lama saya cuba buat sendiri walaupun kejadiannya tak secantik yang di beli.
Tapi puashati sebab akhirnya saya dapat buat sendiri.  
Let's try baking.

MEXICAN BUN
Bahan-bahan

Bun
250 gm high protein flour
30 gm gula kastor
1 sudu kecil yis kering
1/2 sudu kecil bread improver
1 sudu kecil susu tepung/susu pekat
1/2 sudu kecil garam halus
1 biji kuning telur gred B
135 gm air

Cara membuatnya

  • Gaul rata semua bahan kecuali air.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga dapat doh yang tidak melekat di tangan.
  • Uli sampai doh elastik.
  • Simpan dalam bekas bertutup selama 1 jam atau kembang sekali ganda.
Filling/inti roti
100 gm butter
1/2 sudu teh esen vanila
35 gm gula perang
*Pukul kesemuanya hingga kembang dan simpan dalam peti sejuk.

Topping
100 gm butter
80 gm gula aising
1 biji telur gred A
3/4 sudu besar serbuk nescafe-bancuh dengan 2 sudu besar air panas
100 gm tepung gandum
25 gm tepung jagung

Cara membuatnya
  • Pukul butter dengan gula hingga kembang.
  • Masukkan telur dan bancuhan nescafe.
  • Diikuti dengan tepung gandum dan tepung jagung.
  • Gaul sebati dan simpan dalam peti ais.
Seterusnya...
  • Roti yang telah di perap dan kembang,tumbuk-tumbukkan biar keluar udara.
  • Timbang sebanyak 45 gm setiap satu.
  • Canai sedikit dan masukkan filling,tutup dan kemaskan.Pastikan intinya tidak keluar.
  • Buat samapi habis doh.
  • Letak dalam cup atau loyang dengan di jarakkan sedikit.
  • Perap semua selama 1 jam 30 minit atau sehingga nampak doh kembang. 
  • Paipkan topping ke atas roti secara lingkaran bermula dari atas hingga ke bawah.
  • Bakar dengan suhu 160'c selama 15- 20 minit ikut oven masing-masing.

Khamis, 5 Oktober 2017

BEBOLA COKLAT

Assalam buat semua..
Kek coklat leftover
Tiada siap peduli dok dalam peti sejuk lama-lama.
Kena ejas buat benda lain pula baru habis.
Nak buang terasa sayang sebab masih elok lagi.
Let's try ubah-suai.

BEBOLA COKLAT

Bahan-bahan
kek coklat
mentega cair

Coklat ganache
krim putar
coklat masakan
mentega

coklat urai warna warni
paper cup kecil

Cara membuatnya

  • Hancurkan kek coklat dan masukkan mentega cair sedikit demi sedikit.Gaul rata.
  • Dapatkan tekstur yang boleh di kepal.
  • Bulat-bulatkan dan buat sehingga habis.
  • Simpan dalam peti sejuk supaya ia keras sedikit.
Sediakan coklat ganache
  • Cairkan coklat masakan dengan mentega dan krim putar.
  • Ambil bebola coklat dan salutkan dengan coklat ganache dan masukkan ke dalam paper cup.
  • Taburkan coklat urai dan buat sehingga habis.
  • Simpan dalam peti sejuk supaya coklat mengeras.

KERUTUK KAMBING

Assalam buat semua..
Kebiasaannya saya buat Kerutuk menggunakan Daging lembu
Tapi kali ini saya cuba buat dengan Daging kambing pula
Sedap di makan bersama Nasi beriani ataupun nasi biasa.
Let's try buat.

KERUTUK KAMBING

Bahan-bahan
daging kambing-potong kecil
3 sudu besar rempah kerutuk
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar kerisik
gula melaka
asam keping
garam
santan
minyak
rempah penumis

Cara membuatnya
Kisar bawang-bawang dan halia.
Panaskan minyak dam masukkan rempah penumis serta bahan kisar.
Boleh juga jika sedikit bawang di hiris bagi menjadikan kuahnya bertekstur campuran bawang tumis.
Masukkan rempah kerutuk yang di bancuh denagn sedikit air.
Tumis sehingga garing sebelum di masukkan daging.
Masak daging lama-lama sehingga empuk dan keluar minyak.
Masukkan santan dan masak sehingga mendidih sebelum di masukkan kerisik,gula melaka,garam dan asam.
Sesuaiakn rasanya.
Setelah terbit minyak,bolehlah di angkat.
Untuk hiasan bolehlah di tabur bawang goreng,hirisan daun sup dan lada merah.

*kerutuk mesti berasa sedikit manis dan berwarna gelap.