Sabtu, 29 Oktober 2011

TELUR DADAR BERSAYUR

Salam bahagia buat semua ...

Petang tadi kakak membuat permohonan(bunyi macam isi borang je!) nak makan telur dadar yang di hiris cili di dalamnya serta di letakkan sedikit sayur.Baru-baru ni dia dah mula' termakan' sayur.Saya suka juga sebab pola pemakanannya dah berubah.Sekarang ni dia suka makan fresh tomato di buat ulam.Hari-hari makan tomato tapi hanya makan tomato besar yang di beli kat Tesco sahaja.Tomato beli kat pasar tak nak makan..katanya masam!.Ini adalah salah satu menu kegemaran kakak.Besok-besok kalau kakak nak buat telur ni sila rujuk resipi di bawah ye!.senang sangat...

TELUR DADAR BERSAYUR
sumber:Dari dapursuzana

Bahan-bahan
  • 2 biji telur
  • 1 helai daun kubis-hiris halus
  • 1 biji lada merah-hiris nipis
  • garam secukup rasa
  • sedikit daun ketumbar-hiris nipis
  • 1 sudu besar bawang merah kisar
Cara membuatnya
  • Panaskan secukup minyak di dalam kuali.
  • Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul hingga sedikit kembang.
  • Masukkan bawang kisar, lada merah,kubis,daun ketumbar dan  garam.
  • Kacau hingga bergaul rata.
  • Bila minyak panas,masukkan adunan telur dengan perlahan-lahan.
  • Tunggu sehingga bahagian bawah garing baru balikkan di sebelah lagi.
  • Bila masak ,angkat dan hidangkan .Makan semasa masih panas-panas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan