style="text-align: center"

Sabtu, 29 September 2018

IKAN BAWAL MASAK MASAM MANIS

Asalam buat semua..
Saya masih ingat dulu semasa di tingkatan 3..
Cikgu Sains Rumah Tangga(sekarang ERT) mengajar resepi Ikan Masak Masam Manis.
Sampai sekarang saya masih buat masakan ini 
Walaupun sudah berpuluh tahun berlalu..
Dah macam-macam saya derhaka pada resepi asas tu dulu..
Let's try buat

IKAN BAWAL MASAK MASAM MANIS

Bahan-bahan
1ekor ikan bawal saiz besar
5 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos cili thai
3 sudu besar sos plum
2 sudu besar sos Mae phranom
1 sudu kecil serbuk cukup rasa maggi
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh tepung jagung
1 susu besar gula perang

Kesemua bahan ini di campurkan dengan 1 cawan air 
Kacau sebati.

Bahan tumis
1 labu bawang besar-dadu
5 ulas bawang putih-cincang
1/2 inci halia-cincang
2 batang serai-hiris nipis

1/2 batang karot-parut nenas kiub-potong nipis
tomato ceri-belah 2
daun ketumbar siam
cili merah

Cara membuatnya

  • Bersihkan ikan,letak sedikit lada sulah dan serbuk lada hitam
  • Goreng hingga garing.Ketepikan.
Sos

  • Panaskan sedikit minyak,tumis bawang besar,bawang putih, halia dan serai hingga naik baunya.
  • Tambahkan campuran sos dan karot.
  • Masak dengan api perlahan hingga kuah pekat.
  • Tambah nenas dan tomato serta hirisan daun ketumbar.
  • Sesuaikan rasanya.
  • Curahkan kuah ke atas ikan goreng dan taburkan hirisan cili  merah dan daun ketumbar siam.
  • Bolehlah di hidangkan.

AIR KATIRA

Assalam buat semua..
Selalu jumpa Air Katira ni di jual dalam bulan Ramadan
Saya teringin nak merasanya..
Jadi saya cuba buat sendiri... rasanya sedap juga
Let's try buat.

AIR KATIRA

Bahan-bahan
1 tin susu cair
1 tin susu pekat manis
1 sudu kecil esen pisang
pewarna hijau
cincau
sedikit garam
biji selasih-rendam biar kembang
gula jika perlu

Campurkan kesemua bahan dan kacau rata
Tambahkan ais dan sedia untuk di minum.

BISKUT KOKO

Assalam buat semua..
Ok..ini cookies homemade yang saya buat untuk kudapan anak-anak.
Letak satu balang kat meja depan TV nanti bila-bila menonton boleh makan biskut.
Lagipun sekarang ni biskut tidak terhad pada musim perayaan sahaja.
Sentiasa saja ada biskut yang di buat untuk makan hari-hari
Tu pun kalau ada masa...☺☺
ok..let's try baking

BISKUT KOKO

Bahan-bahan
250 gm mentega
150 gm gula kastor
1 biji telur
25 gm serbuk koko
200 gm tepung jagung
300 gm tepung gandum
20 gm susu tepung
1 sudu kecil coklat emulco

Bahan hiasan
telur putih
coklat urai
almond nibs

Cara membuatnya

  • Campurkan semua bahan.
  • Adun sebati hingga dapat adunan tidak melekat di jari.
  • Canaikan adunan dengan acuan pilihan.
  • Susun dalam dulang pembakar.
  • Sapukan putih telur.
  • Taburkan coklat urai dan almond nibs.
  • Bakar sehingga masak dengan suhu 170'c selama 15-20 minit bergantung pada oven masing-masing.
  • Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.


Isnin, 17 September 2018

CUCUR JAGUNG


Assalam buat semua..
Hari ini saya nak kongsikan resepi Cucur jagung yang sedap.
Mudah dan ringkas sahaja.
Makan panas-panas dengan secawan nescafe...lagi bertambah sedap.
Jagungnya rangup sahaja.
Rangup di luar,lembut di dalam
Cicah dengan sos pun sedap juga
Let's try buat

CUCUR JAGUNG

Bahan-bahan
2 cawan isi jagung 
4 cawan tepung gandum
1 labu bawang besar-potong bulat
1 sudu besar gula
1 biji telur
1/2 sudu teh baking powder
sedikit garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya

  • Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam mangkuk kecuali air.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit sambil di gaul rata.
  • Panaskan minyak dan goreng hingga garing
  • Angkat dan toskan