style="text-align: center"

Sabtu, 29 Oktober 2011

LONTONG/KUAH LODEH

As-Salam semua..resipi kuah lodeh ini saya buat semasa hari raya ke -3 yang lepas tapi baru sekarang dapat giliran nak masuk ke blog.Resipi asal  di ambil dari blog Potret kasih.Terimakasih ye.Saya ingin berkongsi di sini pula sebagai rujukan di masa akan datang.

SAYUR LODEH
Sumber:Potret kasih

Bahan-bahan
  • 1/2 biji kobis
  • 1 biji karot
  • 1 biji terung
  • 20 btg kacang panjang
  • 1 keping tempe  – dipotong dan di goreng sebentar.
  • 4 biji kentang - dipotong kecil
  • 1 paket suhun ( 50 g )
  • 2 keping tauhu-di goreng dan di potong kiub
  • 100 g udang basah
  • 1 1/2 kelapa parut ( ambil  2 mangkuk besar santan, santan cair dan santan pekat )
  • 2 keping fucuk
  • garam/gula secukup rasa

Bahan kisar
  • 1 sudu besar udang kering
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang merah
  • 3/4 inci halia
  • 3/4 inci lengkuas
  • 1 batang serai
  • 4 biji cili merah
  • 1 inci kunyit hidup

Cara membuatnya
  • Semua sayuran di bersihkan dan dipotong kecil-kecil.
  • Tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
  • Kemudian masukkan santan cair dan kentang. Masak hingga kuah mendidih dan kentang hampir empuk.
  • Masukkan  santan pekat dan sayuran yang lain, suhun, fucuk,tauhu dan udang. Kacau selalu agar santan tidak pecah.
  • Masak hingga sayur layu, sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
 Nasi impit
  • Paling senang, beli yang siap di jual dalam plastik, jenama berbagai (Nona, Adabi dan sebagai)
  • Basuh plastik berisi beras dan rebus dalam air yang melitupi plastik beras .Kalau air kurang, tambah lagi ke dalam periuk.
  • Semasa di dalam periuk balik- balikkan kampit nasi supaya masaknya rata.
  • Boleh di masukkan daun pandan dan garam ke dalam air rebusan.
  • Apabila sudah masak, angkat nasi impit, kemudian perlulah di sejukkan selama 12 jam sebelum dipotong. Jika tidak, nasi impit  tidak akan menjadi mampat. 
*biasanya arahan memasak nasi impit sudah ada di plastik pembungkusan.
    * kuah lodeh yang saya buat di atas tidak di letakkan banyak sayur-anakku tak makan sayur!

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan