Ahad, 26 April 2026

ROTI SOSEJ BAKAR


Assalam buat semua ..

Roti Sosej ini biasanya saya buat dengan cara goreng sahaja
Tapi kali ini terjumpa resepi kat TikTok dibuat dengan cara bakar
Rasanya sedap juga dan bahan-bahannya ringkas sahaja
Saya menggunakan roti wholemeal dalam resepi ini.
Let's try buat

ROTI SOSEJ BAKAR

Bahan
10 keping roti sandwich
10 batang Sosej
Sudu segar
1 biji telur
Serbuk Lada putih
Oregano
Mayonis
Sos Cheese
Keju parut

Cara membuatnya
Ambil sebatang Sosej dan digulung kedalam sekeping roti
Buat sampai habis dan sapu loyang dengan mentega
Susun roti rapat-rapat dalam loyang
Kacau susu segar dengan telur
Tambahkan serbuk lada putih dan kacau rata
Siram atas roti dan biar rata
Drizzle dengan mayonis dan sos cheese
Taburkan keju parut dan oregano
Bakar dalam oven dengan suhu 130 hingga keju cair dan sedikit perang.
Boleh lah dihidangkan

Khamis, 23 April 2026

SHERPHED'S PIE


 Assalam buat semua ..
Sherped's Pie yang saya buat ini adalah tempahan bos kakak ditempat kerja
Buat dalam bekas-bekas kecil begini untuk semua 6 orang staf
Kalu tiada selera makan nasi boleh cuba buat menu ini
Resepi di ambil Dari TikTok
Let's try buat

SHERPED'S PIE
Bahan
A-Lapisan daging

500 gm.daging cincang
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 batang karot
1 batang saderi
1 biji tomato
1 kiub daging
5 sudu besar sos Prego traditional atau 
2 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil serbuk Lada hitam
1 sudu kecil mixed herbs
2 sudu kecil gula perang
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

B-Lapisan kentang

5-6 biji ubi kentang besar
2 sudu besar mentega
1/4 cawan susu segar
Garam,Lada sulah,serbuk Lada hitam secukup rasa

 Keju parut
Cili flakes
Oregano

Cara membuatnya
1.Sediakan lapisan daging
Potong dadu kecil karot,batang saderi dan tomato
Cincang halus bawang besar dan bawang putih
Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang cincang hingga wangi dan keperangan 
Masukkan daging cincang dan kacau hingga masak 
Masukkan karot,saderi,tomato,sos Prego traditional,serbuk Lada sulah dan kiub daging
Perasakan dengan mix herbs,garam dan gula.Tambah air sedikit
Masak hingga kuah sedikit pekat dan sedap rasanya
Ketepikan

2.Sediakan lapisan kentang
Rebus kentang hingga masak dan lenyekkan
Tambah serbuk Lada sulah,mentega,sudu,serbuk Lada hitam dan keju parut
Kacau sebati.

3.Susun dan Bakar
Masukkan lapisan daging kedalam bekas tahan panas
Ratakan kentang lenyek
Buat garisan dengan garfu untuk corak dan jadi lebih garing
Taburkan keju parut diatasnya jika suka
Taburkan cili flakes dan oregano
Bakar hingga keju cair dan warna sedikit perang.

Rabu, 22 April 2026

KEK PISANG


 Assalam buat semua..
Saya paling suka buat Kek Pisang
Sudah bermacam resepi saya cuba
Semuanya mudah dan rasanya sedap saja
Kek ni saya buat makan-makan sempena jamuan perpisahan rakan sekerja.
Resepinya mudah dan ringkas sahaja
Adunan kek digandakan
Let's try buat.

KEK PISANG

Bahan
1 cawan minyak masak
1 cawan gula kastor
3 biji telur-
8-9 biji Pisang Emas
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh garam

Bahan ayak
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Cara membuatnya
Masukkan kesemua bahan ke dalam mixer
Putar hingga sebati
Masukkan bahan ayak dan kaup-balik sahaja
Alas loyang size 8 atau 9 inci
Masukkan adunan dan ratakan
Letak hiasan jika suka
Bakar dalam suhu 150'c hingga masak bergantung pada oven masing-masing.

*Kek Pisang lebih sedap jika dibiarkan semalaman sebelum dipotong.

Ahad, 12 April 2026

KEK KAROT


 Assalam buat semua..
Teringin makan Kek Karot sebab dah lama tak buat kek
Jumpa resepi kat Tik Tok
Nanti saya cuba satu-satu sebab nampak semua pun sedap saja
Kali pertama guna resepi ini menjadi juga cuma saya kurangkan sukatan kedua jenis gula
Let's try buat

KEK KAROT

Bahan A
4 biji telur-
120 gm.gula kastor
120 gm.gula perang
200gm.minyak

Bahan B
200gm.tepung gandum
1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
2 cawan karot parut
2 cawan walnut-sangai dan cincang kasar

Cara membuatnya
Bahan A
Putar telur,gula halus,gula perang sampai kembang dan masukkan minyak.

Masukkan bahan B dan sebatikan
Satukan kesemuanya dan masukkan bahan C,gaul rata.
Alas baking paper kedalam loyang 9 inci
Bakar pada suhu 250-170 bergantung pada oven masing-masing selama 30-40 minit.
Bila masak,sejukkan.

Topping
250 gm.cream cheese
5 sudu besar gula aising
1/4 cawan mentega
Sedikit jus lemon

Putar kesemua bahan hingga gebu
Sapu atas kek bila sejuk.

Ahad, 8 Mac 2026

EGG DROP SOUP

Assalam buat semua..
Hidangan menu sahur 18 Ramadan
Dah kurang semua selera makan,saya buat menu berkuah dan makan panas-panas masa sahur.
Nampak berselera juga,Syurga2 saya makan sahur pagi ini.
Resepi mudah dan ringkas ini kredit untuk KA
Let's try buat

EGG DROP SOUP

Bahan
1 paket Tofu telur(3 batang)
4 biji telur- dikacau
3 ulas bawang putih-cincang
1 biji bawang merah-hiris
2 kiub pati ayam
3 batang Crab stik -hiris memanjang
3 biji cendawan-hiris
4 cawan air
1/2 biji karot-dadu kecil
3 sudu tepung jagung larutkan dengan 3 sudu air
1 sudu minyak bijan
1 sudu gula
1 sudu lada putih

Untuk tabur
Daun bawang
Bawang goreng

Cara membuatnya
(A)Goreng Tofu
Salut Tofu dengan tepung jagung
Panaskan minyak dan goreng hingga Tofu perang keemasan.
Ketepikan

(B)Tumis bahan
Buang sedikit minyak lebihan goreng tadi,tumiskan bawang putih,bawang merah hingga naik bau/wangi.
Tambahkan air,kiub pati ayam dan karot
Rebus hingga lobak lembut

(C)Pekatkan kuah
Kecilkan api,tuang telur perlahan-lahan sambil di kacau lembut untuk hasilkan bentuk bertali.
Masukkan bancuhan tepung jagung

(D)Tambah bahan lain
Masukkan Crab stik,cendawan,lada putih,gula dan minyak bijan.Kacau sebentar

(E)Hidangan
Taburkan daun bawang dan bawang goreng.

Tip
1.Masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit untuk elakkan kuah terlalu pekat

2.Kecilkan api semasa tuang telur untuk elak telur jadi keras.

Selasa, 20 Januari 2026

YONG TAU FU


 Assalam buat semua..
Resepi pertama di tahun 2026
Saya pernah sekali dulu buat Yong Tau Fu.
Kali ini ulang lagi sebab hari-hari dok lintas depan mata,rasa macam teringin pula nak makan
Boleh saja nak beli kat Pasar malam tapi rasa puashati sikit bila buat sendiri,
yang penting boleh menambah!

Yong Tau Fu yang bermaksud Tauhu 
sumbat pada asalnya mengunakan kulit tepung gandum
Bila zaman sudah berubah,macam-macam pula disumbat guna sayuran samada dikukus,celur atau goreng
Intinya boleh guna isi ikan 
Kuah pula ada dua jenis iaitu kuah hitam dan merah
boleh juga dimakan dengan kuah sup
Saya hanya buat kuah merah sahaja pada kali ini

YONG TAU FU

Bahan inti
Isi Ikan tenggiri
1 labu bawang besar
1 labu bawang putih
Serbuk lada hitam
Serbuk lada sulah
1 sudu besar tepung ubi

Kisar isi ikan bersama semua bawang
Masukkan kedalam mangkuk
Tambah serbuk kada sulah,serbuk lada hitam dan tepung ubi
Gaul rata dan ketepikan

Bahan sayur(pilihan sendiri,)
Terung
Lada hijau
Bendi
Peria
Cendawan Shiitake
Makanan Sejuk beku
Sayur kangkung
Telur puyuh(pilihan)

Bahan kuah
Bawang putih
10 tangkai cili kering
Gula melaka
Tepung jagung
Bijan
Garam gula,perasa
Kacang tumbuk(pilihan)

Cara membuatnya
Belah sayur bendi,cili hijau,keluarkan biji
Peria potong bulat,keluarkan biji dan rendam sekejap dalam air bercampur garam untuk buang pahit.
Terung potong serong sederhana tebal dan belah tengah jangan sampai putus
Sumbat kesemuanya dengan isi Ikan sampai habis
Kukus sekejap dan hanya terung digoreng
Sayur kangkung dan makanan sejuk beku di celur

Kuah
Lada kering digoreng dengan sedikit minyak hingga garing
Toskan dan kisar dengan bawang putih
Masukkan kedalam periuk tambah gula melaka dan air secukupnya
Masak hingga mendidih,tambah tepung jagung,garam,gula dan perasa ikut citarasa sendiri.
Boleh tambah bijan dalam kuah

Bila menghidang
Potong sayuran,letak kuah dan tabur kacang jika suka