style="text-align: center"

Sabtu, 30 Mac 2019

RICH CHOCOLATE CHIPS MUFFIN

Assalam buat semua...
Hari ini di Kota Bharu,Klate adalah hari terakhir cuti sekolah selama seminggu.
Esok sekolah dah di buka semula.,.teruskan rutin hidup seperti biasa.
Seminggu ni sibuk makan kenduri sini-sana,jalanraya pun kadang-kadang jem teruk.
Dalam pada dok gi kenduri sampai tujuh tempat,sempat lagi saya curi-curi masa masuk dapur.
Let's try baking.

RICH CHOCOLATE CHIPS MUFFIN

Bahan A
2 biji telur
1/2 cawan gula perang
100 ml susu segar
120 ml minyak jagung
1 sudu teh esen vanila

Bahan B
190 gm tepung gandum
1 sudu teh double action baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan coklat cip

Cara membuatnya

  • Satukan semua bahan A dan ayakkan bahan B ke dalam bahan A.
  • Gaul rata.Jangan terlebih gaul.
  • Tuang adunan 3/4 penuh ke dalam cawan cupcake/muffin.
  • Bakar dalam oven dengan suhu 170'c selama 20 minit bergantung pada oven masing-masing.
Chocolate Mousse

125 gm krim putar
25 gm serbuk koko
30 gm gula halus
1/2 sudu besar serbuk nescafe/mocha paste
1/2 sudu besar gelatine
2 susu besar air panas

Cara membuatnya

  • Satukan air panas dan serbuk gelatine.Kacau sebati.
  • Putar krim hingga kental.
  • Tambahkan serbuk koko,gula,serbuk Nescafe/Mocha paste.
  • Pukul dengan kelajuan perlahan.
  • Akhir sekali masukkan larutan gelatine.Kacau rata.
  • Biarkan sekejap di dalam peti ais sebelum di paipkan di atas kek.
  • Hias mengikut kesukaan.

Isnin, 25 Mac 2019

KUIH BAKAR KELAPA dan CREAM CRACKERS

 Assalam buat semua..
Resepi kuih ni dah hampir 10 tahun saya simpan.
Sekali tu tengah kemas almari buku terjumpa pula buku resepi lama.
Belek punya belek terjumpa pula resepi yang sedap ni.
Boleh di makan potong ataupun guna scoop sahaja.
Atasnya garing dengan meringue dan lapisan bawahnya lembut.
Let's try baking

KUIH BAKAR KELAPA dan CREAM CRACKERS

Bahan-bahan
400 ml santan
500 ml susu segar/full cream milk/susu cair
80 gm gula kastor
2 cawan serbuk biskut cream crackers
1 cawan kelapa muda parut
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu makan gula
sedikit garam
2 biji putih telur

Hiasan
cornflakes/serbuk biskut

Untuk meringue
Putar putih telur dengan gula(80 gm )hingga stiff.


  • Campurkan santan,susu,gula (2 sudu besar) dan sedikit garam.
  • Panaskan di atas api sederhana sambil di kacau sebati selama 2 minit.
  • Masukkan serbuk biskut dan kelapa parut.
  • Kacau hingga pekat dan alihkan dari api.
  • Masukkan esen vanilla.
  • Masukkan ke dalam bekas kaca tahan panas yang telah di lengser minyak.
  • Ratakan bahagian atas dengan meringue.
  • Bakar adunan dengan suhu 200 'c sehingga meringue berwarna keemasan.
  • Tukar api bawah sahaja dan tabur hiasan bila meringue keemasan lebih kurang 5 minit.
  • Keluarkan dari oven dan sejukkan.


Rabu, 20 Mac 2019

SOSEJ AYAM DAN SAYUR

Assalam buat semua..
Anak-anak saya tidak begitu gemarkan dada ayam.
Kena proses buat sesuatu supaya dada ayam tu habis dan selamat di makan oleh semua orang..hihi
Ok..saya terjumpa menu sedap dan mudah
Sosej Ayam homemade.. yang di olah menjadi bentuk sosej barulah anak-anak makan.
Ada sayur dan tiada perasa tambahan
Let's try buat

SOSEJ AYAM DAN SAYUR

Bahan-bahan
1 biji ubi kentang-di potong
4-5 keping dada ayam-hiris kecil
2 biji telur
sayuran kegemaran(saya letak karot dan daun sup)
1 biji bawang besar-hiris
sedikit serbuk lada hitam
sedikit lada sulah
garam secukup rasa
4 sudu makan tepung ubi(bancuh dengan1/2 gelas air)

Cara membuatnya

  •  Satukan semua bahan dalam mesin pengisar dan kisar halus.
  • Masukkan adunan ke dalam plastik aiskrim. Ikat hujungnya.
  • Rebus dalam 10-15 minit.
  • Bila masak,sejukkan dan keluarkan dari plastik dan goreng.Makan dengan sos cili Thai atau mayonis.

Isnin, 18 Mac 2019

IKAN SIAKAP KUKUS TOMYAM

Assalam buat semua..
Ikan Siakap ini dari pemberian seorang kawan baik,Nik Rosli yang suka memancing.
Ikannya bersaiz agak besar dan tak muat periuk kukus
Jadi saya potong dua dan di letak melintang begini barulah muat periuk kukus.
Kali ini saya masak salah satu resepi ikan kukus.
Kuah perasa tomyam yang sedap juga.
Let's try masak

IKAN SIAKAP KUKUS TOMYAM

Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap
1 sudu teh serbuk cukup rasa Maggi
1 sudu besar minyak masak
100 ml air atau lebih
1 kiub stok Tom Yam Maggi
3-4 helai daun limau purut-di carik
1 sudu besar gula/saya ganti dengan 3 biji asam boi
2 sudu besar jus limau nipis

Bahan kisar
2 biji cili merah-buang biji
2 tangkai cili kering-buang biji rendam air suam
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Bahan untuk kukus
2 batang serai-ketuk
3 cm lengkuas-ketuk
2 biji tomato-potong
1 biji bawang besar-hiris nipis
1/2 batang karot-hiris halus

 Hiasan
2-3 biji cili pading potong
hirisan limau nipis/lemon
daun ketumbar siam

 Cara membuatnya

  • Perap Ikan Siakap dengan Maggi cukup rasa selama 30 minit-1 jam.
  • Di atas kuali,tuang satu sudu besar minyak masak dan tumis kesemua bahan kisar bersama daun limau purut hingga naik baunya.
  • Tuangkan air secukupnya dan masukkan lengkuas,serai,kiub pati Tom Yam.
  • Letak gula/asam boi,jus limau nipis,hirisan karot,bawang besar,tomato dan tambahkan maggi cukup rasa jika mahu.Tutup api.
  • Letak Ikan Siakap di dalam bekas tahan panas dan kukus dengan suhu tinggi selama 20-25 minit atau sehingga ikan masak sempurna.
  • Akhir sekali,taburkan hirisan lemon,cili padi potong dan daun ketumbar siam di atas hidangan.
  • Hidangkan.



Rabu, 13 Mac 2019

AGAR-AGAR SANTAN PANDAN

Assalam buat semua..
Agar-agar ni saya buat dengan menggunakan Kelapa Pandan yang di tanam sendiri.
Pokok Kelapa Pandan mempunyai santan yang beraroma pandan wangi.
Saya tidak menambah pewarna,jadi warnanya kelihatan asli,hijau pucat.
Sedap di makan sejuk-sejuk di musim panas dengan suhu 32'c di Kota Bharu hari ini.
Let's try buat.

AGAR-AGAR SANTAN PANDAN

Bahan-bahan
1 paket agar-agar tali/24 gm
5 cawan air
1 1/2 cawan santan pekat
1 biji telur
2 helai daun pandan
sedikit garam
gula ikut manis sendiri

Cara membuatnya

  • Didihkan agar-agar dengan air dan daun pandan hingga larut.
  • Masukkan gula secukup rasa dan garam.
  • Keluarkan daun pandan.
  • Bancuh santan pekat dengan telur dan kacau rata.
  • Masukkan perlahan-lahan ke dalam adunan agar-agar mendidih sambil di kacau perlahan.
  • Bila ia mendidih sekali lagi,padamkam api.
  • Masukkan ke dalam bekas sesuai dan sejukkan.
  • Masukkan ke dalam peti sejuk.

Ahad, 10 Mac 2019

CHEESY STUFFED TOMATOES

Assalam buat semua..
Makanan side dish yang sedap di makan begitu saja atau makan dengan Ayam bakar.
Untuk menu diet low carbo pun boleh juga.
Ia adalah makanan western yang sesuai di makan bila-bila masa sahaja
Let's try buat.

CHEESY STUFFED TOMATOES

Bahan-bahan
6 biji tomato saiz besar-keluarkan isinya.
4 ulas bawang putih-cincang
1/2 bawang besar-cincang
2 batang sosej ayam-dadu kecil/isi ayam/daging
2 sudu besar serbuk roti
daun basil/daun ketumbar-cincang halus
keju cheddar/mozarella parut
Serbuk lada sulah
serbuk lada hitam
Olive oil

Cara membuatnya

  • Panaskan Olive oil dan masukkan bawang putih dan bawang besar cincang.
  • Tumis hingga naik baunya
  • Masukkan sosej cincang atau isi ayam/daging dan masak hingga berubah warna.
  • Masukkan daun basil/ketumbar cincang dan gaul rata
  • Tambahkan serbuk lada sulah,serbuk lada hitam dan sedikit keju parut.
  • Gaul rata dan akhir sekali masukkan serbuk roti.
  • Susun tomato dalam loyang.
  • Masukkan intinya sampai penuh.
  • Taburkan keju parut di atas inti.Taburkan sedikit lagi serbuk lada sulah dan lada hitam
  • Bakar dalam oven dengan suhu 170'c selama 20 minit atau sehingga keju cair atau kelihatan garing.

Rabu, 6 Mac 2019

VANILLA CREAM CHEESE MUFFIN

Assalam buat semua..
hari ini saya kongsikan resepi muffin yang gebu dan sedap ni.
boleh lah cuba buat kalau ada kerajinan.
bahan-bahannya pun mudah saja.
kalau nak makan panas-panas,masukkan sebentar dalam mikrovawe.
Let's try baking.

VANILLA CREAM CHEESE MUFFIN

Bahan-bahan
1 4/4 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu kecil baking powder
2 biji telur
1 1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan mentega cair
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan kismis

150 gm cream cheese
3 sudu besar gula aising

almond nibs/hiasan

Cara membuatnya

  • Ayak tepung bersama baking powder dan ketepikan.
  • Kacau cream cheese dan gula aising hingga lembut dan berkrim
  • Satukan kesemua bahan kecuali tepung dan cream cheese.Gaul hingga sebati.
  • Masukkan tepung dan gaul hanya sekadar bercampur.Jangan terlebih gaul.
  • Isikan muffin pan atau mangkuk kertas muffin hingga ke paras 2/3.
  • Bubuh sesudu cream cheese dan pusingkan sedikit supaya bercampur sedikit dengan adunan tepung.
  • Tabur almond nibs.
  • Bakar di dalam oven yang telah di panaskan pada suhu 175'c selama 18-20 mint bergantung pada oven masing-masing. 

Isnin, 4 Mac 2019

KEK MARBLE

Assalam buat semua..
Kek yang menjadi kesukaan saya semenjak dulu lagi
Selalu saja saya buat versi yang  tak berapa manis
Ia amat lembut dan gebu
Sedap di makan dan tidak muak
Let's try baking.

KEK MARBLE
Bahan-bahan
227 gm mentega
170 gm tepung gandum
130 gm gula kastor
5 biji telur dari peti sejuk
3 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar sunquick oren
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar ovalette
pewarna pilihan

Cara membuatnya

  • Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
  • Putar mentega,gula kastor hingga putih dan kembnag.
  • Tambahkan esen vanila,susu pekat manis,sunquick oren dan ovalette.
  • Pukul lagi hingga adunan rata dan sebati semuanya.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji dan teruskan pukul.
  • Kaup balik adunan bersama tepung .
  • Bahagikan kepada warna pilihan.
  • Alas baking tray dengan baking sheet.
  • Bakar dalam suhu 170 'c selama 45-50 minit bergantung pada oven masing-masing.