Selasa, 26 Februari 2013

SAYUR CENDAWAN DAN UDANG


Salam bahagia buat semua..

Sayur ini di masak untuk hidangan tengahari.Seperti biasa saya masak sayur yang mudah dan ringkas sahaja.Ia adalah campuran cendawan tiram dan udang serta isi tauhu.Jom kita tengok resepinya

SAYUR CENDAWAN DAN UDANG
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan

150 gm cendawan tiram-siat kecil
1 pokok sayur pak choy 
1 biji lada merah-potong bulat
10 ekor udang
5 ulas bawang putih-ketuk
1 labu bawang besar
1 kiub pati ikan bilis
2 sudu besar sos tiram
1sudu kecil gula
1 keping tauhu-goreng dan hancur kasar isinya
air secukupnya-untuk kuah
minyak untuk menumis

Cara membuatnya
  • Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga naik baunya.
  • Masukkan air secukupnya dan tambahkan cendawan tiram,udang dan sos tiram ,gula serta kiub pati ikan bilis.
  • Masak hingga mendidih sekejap.Sesuaikan rasanya dan bolehlah di hidangkan.

Isnin, 25 Februari 2013

KEK BUAH KUKUS


Salam bahagia buat semua...

Hari ini saya postkan satu lagi resepi kek yang dah lama saya ingin cuba membuatnya.Selalunya tak jadi nak buat sebab kebanyakkan resepi masa mengukusnya adalah 4 jam,tapi yang ni masanya hanyalah 90 minit sahaja.Teringat masa masuk kelas baking dulu-dulu(sekarang ni tidak lagi)chef tu ada cakap,mana-mana kek buah yang kita buat tak kiralah guna buah kering jenis mana pun,sukatan buahnya mestilah sebanyak 500 gm.
Tengoklah kek buah saya tu penuh dengan buah merata-rata!tak rasa makan kek,rasa makan mixed fruits sahaja pula...

KEK BUAH KUKUS
Sumber:Alex Goh 
dari  KakZu Semanisgula.blogspot

Bahan-bahan

150 gm air
100 gm mentega
1 20 gm gula perang
500 gm mixed fruits
3 biji telur
200 gm tepung gandum
1 1/2 sudu kecil double action baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
80 gm walnut  tak letak
80 gm badam cincang

Cara membuatnya
  • Ayak tepung gandum,double action baking powder dan soda bikarbonat.Panaskan periuk kukusan.
  • Masak air,mentega dan gula perang hingga gula larut dan sebati.Masukkan mixed fruits dan sejukkan seketika.
  • Putarkan telur dan masukkan ke dalam adunan tadi.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata.Tambahkan walnut dan badam cincang.
  • Masukkan adunan ke ke dalam loyang yang telah berlapik dengan baking sheet.
  • Kukus selama 90 minit atau sehingga masak dengan api yang besar.
  • Bila masak sejukkan dahulu sebelum di potong .
 
 Nota,
  • Jika kek sudah sejuk simpan di dalam bekas yang bertutup rapat(tupperware la tu! )supaya kek tidak menjadi kering.
  • Kek ini boleh tahan lebih dari seminggu jika di simpan di dalam peti ais atau bungkus sahaja di dalam aluminium foil kemas-kemas, letak kat freezer boleh tahan berbulan lamanya.
  • Tak perlu di simpan di dalam peti ais untuk di sejukkan kerana walaupun di sejukkan di dalam suhu bilik kek ini tetap cantik untuk di potong

Ahad, 24 Februari 2013

KAKI AYAM MASAK TAUCU


Salam bahagia buat semua...

Saya masak taucu lagi tapi kali ini menggunakan kaki ayam pula.Tak payah le nak beli kolagen yang mahal-mahal tu,makan kolagen asli dari kaki ayam ni pun boleh juga kan!.Tapi di khaskan untuk orang yang suka makan kaki ayam sahaja.Yang tak boleh tengok dan tak biasa makan baik lupakan sahaja,beli saja kolagen kat kedai..habis cerita.
Kembali kepada cerita resepi Kaki ayam masak taucu....

KAKI AYAM MASAK TAUCU
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 1/2 kg kaki ayam-potong dua dan rebus empuk
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 3 batang serai-di ketuk
  • 3 sudu besar taucu 
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 cawan air rebusan kaki ayam
  • 4 tangkai cili padi - ketuk
  • 1 labu bawang besar -belah dua dan potong nipis
  • gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Cara membuatnya
  • Bawang merah,bawang putih dan halia di tumbuk bersama.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar dan kacau lagi .Biar cili masak.masukkan taucu.
  • Masukkan kaki ayam tadi beserta  bawang besar,serai dan cili padi serta kicap manis.Boleh tambah sedikit air lagi dari sukatan di atas, jika ingin kuah yg banyak.
  • Masukkan gula dan seimbangkan rasa, jika tak cukup masin boleh tambah sedikit garam.
  • Reneh sebentar hingga kaki ayam lembut dalam kuah. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih. 

 

Sabtu, 23 Februari 2013

MUFFIN BERCOKLAT SUSU

Salam bahagia buat semua...

Saya buat kek cawan lagi setelah mendapat permintaan dari anak-anak.Kali ini menggunakan resepi dari Majalah Saji.Nampak seperti sesuai sekali untuk anak-anak saya yang suka makan kek coklat tambahan pula di letakkan coklat keping di atasnya. Lagi dia orang suka! ...

MUFFIN BERCOKLAT SUSU
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan

125 gm mentega
100 gm gula kastor
2 biji telur
50 ml.susu coklat
100 gm tepung naik sendiri
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh esen vanila
coklat keping secukupnya   saya guna Milo choco bar

Cara membuatnya
  • Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  • Masukkan telur dan pukul lagi.Masukkan esen vanila,susu,tepung naik sendiri dan serbuk koko berselang -seli hingga habis.
  • Gaul rata dan tuang ke dalam acuan  muffin.Bakar dalam ketuhar bersuhu 180'C selama 20 minit hingga masak.
  • Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan dahulu sebelum di hias mengikut kreativiti sendiri.
  • Saya meletakkan topping coklat ganache dan sekeping coklat susu di atasnya.

Jumaat, 22 Februari 2013

PUDING ROTI NENAS


Salam bahagia di pagi Jumaat yang mulia ini...

Setelah beberapa hari tidak menulis di sini ,saya kembali semula ke dapur maya ini dengan resepi Puding roti nenas.Saya menyediakan puding roti ini di dalam acuan kecil-kecil supaya senang di makan.Boleh juga di bakar di dalam loyang yang sesuai dan kemudiannya di potong.

PUDING ROTI NENAS
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan

7 keping roti potong empat
1 cawan susu segar
1 cawan susu cair
1sudu teh esen vanila
1 sudu besar jus pekat oren sunquick/mangga
1 tin nenas tin(gegelang ) atau nenas kiub
3 sudu besar marjerin-cairkan
3 biji telur -di pukul
1/2 cawan gula/susu pekat manis
mixed fruit secukupnya
secubit garam

Cara menyediakan
  • Satukan telur,gula/susu pekat dan marjerin.Pukul sebentar.
  • Tambahkan susu segar ,susu cair ,esen vanila,jus pekat oren sunquick serta sedikit  garam dan gaul sebati.
  • Celupkan roti dan susun dalam bekas yang sudah berlengserkan marjerin.Lapiskan dengan potongan nenas dan mixed fruit
  • Ulang sehingga roti habis dan di bahgian atas hendaklah di akhiri dengan lapisan nenas dan mixed fruit.
  • Bakar selama 35 minit pada suhu 190'C.
  • Sejukkan dahulu sebelum di potong. 

Isnin, 18 Februari 2013

IKAN MASAK TAUCU

Salam bahagia buat semua..

Ikan masak taucu ini di kongsi resepinya dari blog Kak Ummi.Saya menggunakan Ikan cermin yang mempunyai isi yang banyak.Sedap di makan tentulah dengan nasi panas.Tengok my bodyguard makan dengan berselera sekali siap menambah nasi lagi!Saya tidak menambah garam lagi kedalam masakan ini kerana taucu sudah sedia masin.

IKAN MASAK TAUCU
Resepi: ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/ thanks

 
Bahan- bahan

  • 2 ekor ikan selar -saiz besar  
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 4 ulas bawang merah - dihiris nipis
  • 3 ulas bawang putih - hiris nipis
  • 2 cm halia - hiris batang mancis
  • 4 batang serai   saya tambah
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 3 sudu besar taucu
  • 1/3 cawan air
  • 2 tangkai cili merah - belah 4
  • 2 tangkai cili hijau - belah 4
  • 4 tangkai cili padi - ketuk sikit
  • 1 labu bawang besar - potong gegelang bulat
  • garam-jika perlu
  • 1 sudu besar kicap manis  saya tambah
  • gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Cara membuatnya

  • Ikan di cuci bersih, kelar dan lumur dengan garam dan serbuk kunyit.Biarkan 10 minit dan goreng 3/4 garing, letakkan di dalam pinggan yang sesuai.
  • Ambil 1/4 cawan minyak gorengan ikan, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia,serai hingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar dan kacau lagi biar cili masak.
  • Masukkan air asam jawa dan reneh biar mendidih sebentar.
  • Masukkan ikan tadi beserta taucu dan bawang besar dan cili hidup. Boleh tambah sedikit air lagi dari sukatan di atas, jika ingin kuah yg banyak.
  • Masukkan gula dan seimbangkan rasa, jika tak cukup masin boleh tambah sedikit garam.
  • Reneh sebentar hingga ikan lembut dalam kuah. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih.

Ahad, 17 Februari 2013

ROTI SALAD dan SOSEJ



 As-Salam buat semua..
Satu lagi resepi roti yang mudah dan ringkas dari dapur saya.Kalau makan roti ni tak payah lagi makan nasi ,sebiji dah terasa kenyang!hee..he sebenarnya kejap je kenyang ,tak lama kemudian cari nasi juga..Roti yang penuh dengan salad ni, confirm dah bukan pilihan anak-anak sebab dia orang tak makan salad dan sosej.Siapa lagi yang makan kalau bukan saya dan my bodyguard!

ROTI SALAD dan SOSEJ
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan

4 batang sosej daging/ayam
4 biji roti hamlet
2 biji tomato-belah empat
beberapa keping daun salad madu
serbuk lada hitam
serbuk lada sulah
mayonis
sos cili
marjerin
minyak zaitun

Cara membuatnya
  • Belah sosej di tengah tetapi jangan sampai putus.Perasakan sosej dengan serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah.Ketepikan sebentar.
  • Letakkan sosej di dalam pemanggang ajaib/kuali non-stick dan renjiskan minyak zaitun ke atas sosej tadi.
  • Panggang sosej hingga masak.Angkat dan sejukkan.
  • Roti di belah tengah,jangan sampai putus dan sapukan marjerin.
  • Alaskan daun salad di tengah-tengah roti dan letakkan sekeping sosej.Tambahkan hirisan tomato.
  • Picitkan mayonis dan sos cili ke atas sosej.Sedia untuk di hidangkan.

Sabtu, 16 Februari 2013

PUFF COKLAT PISANG


Salam bahagia buat semua..

Saya menghabiskan cuti hari ke -3 ini dengan menerima kedatangan tetamu.Bangun masak pukul enam pagi lagi dan hampir pukul sepuluh barulah siap sepenuhnya.Tengahari ada lagi tetamu datang dan sebelah petang ada lagi orang datang memasang lampu kat dapur.Itupun kira tetamu juga!.tetamu datang membawa seribu rahmat  buat rumah kita.Hari yang penuh dengan keberkatan..
Saya buat Puff coklat pisang yang menjadi kesukaan anak -anak .. tentunya sebab ia ada coklat!  kena buat coklat lebih sikit ,nanti masa makan coklat di tambah lagi ke dalam puff..
 
PUFF COKLAT PISANG 
Sumber:Majalah keluarga Sept.2008

Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan

3 keping paratha Kawan
3 biji pisang-hiris bulat
1 biji kuning telur -di pukul sedikit  
coklat ganache secukupnya(coklat masakan di cairkan dan di tambah dengan krim putar)

Cara membuatnya
  • Di dalam mangkuk campurkan hirisan pisang dengan coklat ganache dan gaul sehingga rata.
  • Keluarkan paratha dari freezer dan nyah -beku sekejap.Potong kepada dua bahagian.
  • Letakkan adunan coklat pisang dan lipat dua paratha tersebut.Lekatkan tepinya dan dengan menekan secara perlahan menggunakan garfu.
  • Sapu dengan telur di atas permukaan paratha sehingga rata.
  • Bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 190'C selama 10 minit sehingga paratha menjadi warna coklat keemasan dan mengembung lapisannya.
  • Sejukkan sebentar sebelum di potong. 

Jumaat, 15 Februari 2013

PENNE GORENG

As-Salam buat semua..

Penne adalah salah satu dari berjenis-jenis pasta yang ada di pasaran.Bentuknya agak besar sedikit dari saiz pasta yang lain.Kalau makan tu mudah saja cepat kenyang.Selain dari ayam ia juga boleh di campur dengan pelbagai bahan lain seperti udang,daging dan sosej dan pelbagai sayuran untuk menambahkan lagi kesedapannya apabila di masak.Penne goreng adalah masakan ringkas yang saya selalu buat jika tidak makan nasi.

PENNE GORENG
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan

250 gm Penne-di rebus dan toskan
100 gm brokoli
4 sudu besar sos pasta Prego tradisonal
3 ulas bawang putih-cincang
1labu bawang bombay-potong dadu
1 keping isi dada ayam-potong kecil
2 biji tomato kecil-potong 4
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
garam/gula secukup rasa-  pilihan
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 kiub pati ayam
minyak zaitun/minyak masak

Cara membuatnya
  • Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih cincang dan bawang bombay dadu hingga wangi dan masukkan isi ayam serta sedikit air.
  • Bila ayam sudah masak,masukkan sos pasta,sos tiram dan sos cili,kiub pati ayam dan pasta yang telah di rebus tadi dan gaul rata.
  • Goreng sebentar lagi hingga semuanya bergaul rata dan sebati barulah di masukkan brokoli dan tomato.
  • Tambahkan serbuk lada hitam.Jika perlu tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  • Angkat dan hidangkan.

PUDING JAGUNG


Salam bahagia di pagi Jumaat yang mulia buat semua...

Hari ini saya nak entrikan satu lagi resepi Puding jagung yang saya buat menggunakan resepi dari F&N @My resepi.Resepi puding jagung yang enak ini sedap di makan sejuk-sejuk.Ia boleh di potong atau di letakkan ke dalam acuan kecil.
PUDING JAGUNG
Resepi:F&N@My resepi

Bahan-bahan

1 cawan tepung kastard
1 cawan jagung manis/sweet cream corn
3/4 cawan gula halus
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair
sedikit garam *
1 sudu besar tepung jagung *
1 sudu besar marjerin *
ketiga-tiga bahan bertanda* saya tambah 

Cara membuatnya
  • Campurkan tepung kastard,gula,jagung manis,tepung jagung,sedikit garam dan gula.
  • Kacau sehingga pekat dan berkilat di atas api sederhana.Setelah adunan pekat tambah satu sudu besar merjerin.
  • Angkat dan tuang ke dalam acuan pilihan dan sejukkan sebentar sebelum di masukkan ke dalam peti sejuk.

Khamis, 14 Februari 2013

TART NENAS

Salam bahagia buat semua..

Lama sudah saya tidak membuat cookies.Last sekali saya buat ialah pada bulan puasa tahun lepas.Bila terjumpa resepi Tart nenas ni kat Noorsha .blogspot terus saya ingin cuba membuatnya.Best juga dapat makan cookies bukan pada musim perayaan.Cepat je habis. Saya menggunakan jem nenas yang di beli di kedai bakery.Penat oo.. mau kacau itu jem nenas sampai masak.

TART NENAS
Sumber:Noorsha.blogspot.tq!

Bahan-bahan

250 gm mentega
420 gm tepung gandum
2 biji kuning telur
4 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil esen vanila

Cara membuatnya
  • Pukul mentega dan kuning telur sampai kembang.Masukkan susu pekat dan esen vanila.Pukul lagi.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli,kalau agak lembik tambah tepung sedikit.
  • Terap dengan acuan tart dan hias dengan jem nenas.
  • Bakar pada suhu 150'C selama 30 minit.

SOSEJ GORENG SAYUR


Salam bahagia buat semua...

Saya masak sosej ini setelah ianya lama tersimpan di dalam peti ais.Beli buat stok ingatkan anak-anak ingin memakannya tetapi rupanya mereka tidak berminat dengan sosej jadi terpaksalah saya yang menghabiskannya.

SOSEJ GORENG SAYUR
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan

4 batang sosej ayam-potong bulat
1 labu bawang besar-potong nipis
5 ulas bawang putih-di ketuk
1 biji lada hijau besar*
1 biji lada merah besar*belah tengah, buang biji,potong kecil
1 gulung kecil suhun-rendam air
1 sudu besar udang kering-di tumbuk sedikit
1 biji tomato-buang biji ,potong kecil
3 helai daun kubis-potong kecil
1/2 kiub pati ikan bilis
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh gula
1/4 cawan air
minyak zaitun/minyak masak

Cara membuatnya
  • Panaskan sedikit minyak zaitun dan tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
  • Masukkan udang kering dan hirisan sosej ayam ,sos tiram serta di gaul rata.Tambah 1/4 cawan air.
  • Tambahkan daun kubis,suhun(potong pendek),lada merah dan hijau serta tomato.
  • Perisakan dengan serbuk pati ikan bilis dan gula secukup rasa.Masukkan serbuk lada hitam.Goreng sebentar lagi dan bolehlah dia angkat dan hidangkan.

Rabu, 13 Februari 2013

KEK YOGURT KISMIS

Salam bahagia buat semua...

Resepi asal kek ini adalah Kek Oren Kismis dari blog Kak Ummi.Ia adalah kek mentega kosong yang di tambah yogurt dan kismis.Al kisahnya semasa ingin membuatnya ,3 bahan yang saya perlukan tiada dalam peti Doraemon lalu saya tukar kepada bahan yang saya ada pada masa tu dan jadilah Kek yogurt kismis ini.Untuk resepi asal boleh lihat di blog Ummi@home sweet home.Thanks!..
KEK YOGURT KISMIS
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
125 gm. mentega
150 gm gula kastor
3 biji telur gred B
225 tepung naik sendiri-di ayak
1 bekas yogurt perisa mangga
2 sudu besar susu pekat manis 
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan kismis-gaul dgn.sedikit tepung agar tidak mendap di dalam kek
1 sudu kecil esen vanila
kepingan badam -hiasan

Cara membuatnya
  • Gris loyang dan alas dengan baking sheet.Panaskan oven pada suhu 160'C.
  • Pukul mentega dan gula hingga putih dan gebu.
  • Masukkan yogurt dan pukul lagi.
  • Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga adunan nampak gebu.
  • Masukkan tepung secara kaup- balik hingga sebati.Masukkan kismis dan gaul rata.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang.Saya menggunakan loyang bulat yang berlubang di tengah. Taburkan kepingan badam di atas adunan kek dan bakar selama 45 minit /sehingga kek masak.
  • Sejukkan sebentar sebelum di potong.

Selasa, 12 Februari 2013

AYAM MASAK PEDAS

Salam bahagia buat semua..

Resepi Ayam masak pedas ini saya kongsi dari Majalah Keluarga.Ia menggunakan isi dada ayam dan sesuai di makan bersama nasi putih.Aroma daun limau purut menambahkan lagi keenakan masakan ayam ini.

AYAM MASAK PEDAS
Olahan:daridapursuzana


Bahan-bahan

300 gm isi dada ayam
2 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar sos cili
1 labu bawang besar-potong dadu
5 ulas bawang putih
5 biji cili padi
2 batang serai
4 helai daun limau purut
sedikit potongan daun bawang/sup
minyak untuk menumis
gula dan garam secukup rasa

Cara membuatnya
  • Hiris nipis serai dan daun limau purut.Cili padi pula di potong halus.Bawang putih di ketuk.
  • Isi dada ayam di potong kecil-kecil.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga wangi dan masukkan cili kering kisar dan goreng hingga cili garing.
  • Masukkaj isi dada ayam dan bahan-bahan lain dan gaul hingga rata dan masak di atas api yang sederhana.
  • Tambahkan gula dan garam secukup rasa.Bila semuanya masak bolehlah di hidangkan.

Isnin, 11 Februari 2013

JEJARI ROTI DIP JAGUNG

Salam bahagia buat semua...

Hari ini adalah hari ke-3 saya menghabiskan cuti di rumah,makan kenduri sana-sini,badan pun rasa semakin berat..hari ini banyak masa di habiskan dengan blog walking ke sana ke mari sambil cari kawan baru,baca resepi yang sedap-sedap(semuanya rasa nak cuba buat) dan follow blog-blog yang menarik.Dapat ramai kawan kat alam maya ni best juga.Secara tidak langsung lebih ramai orang kita dapat berhubung walau tidak kenal antara satu sama lain dan yang penting dapat kongsi resepi yang menarik.Resepi hari ini adalah resepi ringkas dari Majalah Sedap.

Rasanya rangup dan ketika sedang membuatnya juga kita teringin terus  menikmatinya!..
 
JEJARI ROTI DIP JAGUNG
Sumber:Majalah Sedap bil.29,2010

Bahan-bahan
5 keping roti tawar-potong tepinya
3 sudu makan mentega-di cairkan

Bahan pencelup/dip
100 gm mayonis
75 gm krim jagung manis
30 gm keju cheddar parut

Cara membuatnya
  • Sapukan roti dengan mentega cair.Potong memanjang selebar 1 cm.
  • Bakar selama 10 minit dengan suhu 180'C sehingga roti jadi rangup/kering.Sejukkan sebentar.
  • Bahan pencelup/dip di campurkan kesemuanya dan di kacau rata.Saya tambah 1 sudu teh gula untuk imbangkan rasanya.
  • Hidangkan roti dengan bahan pencelup/dip.
*Roti bakar ini boleh di simpan di dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk bersama pencelupnya jika ingin di makan sejuk.Roti tetap juga rangup.

TOFU KUAH PEKAT

Salam bahagia buat semua...

Hari ini saya akan menghadiri kenduri di rumah ibu saudara tapi sebelum tu nak juga masukkan satu lagi entri masakan semalam iaitu Tofu kuah pekat. Resepinya adalah dari blog Ieyda lesung batu.Thanks Ieyda di atas perkongsian resepi yang sedap ni.Tofu telur yang garing di luar dan lembut di dalam amat sesuai di masak secara begini.Saya tidak menggunakan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah sebaliknya hanya menambahkan telur sahaja.Jadi kuahnya tidaklah pekat sangat.. 

TOFU KUAH PEKAT
Sumber:lesungbatuieyda.blogspot.com  .thanks. Bahan-bahan

6 batang tofu telur
2 ulas bawang putih-di hiris
1 biji telur-di pukul
300 ml.air
1 inci halia-cincang
garam secukup rasa
serbuklada putih
2 sudu besar sos tiram
air bancuhan tepung jagung
sedikit minyak bijan
daun bawang/sup-potong halus
1/2 batang seleri -potong bulat   saya tambah
cili merah-hiasan

Cara membuatnya
  • Potong tofu bulat-bulat,celup tepung dan goreng hingga perang.
  • Toskan dan ketepikan dahulu.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan halia.
  • Masukkan air,serbuk lada putih,sos tiram,batang seleri dan garam scukup rasa.Saya letak sedikit gula untuk imbangkan rasanya.
  • Didihkan sebentar dan masukkan bancuhan tepung jagung.
  • Kuah akan memekat dan masukkan telur sambil terus mengacau.
  • Masukkan daun bawang dan daun sup bersama cili merah.
  • Tutup api dan masukkan minyak bijan sambil di kacau rata.
  • Susun tofu goreng di atas pinggang yang sesuai.
  • Tuangkan sup kuah pekat ke atas tofu dan hidangkan.

Ahad, 10 Februari 2013

BROWNIES NOUGAT

Salam bahagia buat semua..

Brownies ini rasanya amat sedap bagi saya.Walaupun bahagian atasnya lebih manis tetapi ia di seimbangkan dengan bahagian bawah yang kurang manis.Jika di letak lama sedikit dalam peti ais bahagian atasnya akan mengeras sedikit tetapi oleh kerana saya nak ajak ia bergambar, masih lembik-lembik pun dah kena tangkap gambar! resepinya adalah dari blog Norlieharumaini.Thanks Norlie izinkan saya salin di dapur ini pula...

BROWNIES NOUGAT
Resepi:Za
Sumber:norlieharumaini.blogspot.com/ thanks

Bahan-bahan

150 ml putih telor
100 gm gula halus
1/2 sudu teh cream of tartar
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh ovallete
125 gm tepung gandum
100 ml mentega -dicairkan)
1 sudu besar serbuk koko

Topping

50 gm mentega

25 ml susu pekat manis
almond nib (panggang)

Pukul mentega dengan susu pekat manis dan letak almond nib.


Cara membuatnya 
  • Panaskan pengukus terlebih dahulu.
  • Pukul putih telur hingga kembang, kemudian masukkan mentega, gula halus, cream of tartar, esen vanila dan ovallete.Pukul sebati. 
  • Masukkan pula tepung gandum sedikit demi sedikit, pukul sebati. 
  • Bahagikan adunan kepada dua, 1 bahagian dicampurkan serbuk koko. 
  • Sapukan loyang dengan sedikit mentega dan masukkan adunan putih dan coklat berselang seli. dan kukus hingga masak.
  • Setelah diangkat dan sejuk,bolehlah disapu pada permukaan brownies dengan topping. 
  • Taburkan badam di atasnya.(saya seperti Norlie,selepas membancuh topping, gaulkan terus badam di dalam toppingnya kemudian barulah diletakkan di atas brownies)
  • Letakkan  di dalam peti ais ,apabila bahagian atas sedikit keras barulah di potong.

TERUNG GORENG CILI

As-Salam buat semua...

Sayur untuk hari ini adalah masakan Sayur terung goreng cili yang di makan bersama Nasi putih dan Ikan goreng,simple sahaja tetapi ia membuka selera.Saya menggunakan terung bulat yang di belah dua.

TERUNG GORENG CILI
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan

10 biji terung bulat-belah dua 
2 ulas bawang merah
5 biji cili padi
1/2 labu bawang besar-hiris nipis
3 ulas bawang putih
50 gm ikan bilis
sedikit sos ikan

Cara membuatnya
  • Panaskan sedikit minyak dan goreng terung sekejap.Ketepikan.
  • Tumbuk bawang merah,bawang putih dan cili padi bersama hingga hancur.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan yang di tumbuk dan bawang besar tadi.
  • Masukkan terung dan ikan bilis dan di gaul rata. Tambahkan sos ikan secukup rasa.
  • Angkat dan hidangkan.