Jumaat, 27 Mac 2020

BROWNIES SALTED CARAMEL CREAM

Assalam buat semua..
Dapat berehat di rumah hari ini setelah bertugas berterusan dari hari Sabtu minggu lepas lagi.
Selama enam hari bertugas membuatkan badan dan jiwa pun penat.
Tetapi semangat kuat serta tabah yang ada dalam diri ini membuatkan saya melupakan semua kepenatan ini.
Stay smile..

Brownies yang saya buat untuk anak-anak semalam.
PKP yang berterusan sekarang ni sentiasa saja kena ada makanan,sama ada masakan panas atau kudapan.
Brownies ini ada topping Salted Caramel Cream di atasnya.
Let's try baking.

BROWNIES SALTED CARAMEL

Bahan
165 Chocolate compound
80 gm butter
2 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
90 gm tepung gandum
20 gm serbuk koko
1/2 sudu kecil baking powder
secubit garam

Cara membuatnya

  • Panaskan oven pada suhu 150'c.Alaskan loyang dengan baking sheet.
  • Satukan tepung gandum,serbuk koko dan baking powder.Ayakkan.
  • Coklat compound bersama butter dicairkan secara double boiler.
  • Kacau sebati.Ketepikan.
  • Satukan gula perang,telur,esen vanila,garam dan kacau sebati dengan whisk.
  • Seterusnya masukkan coklat yang di cairkan tadi dan kacau rata.
  • Kaup-balik tepung ke dalam adunan coklat.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang.
  • Bakar hingga masak selama lebih kurang 30-35 minit bergantung pada oven masing-masing.
  • Bila masak,biarkan sekejap di dalam oven.
  • Bila dah sejuk,boleh lah dihias dengan topping pilihan atau di makan begitu saja.
Saya hias dengan Salted Caramel Cream.

Jumaat, 20 Mac 2020

CEKODOK PISANG

Assalam buat semua..
Hari ini saya tidak bertugas.Dapat cuti dua hari selepas habis dari
tugasan malam.
Pagi-pagi masuk dapur,ambil pisang frozen dan lembutkan.
Nak buat Cekodok Pisang.
Makan panas-panas boleh habis sepinggan ni.
Sumber: Majalah RASA
Let's try buat.

CEKODOK PISANG

Bahan-bahan
5 biji pisang saiz besar
2 sudu makan marjerin
5 sudu makan gula pasir(ikut manis sendiri)
1sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam
2 cawan tepung gandum

Cara membuatnya

  • Satukan kesemua bahan kecuali tepung gandum dan lenyek hingga sebati
  • Bila dah sebati,masukkan tepung gandum.
  • Gaul sekata bersama pisang tadi.
  • Rehatkan adunan selama 10-15 minit.
  • Panaskan minyak dan jemputkan adunan tadi.
  • Goreng guna api perlahan hinga garing dan masak.
  • Angkat dan toskan.
Nota

  1. Marjerin untuk merangupkan tekstur luaran kulit cekodok bila di goreng. dan menghalang minyak dari menyerap ke dalam Cekodok.
  2. Cekodok akan wangi dan akan mengekalkan rasa aslinya.
  3. Jangan goreng cekodok dengan api besar kerana akan hangit dan tidak masak di dalam.
  4. Untuk hasil Cekodok yang cantik,hanya jemputkan bancuhan ke dalam minyak.
  5. Nanti ia akan sendiri membulat (jika bancuhan itu di buat dengan baik) 

Rabu, 11 Mac 2020

SERIKAYA PULUT


Assalam buat semua..
Sekarang ni tengah fenomena Monsun Timur Laut yang menyebabkan cuaca panas melampau.
Bersyukurlah dengan cuaca panas yang Allah turunkan ini.
Untuk melawan Coronavirus(Covid-19) yang sedang menular.
Virus yang tidak tahan dengan cuaca panas melebihi 25'c.
Semoga kita semua di lindungi dari wabak ini.Aamiin

Ok..nak kongsi resepi Serikaya Pulut.
Kuih tradisional ini popular di Negeri Kelantan.
dan ia adalah kuih kesukaan anak-anak saya.
Sebab itu saya cuba belajar membuatnya sendiri..boleh kurangkan sikit rasa manisnya.

Gambar kedua,potongan tidak berapa kemas sebab ia di potong semasa masih panas lagi.
Kalau lambat ambil gambar dah tentu habis.
Let's try buat.

SERIKAYA PULUT

Bahan
500 gm beras pulut-rendam semalaman
300 ml santan pekat
300 ml air
2 sudu kecil garam
2 sudu kecil gula

Lapisan atas
10 biji telur-pukul sebati
400 ml. santan pekat
250 gm.gula melaka
1 sudu besar tepung jagung
2 helai daun pandan-carik dan simpul
1/4 sudu kecil garam
sedikit pewarna coklat

Cara membuatnya
  • Tanak/masak beras pulut.Gaul santan dengan garam.
  • Bila sudah masak,gaul dengan santan.
  • Padatkan pulut tanak di dalam bekas(saya guna bekas kaca tahan panas).
  • Sediakan periuk pengukus.Masukkan daun pandan ke dalam air mendidih.
Lapisan atas
  • Blend santan,tepung jagung bersama gula melaka yang telah di racik halus.
  • Tuangkan ke dalam adunan telur.
  • Tambahkan garam dan sedikit pewarna coklat.Kacau rata.
  • Tapis dan tuang ke atas pulut tadi.
  • Kukus hingga masak.
  • Sejukkan sebelum di potong.
**Saya buat separuh dari sukatan resepi di atas.

Selasa, 3 Mac 2020

PAVLOVA

Assalam buat semua..
Dessert kesukaan saya,buat lah berapakali pun..saya tetap suka.
Ibarat cair dalam mulut!
Untuk menghasilakan Pavlova yang rangup di luar dan lembut di dalam,sukatan gulanya kena manis betul.
Tapi saya tidak..tak boleh makan yang terlampau manis tu.
Saya ejas sendiri kemanisannya biar sesuai untuk diri yang dah setengah abad ni..
Let'st try baking

PAVLOVA

Bahan
6 biji telur putih
3/4 cawan gula kastor
2 sudu teh tepung jagung
1/2 sudu besar jus lemon
1/2 sudu besar creamy vanilla

Hiasan
krim putar di pukul hingga kaku.
Buah-buahan segar

Cara membuatnya

  • Panaskan oven pada suhu 130'c.
  • Alas baking tray dengan baking sheet.
  • Pukul telur putih dalam mixer dengan kelajuan tinggi hingga gebu.
  • Bila dah gebu,masukkan gula sedikit demi sedikit sambil terus di putar.
  • Pukul lagi selama 10 minit.
  • Putih telur akan kelihatan sekata dan sedikit berkilat.
  • Kaup-balikkan jus lemon,tepung jagung dan creamy vanila hingga rata.
  • Letakkan kedalam loyang dan buatkan bentuk bulatan.
  • Lekukkan sedikit di bahagian tengah.
  • Bakar sehingga bahagian luar kering dan tidak melekat apabila di sentuh.
  • Sejukkan dahulu dan hiaskan dengan krim putar dan buah-buahan segar pilihan.

Ahad, 1 Mac 2020

AISKRIM PADDLEPOP

Assalam buat semua..
Mac yang cuacanya panas ..
Saya buat aiskrim ni yang gambarnya di ambil tengah cuaca panas
Aiskrim homemade ni mudah cair kerana tidak di letak bahan penahannya.
Boleh makan cepat-cepat,sekejap saja sudah habis!
Buat la warna-warni sikit supaya nampak menarik.
Resepinya pun mudah saja.
Ok..let's try buat.

AISKRIM   PADDLE POP

Bahan
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis(saya ikut sukatan sendiri)
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil creamy vanilla

Cara membuatnya
  • Satukan kesemua bahan dalam mixer,nak guna blender pun boleh. 
  • Putar pada kelajuan tinggi hingga ringan dan gebu.
  • Bahagikan kepada beberapa warna pilihan ataupun di biarkan putih sahaja jika ingin aiskrim vanilla.
  • Bekukan di dalam freezer.

Rabu, 26 Februari 2020

SALTED EGG CORNFLAKES

Assalam buat semua..
Malam ini saya kongsikan satu resepi kudapan baru.
Sebelum ni tak pernah jumpa pula Cornflakes yang di makan bersama serbuk telur masin.
Walaupun tahun lepas dah ada orang buat.
Tapi masa tu tak tergerak pula hati nak buat sebab ingatkan ianya masin.
Kali pertama cuba ia sedap pula.
Yang di jual agak mahal bagi saya,jadi saya cuba cari resepi dan buat sendiri.
Ia tidaklah masin sangat dan amat rangup.
Resepi:Ellie Hj. Darus
Let' try buat

SALTED CARAMEL CORNFLAKES

Bahan
250 gm.Kellog's Cornflakes
75 gm mentega
3-4 tangkai daun kari
3-4 tangkai cili kering
1/2 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kari daging
1 sudu besar gula kastor-saya tambah
65 gm.salted egg powder-nak letak lebih pun boleh

Cara membuatnya

  • Cairkan mentega dalam kuali dan masukkan cili kering,daun kari,serbuk cili dan serbuk kari.
  • Masak dan kacau-kacau dalam 30 saat,guna api perlahan.
  • Masukkan Salted egg powder,masak dan kacau-kacau lagi dalam 30 saat.
  • Tutup api dan dan masukkan Cornflakes.Kacau rata.
  • Masukkan kesemuanya ke dalam loyang dan ratakan.
  • Bakar dalam oven pada suhu 150'c selama 10 minit atau sehingga garing.
  • Sejukkan sebentar sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

Selasa, 25 Februari 2020

NAKED CARROT CAKE

Assalam buat semua..
Kali ini saya buat kek Karot kosong tanpa topping di atasnya.
Cuma di tabur dengan snow powder sahaja dan di letak karot parut halus di atasnya.
Sedap juga bila di gandingkan dengan secawan nescafe.
Resepi dari NorHidayu Abdul Majid/Keluarga.
Let's try baking

KEK KAROT

Bahan
1 1/2 cawan karot parut
2 1/2 cawan tepung gandum
1 suud teh baking powder
1/2 suud teh sod abikarbonat
1 1/4 cawan gula kastor
 4 biji telur gred A
1/2 cawan minyak
1/2  cawan walnut cincang/almond nibs

Cara membuatnya

  • Putar telur dan gula hingga ringan dan gebu.
  • Tambahkan minyak dan putar lagi dalam 1-2 minit.
  • Ayakkan tepung,baking powder dan soda bikarbonat.
  • Gunakan whisk dan kaup-balik ke dalam adunan.
  • Kemudian masukkan karot parut dan walnut.Gaul sebati.
  • Alas loyang dengan baking paper.
  • Tuang adunan dan ratakan.
  • Bakar pada suhu 150'c selama 40-45 minit bergantung pada oven masing-masing.

Khamis, 20 Februari 2020

BAKSO

Assalam buat semua..
Hari in 20022020.Tarikh cantik untuk di ingati.
Resipi bakso kali ini tidak menggunakan banyak bahan.
Walaupun begitu rasanya tetap kekal sedap.
Saya menggunakan Kuey teow untuk di makan bersama Kuah bakso
Nak guna mee ataupun bihun pun boleh juga.
Resepi dari Nur Haziqah/FB.Thanks.
Let's try buat

BAKSO

Bahan-bahan
Kuey teow/bihun-celur sekejap
kubis-hiris
karot-potong halus
daun sup-hiris
bawang goreng
sos cili

KUAH
bebola daging readymade
2 liter air
garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
3 biji buah keras-tumbuk dahulu
2 inci halia
1 sudu teh lada hitam

Cara membuatnya

  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi dan garing.
  • Masukkan air dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Tambah bebola daging,masak dengan api sederhana hingga mendidih.
  • Ketepikan.
Bahan sambal kicap
10 biji cili padi
5 ulas bawang putih
kicap manis secukupnya

*Kisar kesemua bahan dan masak hingga pekat.

Cara menghidang

  • Masukkan Kuey teow/bihun,kubis dan sos ke dalam mangkuk
  • Sendukkan kuah bersama bebola daging.
  • Taburkan bawang goreng,daun sup dan letakkan sambal kicap secukupnya.
  • Sedia untuk di hidang.

Khamis, 13 Februari 2020

TAUFU FA

Assalam buat semua..
Hari ini saya kongsikan satu resepi pencuci mulut yang mudah.
Hanya menggunakan air soya kotak dan agar-agar.
Boleh lah nak buat basahkan tekak pada hari yang panas
Tak pun sebagai dessert selepas makan nasi.
Makan panas-panas ataupun sejuk,semuanya sedap.
Let's try buat.

TAUFU FA

Bahan
2 kotak air soya
Agar-agar tali/26 gm.
2 cawan air biasa
daun pandan

Cara membuatnya

  • Masak agar-agar dengan air dan masukkan daun pandan .Masak hingga agar-agar larut
  • Tambahkan air soya dan biarkan seketika.
  • Tapiskan ke dalam bekas sesuai.
  • Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam peti sejuk.
Air gula
Larutkan 1 keping gula melaka dengan 2 cawan air.
Tapis dan sejukkan.

Selasa, 4 Februari 2020

CEMPEDAK GORENG RANGUP

Assalam buat semua..
Buah Cempedak pemberian ibu saudara di Jerteh
Di ambil dari pokok yang di tanam sendiri
Ada 3 biji kesemuanya,saya frozenkan sebahagian darinya
Dah tentu tak habis untuk sekali makan.
Sedap la cempedak goreng ni,isinya manis dan rangup saja bila di goreng.
Ok..lets try goreng

CEMPEDAK GORENG RANGUP

Bahan
Cempedak seckupnya
2 senduk sederhana tepung beras
1-1/2 senduk tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 senduk sederhana kelapa muda parut
1 sudu besar marjerin
1 biji telur
air secukupnya
sedikit serbuk kunyit
sedikit gula
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya

  • Panaskan minyak untuk goreng terendam.
  • Gaul sebati kesemua bahan hingga mendapat adunan batter yang sesuai kepekatan untuk menyalut cempedak.
  • Bila minyak betul-betul panas,celupkan Cempedak ke dalam adunan batter.
  • Angkat tinggi sedikit dari permukaan minyak (bertujuan untuk dapatkan serdak rangupnya)dan masukkan Cempedak ke dalam minyak panas.
  • Goreng dengan api sederhana sambil di balik-balikkan supaya masak rata.
  • Goreng sampai habis dan toskan minyak sebelum di hidang.
  • Adunan batter yang tak habis boleh di goreng untuk di tabur di atas Cempedak goreng tadi.

Selasa, 28 Januari 2020

TART NENAS KIUB


Assalam buat semua..
Biskut kesukaan saya sejak dulu lagi
Tak raya pun saya buat makan-makan,letak atas meja kopi depan Tv
Anak-anak tak makan Tart nenas ni
Jadi selamat lah untuk beberapa hari dan minggu.
Jem nenas saya beli jer yang dah siap-senang.
Let' try baking.

TART NENAS KIUB
Resepi:Chef Hadi Danial Fans/FB

Bahan
250 gm pure butter
3 cawan tepung gandum
1 sudu besar minyak sapi/optional
2-3 sudu besar gula halus

jem nenas secukupnya

Sapuan atas tart
1 biji kuning telur
pewarna oren
1 sudu kecil air
*sebatikan semua bahan
cheddar cheese-saya guna Almond nibs

Acuan biskut nenas kiub

 Cara membuatnya
  • Satukan butter,tepung gandum,gula dan minyak sapi.
  • Uli sampai jadi doh.
  • Ambil sedikit adunan dan masukkan sedikit ke dalam acuan.Jangan masukkan penuh
  • Letak jem nenas.Tutup lagi dengan adunan.Padatkan.
  • Bekukan dalam freezer sekejap dalam 30 minit.
  • Keluarkan tart dari acuan.
  • Susun elok-elok di atas tray,sapukan campuran kuning telur tadi.
  • Taburkan Cheddar cheese/Almond Nibs.
  • Bakar selama 25-30 minit suhu 160'c bergantung pada oven masing-masing.
  • Bila dah masak,sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

Rabu, 22 Januari 2020

KEK PANDAN GULA MELAKA

 Assalam buat semua..
Kali pertama saya buat Kek Pandan ni untuk jamuan perpisahan dua orang kawan setugas yang di tukarkan ke tempat bertugas baru.
Emee Suhaile dan Wan Mohd Rawandi-Selamat bertugas di tempat baru.
Sebelah kek drizzle Karamel gula melaka
Sebelah lagi drizzle Karamel gula melaka yang di campurkan dengan sedikit krim putar.
Kek ni sedap sebab ia ada rasa santan dan pandan serta gula melaka.
Satu gabungan rasa yang sepadan.
Let's try baking.

KEK PANDAN GULA MELAKA

Bahan A
170 gm mentega
150 gm.gula kastor
3 biji telur

Bahan B-ayak sekali
250 gm tepung naik sendiri
1/2 sudu kecil garam halus

 Bahan C
1 cawan santan kotak dan 1 sudu besar cuka-campur dan kacau rata.
(biarkan selama 15 minit )
1-2 sudu besar pandan emulco
1 sudu kecil esen vanila

Cara membuatnya

  • Pukul mentega hingga sebati dan masukkan gula dan pukul lagi hingga kembang.
  • Masukan telur sebiji demi sebiji sambil terus di pukul.
  • Masukkan bahan kering B di selang seli dengan bahan C.
  • Mulakan dengan bahan kering dan di akhiri dengan bahan kering juga.
  • Panaskan oven pada suhu160'c atau mengikut jenis oven masing-masing.
  • Bakar selama 40-45 minit hingga masak.
  • Sejukkan di atas redai kek.
Cream Cheese Buttercream
Bahan
150 gm krim putar
100 gm cream cheese
60 gm gula aising
1/4 cawan serbuk santan

Cara membuatnya

  • Pukul cream cheese bersama gula aising hingga sebati dan kembang.
  • Masukkan krim putar dan serbuk santan.
  • Teruskan pukul hingga aising kembang,ringan dan gebu.
  • Siap untuk di gunakan.
Karamel gula melaka
50 gm gula melaka
1 sudu kecil serbuk gula merah-untuk bagi warna gelap
1 helai daun pandan
1 sudu besar gula kastor
1/2 cawan air

Cara membuatnya

  • Satukan kesemua bahan dan masak hingga gula larut dan jadi pekat.
  • Jika kurang pekat,campurkan 1 sudu teh tepung jagung yang di bancuh dengan sedikit air.
  • Masak sekejap lagi hingga pekat.
  • Sejukkan dahulu sebelum drizzle di atas kek.
Cara menghias kek
  • Sapu nipis cream cheese buttercream di atas permukaan kek.
  • Paipkan buttercream guna nozzle pilihan di atas kek.
  • Drizzle karamel gula melaka di atas kek.
  • Hiaskan dengan potongan kecil daun pandan.

Ahad, 19 Januari 2020

MURTABAK LAPIS CRACKERS

Assalam buat semua..
Hari ini saya nak kongsikan satu resepi yang sesuai di buat untuk jamuan makan-makan untuk keluarga dan kawan-kawan.
Rasanya seperti makaroni bakar
Sedap di makan dengan sos cili dan mayonis
Let's try buat.

MURTABAK LAPIS CRACKERS

Bahan-bahan
18 keping biskut crackers
1 cawan susu cair
6 biji telur

Bahan inti
200 gm daging kisar
3 labu bawang besar-cincang halus
1 paket kecil serbuk kari daging
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 biji ubi kentang-dadu kecil
2 sudu besar cili kering kisar
1/2 cawan daun bawang\sup cincang
3 sudu besar minyak masak
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya

  • Tumbuk bawang putih dan campurkan rempah kari dan cili kisar.
  • Panaskan minyak dan tumis pes tadi hingga garing dan naik baunya.
  • Masukkan bawang besar dan kentang yang di potong dadu serta daging cincang.
  • Gaul sebati.
  • Tambahkan 1/4 cawan air dan masak hingga daging dan kentang empuk.
  • Masukkan garam,gula,daun bawang dan sup.
  • Angkat dan sejukkan.
Untuk lapisan crackers
  • Oleskan dulang pembakar dengan mentega.
  • Celupkan biskut crackers sebentar dalam campuran susu.
  • Susun biskut crackers yang di celup tadi di dalam loyang.
  • Lapiskan dengan lapisan inti tadi.
  • Pukul ringan telur dan curahkan separuh dari telur ke atas lapisan daging/inti tadi.
  • Taburkan daun sup/bawang.
  • Susun lagi crackers yang di celup susu ke atas lapisan inti daging.
  • Ulang proses lapisan lagi hingga bahan-bahan habis.
  • Akhir sekali tuang baki susu dan telur sehingga habis.
  • Bakar selama 45 minit atau sehingga masak.
  • Sejukkan dahulu sebelum di potong.

Rabu, 15 Januari 2020

PENGAT BEBOLA DURIAN

Assalam buat semua..
Hari ini saya kongsikan satu resepi dari Durian
Musim Durian yang lepas,ada sedikit isi Durian yang saya frozenkan.
Kuih ni rasanya macam Pengat Durian juga.
Ok..let's try masak

PENGAT BEBOLA DURIAN

Bahan
6 ulas durian-ambil isinya
tepung pulut secukupnya

Cara membuatnya

  • Ambil isi durian,lenyekkan dan gaul dengan tepung pulut.
  • Letak tepung pulut sedikit-sedikit sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
  • Jangan tambah air.
  • Gentelkan kecil-kecil dan buat sehingga habis.
  • Lepas itu rebus dalam air sehingga timbul.Toskan
Untuk kuahnya
Santan
gula melaka
daun pandan
sedikit garam

Masak di atas api perlahan dan sentiasa di kacau.
Bila mendidih,tutup api dan masukkan bebola durian tadi.

Isnin, 13 Januari 2020

RENDANG AYAM CILI PADI

Assalam buat semua...
Post pertama di Tahun 2020.
Dari hari pertama 2020,kesibukan dengan tugas saya yang tak habis-habis.
Syukur masih ada masa untuk hadir di ruangan ini,walau tidak sekerap dulu.
Okay,kita buat Rendang Ayam Cili Padi.
Pedas tu tak sama rasa bagi setiap orang,
pedas saya biasa-biasa sahaja sebab saya tak suka makan pedas.
Let's try masak.

RENDANG AYAM CILI PADI
Kredit to : Azie Kitchen

Bahan
1 ekor ayam-potong 14
1 sudu besar serbuk kunyit
1 helai daun kunyit-hiris halus
3 helai daun limau purut
1/2 kg.santan pekat
1 sudu kecil cili kering kisar-optional(saya letak 2 sudu besar)
2 sudu besar kerisik
1 sudu besar gula
garam secukup rasa

Bahan kisar
2-3 biji bawang besar
15 tangkai cili padi merah dan hijau-boleh tambah ikut suka
3 batang serai
1 inci halia
4 hiris lengkuas
1 inci kunyit hidup

Cara membuatnya

  • Bahan kisar di kisar bersama separuh santan tapi tidak terlalu hancur sangat.
  • Masukkan ayam,serbuk kunyit dan bahan kisar ke dalam kuali,guna api perlahan.
  • Bila air ayam agak-agak kering,masukkan santan selebihnya dan daun limau purut.
  • Letakkan sedikit cili kering kisar untuk cantikkan warna rendang.
  • Selalu kacau bahagian bawah kuali supaya tidak hangit dan melekat.
  • Setelah terbit minyak dan hampir kering,masukkan gula dan garam secukup rasa.
  • Masak sehingga kering yang di sukai dengan api kecil.
  • Akhir sekali masukkan daun kunyit.
  • Boleh lah di angkat.