style="text-align: center"

Ahad, 28 Januari 2018

KEK COKLAT KUKUS


As-salam buat semua..
Sementara cuti beberapa hari ini,saya buat Kek Coklat Kukus.
Lama-lama tak makan kek coklat rindu pula rasanya. 
Lagipun ketiga-tiga anak sedang bercuti,cepatlah habis nanti.
Let's try buat.

KEK COKLAT KUKUS

Bahan-bahan
3 biji telur
1 cawan minyak
1 cawan susu cair
1 cawan gula
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko

Blend kesemua bahan lebih-kurang 5 minit.

Bahan ayak
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh baking powder

Ayak kesemua bahan dan kaup-balik ke dalam adunan yang telah di blend tadi.
Tapiskan dan masukkan ke dalam loyang.
Kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
Boleh juga di bakar selama 45 minit dengan suhu 180' c bergantung pada oven masing-masing.

Topping
Coklat ganache
Coklat Kit Kat Bites dan Kit Kat Bar
Mini oreo
Almond Nibs

Isnin, 15 Januari 2018

KERABU MAGGI

Assalam buat semua..
Cuaca sejuk sedang melanda Kota Bharu sekarang ni.
Perut pun asyik lapar sahaja.
Kerabu maggi ni buat petang semalam sebab tak nak ulang makan berat pada waktu lewat petang.
Let's try masak.

KERABU MAGGI

Bahan-bahan
2 paket maggi
1 paket kecil filamen ketam
15 ekor udang kecil
daun ketumbar siam
1 biji cili merah-hiris halus
sos ikan secukup rasa
hirisan lemon
perahan jus limau nipis

Cara membuatnya

  • Celur maggi,udang dan filamen ketam.Toskan.
  • Hiris daun ketumbar dan cili merah.
  • Potong filamen ketam dan buang kulit udang.
  • Gaul kesemua bahan biar rata.
  • Sesuaikan rasanya dan bolehlah di hidangkan.

Ahad, 14 Januari 2018

FAMOUS AMOS COOKIES

Assalam buat semua..
Hari cuti dari bertugas.
Saya main masak-masak hari ini.
Buat Biskut Famous Amos yang rangup dan sedap ni
Dah banyak resepi saya cuba,yang ni pun best juga.
Mula-mula nak makan sekeping
Pastu makan 23456 keping !
Resepi dari Moshi Bella/Senangnya Masak FB
Let's try baking

FAMOUS AMOS COOKIES

Bahan A
1/4 cawan gula kastor
1/2 cawan gula perang    saya letak 1/3 cawan
1/2 cawan mentega
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/2 sudu besar susu segar/susu tepung
1/2 sudu kecil esen vanilla

Bahan B(di ayak)
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil cream of tartar/jus lemon/cuka
1 cawan coklat cip
walnut,almond cincang

Cara membuatnya

  • Satukan kesemua bahan A dan kacau hingga sebati.
  • Masukkan bahan B dan gaul rata.
  • Bakar dalam oven pada suhu 160'c selama 15- 20 minit bergantung pada oven masing-masing.
  • Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

Sabtu, 6 Januari 2018

PUDING BISKUT

Assalam buat semua..
Saya try buat puding biskut kerana bahan-bahannya mudah sahaja.
Hanya 3 bahan di perlukan.
Sekejap sahaja dan siap.Sedap di makan sejuk-sejuk.
Resepi dari Try masak.com
Let's try buat

PUDING BISKUT

Bahan-bahan
10 keping biskut jagung/biskut lain
1/2 cawan susu pekat
2 biji telur

Hiasan
ceri merah,hijau dan kismis/optional

Cara membuaynya.

  • Mula-mula rendamkan biskut sehingga lembut.Toskan airnya
  • Kisar telur dan susu pekat sehingga sebati.
  • Masukkan biskut tadi dan kisar lagi.
  • Masukkan ke dalam acuan dan kukus sehingga masak.
  • Jika ingin letak hiasan,kukus separuh masak baru di tabur bahan hiasan.
  • Setelah masak,sejukkan dahulu sebelum di hidang.