Selasa, 29 Mei 2012

BAKING POWDER DAN BAKING SODA

APA BEZA BAKING POWDER DAN BAKING SODA.

Apabila membaca resipi kek atau roti ,kita akan bertemu dengan perkataan baking powder atau serbuk penaik atau baking soda,juga di sebut bicarbonat of soda atau soda bikarbonat.
Kedua-duanya adalah agen penaik tetapi ada perbezaan di antara keduanya.

Baking powder adalah agen penaik kimia yang disediakan secara komersial.Ia mengandungi sejenis asid(biasanya cream of tartar) dan sejenis alkali(soda bikarbonat).Kedua-dua bahan ini di campur dengan sejenis serbuk kanji atau tepung.

Adunan bahan-bahan ini akan terlarut apabila di gunakan dalam doh yang lembab dan bahan-bahan kimia akan bertindak untuk menghasilkan karbon dioksida.Apabila di bakar ia akan mengembang,sebab itulah kek dan roti yang mengandungi bahan ini akan menaik.

Sesetengah resipi pula memerlukan kita menggunakan double action baking powder.Bahan ini mengandungi dua jenis asid,satu mula bertindak dalam suhu bilik,manakala yang satu lagi bertindak pada suhu panas dalam ketuhar.

Baking soda atau soda bikarbonat juga adalah agen penaik yang di sediakan secara komersial.Ia adalah bahan alkali yang menghasilkan karbon dioksida apabila bercampur dengan asid seperti jus lemon atau cream of tartar.

Jangan terkeliru,kedua-duanya adalah agen penaik tetapi soda bikarbonat adalah salah satu bahan  yang terdapat di dalam baking powder atau serbuk penaik.

Sumber:SAJI November 2009.

Isnin, 28 Mei 2012

KEK LAPIS TIRAMISU

Salam bahagia buat semua...

Terimakasih buat Syuhada kerana sudi join my site!.
Hari ini saya letakkan resipi Kek Lapis Tiramisu yang rasanya amat sedap ini.Rasanya seperti tiramisu yang biasa kita buat.Yang berbeza cuma penggunaan biskut marie sebagai lapisannya.

KEK LAPIS TIRAMISU
Sumber:yanie@decochoco
Bahan-bahan
  • 250 gm.cream cheese
  • 50 gm. mentega
  • 100 gm.gula aising
  • biskut marie secukupnya(saya guna perisa kopi)
  • 1/2 cawan air kopi-sejuk
Cara membuatnya
  • Pukul cream cheese,mentega dan gula aising sehingga berkrim.
  • Alaskan loyang dengan plastik wrap/cling.
  • Celup biskut marie sekejap ke dalam air kopi ,susun dalam loyang tadi.
  • Masukkan sedikit krim dan ratakan.Ulang semula dengan biskut marie pula.Buat sehingga habis.
  • Untuk lapisan paling atas sapukan krim,kemudian taburkan biskut marie yang telah di kisar halus.
  • Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum di keluarkan dari loyang dan di potong.
nota
**saya menaburkan kacang tanah yang di kisar halus bersama dengan serbuk biskut marie di lapisan teratas.




Sabtu, 26 Mei 2012

SOTONG SANTAN PEKAT


SOTONG SANTAN PEKAT
Sumber:Sinaran menu.blogspot

Bahan-bahan
  • 10 ekor sotong
  • santan pekat(biji kelapa)
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
  • 2 biji cili hijau
  • 1 helai daun kunyit
  • garam/gula-secukup rasa
  • 1 keping asam keping
  • 2 biji terung bulat potongan bawang besar dan cili merah
Cara membuatnya
  • Sotong di basuh bersih.Buang kulitnya,di potong bulat dan toskan.
  • Kisar semua bahn kecuali daun kunyit
  • Panaskan minyak dan tumis bahan yang di kisar tadi hingga garing.Masukkan santan.Biar sampai kuah mendidih dan kacau selalu.
  • Bila kuah dah betul-betul mendidih,masukkan pula sotong.Kacau dan biarkan sotong sebati dengan kuah dan sotong  mendidih di dalam kuah.
  • Masukkan juga daun kunyit yang di potong halus.Tambahkan asam,garam dan gula secukup rasa.Masak hingga kuah agak pekat.
  • Masukkan potongan terung,bawang dan cili merah tadi.Masak hingga terung agak sedikit lembut tapi jangan sampai lembik.Biarkan kuah mendidih sebentar lagi.
  • Tutup api siap untuk di hidangkan.
nota:
  • saya tidak membuang kulit sotong semasa memasak sotong ini.
  • menggantikan daun kunyit dengan daun limau purut dan tidak menggunakan terung.
  • menambahkan 2 sudu besar cili kering kisar kedalam bahan tumisan dan menambahkan hirisan tomato.

AIR BANDUNG CINCAU

Salam bahagia buat semua....
Dahaga terus bila lihat air yang sejuk ni..jom masuk dapur buat air.

AIR BANDUNG CINCAU
Sumber:dari dapursuzana

Bahan-bahan
  • sirap ros
  • air sejuk
  • susu sejat/susu cair
  • sirap gula
  • cincau-potong dadu
  • ais kiub
Cara membuatnya
  • Masukkan sirap ros,susu sejat dan sirap gula dan beberapa ketul ais kiub ke dalam mesin pengisar.
  • Kisar bahan-bahan hingga sebati dan masukkan ke dalam gelas.
  • Akhir sekali tambahkan cincau dan beberapa ketul ais kiub lagi .Sesuaikan rasanya dan bolehlah di minum.

SAMBAL TELUR MASIN


Salam bahagia buat semua..
Baru pulang dari tugasan malam..non-hectic night!
Cuti sekolah sudah bermula,dalam dua minggu ini dapat pulang dari tempat kerja dengan aman-damai dan tidak lagi terkejar-kejar mengambil anak dari sekolah.Bahagiaaaaaa!!!.dapat pulang awal ke rumah.
Hari ini saya entrikan satu lagi masakan sambal iaitu Sambal telur masin.Ia tidak perlu di tambah garam lagi kerana telurnya sudah masin. Sedikit gula di masukkan untuk seimbangkan rasanya.

SAMBAL TELUR MASIN
Sumber:daridapursuzana

Bahan-bahan(3 orang)
  • 2 biji telur masin
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • sedikit gula
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar bawang merah kisar
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara membuatnya
  • Pecahkan telur di dalam mangkuk dan kacaukan.Potong kecil telur kuning(telur masin mengandungi telur kuning yang pejal dan tidak pecah).
  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan kedua-dua bawang kisar dan tumiskan hingga sedikit garing.
  • Masukkan cili kering kisar dan goreng sehingga cili masak.Tambahkan sos cili dan sos tomato.
  • Masukkan telur masin tadi dan kacau hingga hancur dan sedikit kering.Tambahkan sedikit air  dan gula jika perlu.
  • Masukkan serbuk lada hitam.Sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat dan hidangkan.
  • Sedap di makan bersama nasi putih dan ikan goreng serta sayur yang di celur.

Khamis, 24 Mei 2012

MUFFIN APPLE CRUMBLE


Salam bahagia buat semua..
Wordless...........
MUFFIN APPLE CRUMBLE
Sumber:dapur tanpa sempadan.

Bahan-bahan
Untuk crumble
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 60 gm mentega, dadu kecil dan sejukkan
  • 1/4 camca teh garam halus
  • 1/4 cawan gula pasir kasar
  • 2 sudu besar nestum(saya tambah)
Cara membuatnya
  • Campurkan semua bahan.
  • Dengan menggunakan jari,gaulkan bahan dengan hujung jari menjadi serbuk roti.Ketepikan.


Bahan-bahan muffin
  • 1 3/4 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/3 cawan gula halus
  • 75 gm. mentega cair
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 3/4 cawan susu segar
  • 2 biji epal hijau, buang kulit dan empulur - dadu sederhana besar 

Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada suhu 200'C, sediakan muffin cup jenis keras atau alas muffin pan dengan paper cup secukupnya. 
  • Dalam satu bekas, gaul rata tepung naik sendiri, baking powder dan gula halus.Ketepikan. Dalam bekas lain, satukan mentega, telur, susu dan esen vanila, kacau rata dengan whisk.
  • Kemudian, masukkan tepung tadi ke dalam adunan mentega dan gaul rata, kacau satu arah sahaja. Masukkan epal dan gaul sekali lagi hingga rata. Sudukan ke dalam bekas yang telah disiapkan tadi 3/4 cawan penuh.
  • Tabur dengan crumble tadi diatas setiap muffin tadi, tekan-tekan sikit. Bakar selama 25min.atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya. Boleh dihidangkan untuk minum petang.

Rabu, 23 Mei 2012

PECAL TERUNG BAKAR


























Salam bahagia di angin lalu....
Satu lagi resipi terung yang boleh di cuba.Ianya di jumpai kat blog MaDiHaA.Resipinya adalah dari resipi asal ibunya.Sangat sedap bagi saya apabila di gandingkan dengan ikan goreng dan sambal belacan(i likeee!).Mari kita tengok resipinya.

PECAL TERUNG BAKAR
Sumber:MaDiHaA's Mum.Terimakasih!

Bahan-bahan
  • 6 biji terung panjang saiz sederhana
  • 2 cawan santan pekat(dari 1 biji kelapa,jika santan kotak-1 cwn.santan+1 cwn.air masak)
  • 1 sudu besar udang kering-rendam dan tumbuk halus
  • 4-5 ulas bawang merah
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • garam secukup rasa
Cara membuatnya
  • Basuh terung dan bakar sebilji-sebiji sehingga lembut.Balik-balikkan supaya masak sekata.
  • Kemudian sejukkan terung bakar tadi,kupaskan kulit terung sehingga bersih dan ketepikan.
  • Tumbuk bawang merah dan lada hitam serta udang kering.
  • Dalam satu bekas masukkan santan,bahan tumbuk, garam,gula secukup rasa dan kacau rata/sebati.
  • Sesuaikan rasanya dan masukkan terung yang telah di kupas tadi dan balik-balikkan.Sedia untuk di hidangkan.
Nota-cara saya(santan di masak)
  • Masukkan santan di dalam kuali dan masukkan semua bahan -bahan dan kacau sentiasa sehingga mendidih.
  • Tambahkan sedikit air jika terlalu pekat.
  • Apabila kuah kelihatan pekat,curahkan di atas terung.
  • Udang kering di ganti dengan ikan bilis.
  • Menambahkan sedikit gula ke dalam kuahnya.

NENAS RANGUP dengan SOS KARAMEL






















Salam bahagia buat semua..
Sudah dua hari saya tidak menulis blog kerana mengikut/menemankan  kawan-kawan menyudahkan Projek Kumpulan Inovatif Kreatif(KIK).Pulang lewat membuat badan jadi tersangatlah letihnya dah tak larat lagi nak menulis blog.
Hari ini projek kumpulan kami telah di persembahkan dan semuanya sudah selesai.Terimakasih semua ..kerana berjaya menyiapkan projek ini akhirnya terutama pada kedua-dua bos kita  iaitu Puan Roseliza dan Puan Wahida.Juga pada kawan-kawan..Naja,Pija,Ema dan Kema.Terimakasih di atas segalanya...

Hari ini saya ingin kongsikan di sini satu lagi resipi nenas yang pernah saya buat iaitu Nenas rangup bersama Sos karamel.

NENAS RANGUP dengan SOS KARAMEL
Sumber:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 2 keping nenas-potong 6
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung beras
  • beberapa ketul ais
  • air
  • sedikit garam/gula
  • 3 sudu besar gula
  • minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya
Sediakan karamel
  • Masukkan 3 sudu besar gula di dalam kuali tidak melekat dan tunggu sehingga gula cair sepenuhnya menjadi karamel.
  • Padamkan api dan masukkan 5 sudu besar air panas.Buka semula api dan biarkan karamel larut sepenuhnya.Sejukkan.
Sediakan batter
  • Campurkan tepung gandum,tepung beras,ais,air,garam dan gula di dalam mangkuk.Adunan batter tidak boleh terlalu cair atau terlalu pekat.Tambahkan air ikut kesesuaian adunan.
  • Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali.Celupkan nenas di dalam adunan batter dan gorengkan di dalam minyak yang panas sehingga garing.
  • Gorengkan kepingan nenas sehingga habis.
  • Siramkan sos karamel di atas nenas tadi.Sedia untuk di makan.

Isnin, 21 Mei 2012

PELANGI PETANG...

My favourite song....

Pelangi Petang

Oleh:Sudirman


Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa

Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

Engkau tiba bagaikan pelangi

Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu

Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

PUDING EPAL


Salam bahagia buat semua...

Dah lama rasanya tak buat puding.Kehidupan rutin harian yang kadang-kadang sibuk tak sempat berlama-lama di dapur.Cuma pada hari tidak bekerja sahaja saya berpeluang mencuba resipi baru.Puding epal ini baru di buat pada hujung minggu lepas.Saya meletakkannya di dalam acuan kecil supaya mudah di makan dan cepat habis.

PUDING EPAL
Sumber:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 1 paket agar-agar tali
  • 1 tin susu cair
  • 5 cawan air
  • sedikit garam 
  • 1 sudu teh esen vanila
  • gula(sukatan masing-masing)
  • 2 biji epal merah
Cara membuatnya
  • Masukkan air ke dalam periuk dan rebus agar-agar sehinga larut.
  • Potong epal kecil-kecil dan kisarkan bersama susu cair.
  • Apabila agar-agar larut,masukkan gula secukup manis yang di sukai dan epal yang di kisar bersama susu tadi.Kacau sebati.
  • Tunggu sehingga agar-agar mendidih sekali lagi sambil di kacau dan masukan sedikit garam dan esen vanila.
  • Padamkan api dan masukkan ke dalam acuan yang di sukai dan sejukkan sebentar sebelum di bekukan di dalam peti sejuk selama beberapa jam.
*Sukatan air bergantung kepada jenis agar-agar yang di gunakan.

Ahad, 20 Mei 2012

ACAR TOMATO


Salam bahagia buat semua..

Hari ini Kelantan bercuti kerana meraikan kemenangan pasukan bola sepak piala FA,tapi saya dah mula bekerja selepas menghabiskan empat hari cuti.
Resipi untuk hari ini ialah Acar tomato.Demi untuk menghabiskan buah tomato yang banyak di dalam peti sejuk,saya telah menjadikannya acar.
Mari kita tengok resipinya.Layaaaaann......

ACAR TOMATO
Sumber:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 3 biji buah tomato besar
  • 1 biji lada hijau besar
  • 1 biji lada merah besar
  • 1 biji bawang bombay
  • cuka,gula dan garam
Cara membuatnya
  • Tomato di belah dua dan di keluarkan isinya.Potong secara memanjang.
  • Hiris nipis lada merah dan hijau serta bawang bombay.
  • Masukkan cuka ke dalam mangkuk bersama garam dan gula secukup rasa.Kacau biar sebati dan gula larut.
  • Masukkan buah tomato dan semua bahan hirisan dan gaul rata.
  • Biarkan sebentar supaya semua bahan-bahan bersatu dengan adunan cuka.
  • Simpan di dalam peti sejuk dan keluarkan jika ingin di makan bersama nasi dan lauk lain.

Sabtu, 19 Mei 2012

MOIST BANANA CAKE


Salam bahagia buat semua...
Saya ingin kongsikan satu lagi lagi resipi kek pisang yang sedap  dari Blog Dapur tanpa sempadan.Minta izin CMG untuk di kongsikan di sini pula.

KEK PISANG LEMBAB 
Moist banana cake
Sumber :Dapur Tanpa Sempadan

Bahan-bahan
  • 115 gm tepung gandum* 
  • 1/2 tsp soda bicarbonate*
  • 1/2 tsp garam halus (* disatukan dan diayak)
  • 3 biji telur gred B
  • 1 tsp ovalette
  • 70 gm gula perang
  • 120 ml minyak jagung (boleh guna minyak masak biasa)
  • 125 gm pisang rastali + 1/2 tsp esen vanilla- dilecek

Cara membuatnya

  • Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin dengan
     mentega, alas dasarnya dengan kertas minyak,
     lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  • Putar gula perang dengan ovalette hingga rata.
  • Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi
  • hingga kembang dan pekat. Masukkan pisang yang telah di lecek tadi.
  • Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung
  • berselang seli dengan minyak jagung hingga habis
  • dimulai dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Putar hingga sebati
  • Tuang adunan ke dalam loyang pembakar dan
  • bakar selama 40 minit atau sehingga kek masak bergantung kepada oven masing-masing.
  • Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian
  • tengah kek, jika keluar bersih tandanya kek telah masak
  • Sejukkan kek di atas jaringan sepenuhnya.Boleh di hias atau di makan begitu sahaja-saya meletakkan potongan pisang di atas adunan kek yang di bakar di dalam cawan muffin.

  • *kek yang sungguh gebu dan moist.

Jumaat, 18 Mei 2012

PUDING BISKUT MILO


PUDING BISKUT MILO
Sumber:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 1 paket agar-agar serbuk
  • 1000 ml.air
  • biskut marie-secukupnya
  • 1 biji telur-di pukul sedikit
  • sedikit garam
  • 1 sudu teh esen vanila
  • gula-ikut manis
  • 4 sudu besar milo
  • 1 tin susu cair
Cara membuatnya
  • Masukkan air,serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk dan masak hingga semua agar-agar dan gula larut.
  • Campurkan milo dan susu cair dan tambahkan ke dalam agar-agar dan kacau sekali-sekala hingga mendidih.
  • Apabila mendidih masukkan telur sambil di kacau tanpa henti.
  • Masukkan esen vanila dan sedikit garam.
  • Sediakan acuan.Letakkan biskut marie yang di patah-patahkan dan masukkan sedikit dari adunan agar-agar.Biarkan sebentar.
  • Jangan masukkan kesemua agar-agar kerana biskut akan timbul di permukaan.
  • Bila agar-agar kelihatan hampir keras masukkan beberapa keping lagi biskut marie yang di patahkan dan curahkan lagi adunan agar-agar secara perlahan-lahan.Elok saja di gunakan senduk.
  • Sejukkan puding sebelum di masukkan ke dalam peti ais.
  • Bila puding sudah keras bolehlah di potong dan hidangkan

Khamis, 17 Mei 2012

BISKUT DAHLIA

BISKUT DAHLIA
Sumber:Noorsha.blogspot dari blog CMG.Tq!

Bahan-bahan
  • 300 gm. mentega
  • 160 gm. gula aising
  • 2 biji kuning telur
  • 1 camca teh esen vanilla
  • *240 g tepung gandum
  • *100 g tepung jagung
  • *160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
  • Ceri merah, dipotong kecil @ manik gula untuk hiasan
Cara membuatnya

  • Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla dan putar hingga kembang.
  • Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
  • Masukkan doh ke dalam alat penekan yang di pasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar.
  • Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. 
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175'C selama 15 - 20 minit.
  • Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan.
  • Biar sejuk dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

JUS MANGGA YOGURT

Salam bahagia buat semua..
Hari ini,sehari selepas setahun blog ini bersiaran,dah banyak resipi yang saya entrikan di sini.Kebanyakkan resipi di cuba dari pelbagai sumber dan juga dari dapur sendiri sebagai koleksi sendiri dan anak-anak di masa akan datang.Sebelum adanya blog ini, saya suka mengambil gambar masakan sehinggakan terlalu banyak gambar dalam simpanan.Itulah cerita ringkas bagaimana blog ini di terbitkan.
Hari ini saya ingin kongsikan satu lagi resipi minuman dari dapur iaitu Jus mangga yogurt.Sangat sedap di minum dalam cuaca yang panas sebegini.

JUS MANGGA YOGURT
Sumber:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 1 biji buah mangga
  • beberapa ketul ais kiub
  • 1 bekas yogurt mangga (135 gm)
  • air gula secukup rasa
  • air sejuk dari peti ais
Cara membuatnya
  • Potong buah mangga untuk di kisar dan tinggalkan sedikit untuk di buat hiasan.
  • Masukkan buah mangga dan air sejuk secukupnya ke dalam pengisar dan kisar hingga hancur.
  • Masukkan bahan kisaran ke dalam jug dan tambahkan yogurt mangga serta air gula secukup rasa dan ais kiub. kacau rata.
  • Hiaskan dengan mangga kiub.
  • Hidangkan sejuk.

SEGARKAN MATA....

From my little less attended garden...
 Bunga-bungaku selepas hujan turun.........

TAUHU GORENG


























TAUHU GORENG
Sumber:Majalah Saji Oktober 2009

Bahan-bahan
  • 1 keping tauhu putih
  • 1 biji telur
  • 3 sudu besar susu cair
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • minyak -untuk menggoreng
  • 3 sudu besar air
Bahan sos
  • 100gm cili kering
  • 1-11/2 cawan gula(ikut manis)
  • 10 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh garam
  • 3 sudu teh cuka
  • 2 cawan air
Bahan hiasan
  • 1 biji timun-hiris
  • 1 biji sengkuang-hiris
  • kacang tanah-kisar/tumbuk halus
  • sotong kering -di goreng dan siat halus

Cara membuatnya
  • Pecahkan telur ke dalam mangkuk bersama susu cair dan air.Kacau hingga sebati.
  • Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali untuk goreng terendam.
  • Celupkan tauhu ke dalam adunan telur.Kemudian gaulkan/salut dengan tepung gandum dan celupkan sekali lagi ke dalam adunan telur.
  • Ulang semula-dengan gaulkan sekali lagi dalam tepung gandum hingga rata.(2 kali dalam adunan telur dan 2 kali dengan tepung gandum).
  • Apabila minyak panas,gorengkan tauhu tersebut hingga garing .
  • Angkat dan potong tauhu menjadi bentuk kiub kecil kepada 9 bahagian.
  • hidangkan dengan hirisan sengkuang dan timun,kacang tanah kisar serta sotong kering dan sos.
Untuk sosnya
  • Potong cili kering dan rebus selama 10 minit.
  • Kisarkan cili kering bersama bawang putih dan air hingga halus.
  • Tambahkan cuka, gula dan garam secukup rasa dan kacaukan sebati.
  • Sesuaikan rasanya dan bolehlah di hidangkan.
nota
  • Saya menggunakan 5 keping tauhu putih keras yang di potong kepada kiub kecil sebelum di goreng.
  • Tidak guna sotong kering dan menambahkan karot yang di hiris.
  • Menggunakan  tepung goreng serbaguna yang di campur sedikit air untuk adunan batternya.

Rabu, 16 Mei 2012

PENGAT SOTONG


Salam bahagia buat semua....
Horee...saya dapat cuti selama 4 hari.Dapatlah buat tugasan yang dah tertangguh sekian lama .Hari ini saya ingin memperkenalkan satu lagi resipi yang biasa di buat di dapur rumah ini iaitu Pengat sotong.Mula-mula tengok dulu rasa pelik juga sebab sotong di buat pengat. Biar betul!.
Ia di makan bersama pulut yang di tanak.Pengat sotong ini selalu di buat oleh arwah MIL dan telah di ajarkan cara membuatnya oleh En.Z (my bodyguard la tu!).Biasalah orang lelaki mesti sentiasa suka dan ingat masakan emaknya.Macam mana boleh lupa masakan emaknya sebab sebelum kita kahwin dengannya hari- hari dia  makan masakan emaknya.Lepas kahwin tentu dia pening makan masakan saya yang kadang-kadang ok..kadang-kadang tak ok,selalunya tak komen takut kita terasa hati ..he...he.tengok muka saya dah tau!! .              






















PENGAT SOTONG
Sumber:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • sotong saiz kecil
  • santan
  • beberapa helai daun pandan
  • gula melaka
  • garam secukup rasa
  • gula secukup manis
  • beras pulut 
  • hirisan halia -potong halus
* tiada sukatan asas untuk resipi ini.

Cara membuatnya
  • Basuh bersih beras pulut dan tanak pulut sehingga masak.
  • Bersihkan sotong ,jangan di potong.
  • Masukkan santan,hirisan halia dan beberapa helai daun pandan ke dalam periuk.
  • Masukkan sotong dan masak dengan api perlahan sambil di kacau sekali sekala.
  • Jika santan nampak agak pekat ,bolehlah di tambahkan air secukupnya sebagai kuah pengat.
  • Bila kuah mendidih ,masukkan beberapa keping gula melaka.Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  • Bila sotong masak,bolehlah di hidang kan bersama pulut.Selamat mencuba!

Selasa, 15 Mei 2012

MANGO CREAM CHEESE BUTTER CAKE



Salam bahagia buat semua..

Resipi asal kek ini bernama Peach cream cheese butter cake.Tapi kan masa nak buat kek ini, peach pula tak ada .yang ada cuma mango duk tersengih kat dalam peti.Apalagi kita guna aje apa yang ada tanpa merubah resipi asalnya.Saya guna dua jenis mango sebab tu nampak dua kaler.Lepas kek masak tak sabar nak potong.Sepatutnya celup dulu pisau tu dalam air panas,barulah di potong supaya nampak tak berterabur,ini tidak.. terus aje di potong,jadilah rupa kek yang tak senonoh ini...he..he.tapi rasanya..walla!!.

























Dah di letak mango ,jadi namanya pun ditukar ke....

MANGO CREAM CHEESE BUTTER CAKES
 Sumber:yatiememories.blogspot.com .Thanks

Bahan-Bahan
  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 200 gm buah peach (peach dlm tin, di toskan dan di potong dadu)-saya guna mango
  • 2 1/4 cawan tepung naik sendiri
  • 250 gm mentega
  • 250 gm cream cheese
  • 1/3 cawan susu segar
  • 3 biji telur
Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada 160'c. Gris dan alas loyang.
  • Pukul mentega, gula dan esen vanilla hingga ringan dan lembut.
  • Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi. Masukkan cream cheese dan susu, pukul lagi. Masukkan tepung yg telah di ayak dan gaul sebati.
  • Masukkan sesenduk adunan ke dlm loyang yg di gris tadi dan ratakan.
  • Letakkan hirisan buah peach/mango yang telah di potong dadu.
  • Lapiskan adunan tadi sesenduk lagi dan ratakan. Buatlah sehingga habis.
  • Setelah siap, bakar selama 50 minit atau sehingga masak.

Isnin, 14 Mei 2012

SHARE..

CRISPY ONION RINGS


Salam bahagia buat semua...

Suka makan bawang tak?.Kalau suka boleh cuba resipi ini...Crispy onion rings.Sangat sedap dan manis rasanya bila di goreng.Boleh di makan begitu sahaja seperti roti gardenia ataupun sebagai side dish.
CRISPY ONION RINGS
Sumber:Dapurku sayang@Dayang jack.blogspot

Bahan-bahan
  • bawang Holland secukupnya-potong bulat
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 3/4 cawan air sejuk dari peti ais
  • sedikit lada sulah
  • garam dan sedikit gula
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam(saya tambah)
Cara membuatnya
  • Satukan kesemua bahan untuk di jadikan batter kecuali bawang ke dalam mangkuk dan sebatikan.
  • Kemudian simpan di dalam peti sejuk selama 15-20 min.
  • Panaskan minyak secukupnya untuk goreng terendam.Pastikan minyak cukup panas sebelum di masukkan bahan gorengan.
  • Celupkan bawang ke dalam batter sejuk tadi dan gorenglah sehingga keemasan.Toskan
  • Hidangkan bersama sos cili .Sangat enak di makan bila -bila masa sahaja
Nota:jika adunan batter kurang pekat sila tambah tepung.Tenkiu Dayang!.

ROTI COMEL
























Salam bahagia buat semua...
Semasa memandu ke tempat kerja pagi tadi,harap-harap hari ini akan menjadi hari yang.. non-hectic day.Tapi rupa-rupanya ia menjadi hectic dengan tak semena-mena.Muhasabah diri ...Saya kembali kepadaNya yang satu,menginsafi diri dan merenung kembali segala kesilapan dan memperbetulkan kembali.
Having my sweet time in the kitchen again...buat roti.Jom tengok bawah.
ROTI COMEL
Sumber:Dari dapur Azura Basir.

Bahan-bahan
  • 500 gram tepung Superfine
  • 1 sudu teh serbuk penaik 
  • 1 sudu teh bread improver 
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 bungkus yis kering
  • 2 sudu marjerin
  • 2 sudu shortening
  • 2 sudu susu pekat manis
  • 1 biji telur
  • Sedikit air ais
Cara membuatnya
  • Satukan kesemua bahan dan ramas perlahan.
  • Seterusnya masukkan air ais sedikit demi sehingga boleh diuli.
  • Uli adunan hingga menjadi doh kemudian biarkan selama 1 jam. Biarkan doh menjadi kembang 2 kali ganda.
  Bahan-bahan untuk inti roti
  • 10 tangkai cili kering 
  • 1 labu bawang besar-potong dadu
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 tin kecil sardin
  • 2 biji ubi kentang-potong dadu
  • Sedikit sayur campur dingin beku 
  • Sedikit sosej
Cara membuatnya
  • Hancurkan sardin.
  • Kisar halus cili kering
  • Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
  • Seterusnya masukkan cili kisar dan masak hingga timbul minyak, kemudian masukkan sardin.
  • Seterusnya masukkan kentang serta ditambah sedikit air untuk bagi kentang .
  • Sejukkan inti
Untuk roti sardin
  • Canaikan doh dan masukkan inti sardin seperti membuat pau.
  • Sapukan dengan egg-wash dan taburkan slices almond(tambah sendiri)
Untuk inti sosej
  • Canaikan doh dengan saiz segi empat memanjang. Letakkan sosej di tengah-tengah dan gulung.
Untuk mini pizza
  • Canaikan doh secara membulat, sapukan sos cili dan mayonis di atas doh yang telah dicanai. Taburkan sosej yang dipotong bulat, seterusnya taburkan sayur campur sejuk beku dan hiaskan atasnya dengan picitan sos cili dan mayonis.
  • Bakar kesemua roti dalam ketuhar dengan kepanasan 180'C sehingga roti berwarna coklat.
Nota:adunan roti ini boleh juga di jadikan roti dengan inti lain seperti inti kaya,inti kacang merah selain dari 3 yang di cadangkan di atas mengikut kreativiti sendiri.Tenkiu.. Azura Basir.