Kita nak tulis karangan hari ini.Dah hobi menulis balik apa yang dah dibaca,nak buat macam mana.Tulis ajelah...kisah ini saya dapat dari seorang kawan dekat e-mail box saya.Sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya.
Kisah si kecil Ita.........(yang membuatku menitis air mata))
Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat.Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan.Dicubanya pada kereta baru ayahnya.Ya....kerana kereta itu berwarna gelap,lakarannya jelas.Hari itu ibubapanya bermotosikal ke tempat kerja.
Penuh sebelah kanan ,dia beredar ke sebelah kiri kereta .Kejadian itu langsung tidak di sedari oleh pembantu rumah.
Pulang petang itu,terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun di beli,berbatik-batik .Si bapa yang belum pun masuk ke dalam rumah terus menjerit,'siapa punya kerja ni?'.Pembantu rumah yang terkejut dengan jeritan itu berlari keluar.'Tak tahu...!'saya tak tahu tuan..!
'Duduk rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?'herdik si isteri lagi.
Tiba-tiba anaknya berlari keluar dari bilik.Dengan penuh manja dia berkata'Ita buat ayah...cantikkan?'katanya menarik ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya,terus di pukul bertalu-talu tapak tangan anaknya.Ita yang tidak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan.
Puas memukul tapak tangan,si ayah memukul pula belakang tangan anaknya.Si ibu berdiam diri.Mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang di berikan .Pembantu rumah melopong.Tak tahu nak buat apa-apa.Sungguh kesian dan terasa sedih.Namun dia sangat takut.Selepas puas memukul kedua-dua tangan anaknya,si bapa masuk ke dalam rumah diikuti oleh si ibu.Pembantu rumah segera mengendong anak keci itu masuk ke dalam biliknya.
Dilihatnya tapak dan belakang tangan si anak calar balar.Segera dimandikannya sambil menangis teresak -esak kedua-duanya.Anak kecil itu pula menjerit-jerit kesakitan menahan pedih terkena air.Pembantu rumah kemudiaan menidurkan anak kecil itu.
Keesokkan harinya kedua-dua tangan menjadi bengkak.Pembantu rumah mengadu.'sapukan minyak gamat tu'.kata si bapa.Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang duduk di bilik pembantu.Kononnya mahu mengajar anaknya itu.
Tiga hari berlalu,si ayah dan ibu langsung tidak menjenguk anaknya tetapi setiap hari,si ibu bertanya pada pembantu rumah.'..Ita demam...'jawab pembantu ringkas.'Bagi makan Panadol tu',balas si ibu.
Sebelum tidur si ibu mnjenguk bilik pembantunya.Apabila dilihat anaknya itu dalam pelukan pembantu rumah,dia menutup semula pintu.Masuk hari ke-4,pembantu rumah memberitahu,bahawa suhu badan Ita terlalu panas.'petang nanti kita bawa ke klinik,pukul 5.00 petang siap' kata majikannya.
Si anak yang longlai di bawa ke klinik dan kemudiannya di rujuk ke hospital besar kerana keadaannya nya serius.Selepas seminggu di wad pediatrik doktor memnggil kedua-dua ibubapanya.
'tiada pilihan...'katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan anaknya di potong sebab ia sudah menjadi gangrene.Ia sudah bernanah ,demi nyawanya tangan perlu di potong dari siku ke bawah' kata doktor.Si ibu meraung merangkul anaknya .Dengan tangan terketar-ketar si bapa menandangi surat kebenaran pembedahan .Keluar dari bilik pembedahan ,selepas kesan ubat bius habis ,si anak menangis kesakitan dan terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut.Di renung muka ayah dan ibunya,kemudian ke wajah pembantu rumah....'abah...mama.. Ita tak buat lagi.Ita tak mahu ayah pukul.Ita tak mahu jahat.Ita sayang abah ..sayang mama dan kak Narti katanya berulang kali.
Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis..'..abah bagilah balik tanganIita.Buat apa ambil...Ita janji tak buat lagi!Ita nak makan macam mana?Ita janji tak conteng kereta lagi.Abah bagi balik tangan Ita '...,katanya bertalu-talu.Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.Takdir yang sudah terjadi tiada manusia yang dapat menahannya.
Didiklah dan pukullah anak anda denga penuh kasih sayang,bukan untuk lepaskan geram dan marah anda.
Walaupun manusia sering melakukan kesilapan ...mungkin ada yang boleh di maafkan atau di perbetulkan semula.Dan ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujung.Terlajak perahu boleh di undur .Terlajak perbuatan sesal selamanya.....Allah maha besar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan