Jumaat, 18 November 2011

BIHUN SUP TULANG

As- salam!
Bulan ni kerap sungguh entri pasal daging.Ye la daging korban hari tu masih banyak lagi ni tengah sejuk membeku.Sekali masak sikit-sikit, bila la nak habis.Dah macam -macam masakan yang telah di buat dan salah satunya Bihun sup tulang ni.Resipinya saya tengok Blog jom masak-Azila Azmi.Kita juga boleh menggunakan mee.

BIHUN SUP TULANG
Sumber:Jom Masak- Azila Azmi.


Bahan-bahan: 
  • 1 bungkus bihun (dicelur dalam air panas dan masukkan sedikit kunyit)
  • 1 bungkus mee - (dicelur dalam air panas)
Bahan Sup Tulang
  • 1 ½ kg tulang lembu (dicuci bersih)
  • ½ kg daging lembu (dicuci dipotong sebesar tapak tangan)
  • 2 peket Sup Tulang Adabi (bunjut, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga)
  • 2 sudu besar Serbuk Perencah Sup
  • 1 sudu teh biji lada hitam (ditumbuk halus)
  • Garam/gula secukup rasa
  • 4 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Daun sup
  • Daun Bawang
  • Minyak masak
Bahan A (dikisar bersama)
  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Sedikit air
Bahan Sambal Cili Merah (resipi orang utara)

  • 4 biji bawang merah
  • 15 sudu besar cili kisar (kena banyak sebab nak masak sampai pekat)
  • 400ml air
  • Minyak masak
  • Gula dan garam secukup rasa
Bahan Sambal Cili Hitam (resipi orang selatan)
  • 2 ulas bawang putih
  • 10 biji cili api (kalau nak pedas,  lebihkan)
  • Kicap
  • 1 biji limau nipis (ambil air perahan)
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Minyak masak
Bahan-bahan lain
  • Tauhu (Goreng dan potong halus)
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Telur ayam (direbus dan dipotong)
  • Lobak masin
  • Bawang goreng

Cara membuat sup tulang

  • Tulang dan daging direbus bersama sehingga separuh empuk
  • Masukkan bahan A, perencah sup, set sup tulang Adabi, lada hitam dan garam.
  • Masak atas api yang sederhana sehingga daging menjadi lembut.
  • Panaskan kuali lain dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga garing.
  • Apabila sup hampir siap, masukkan bawang yang telah ditumis ke dalam periuk.
  • Taburkan sedikit daun bawang dan daun sup. Sup tulang dah siap...

Cara membuat sambal cili merah

  • Tumiskan bawang merah atas api yang sederhana.
  • Apabila bawang telah kekuningan, masukkan cili kisar.
  • Apabila cili hampir kering, masukkan air
  • Masukkan gula dan garam. Gula letak banyak supaya tidak terlalu pedas.
  • Masak atas api yang perlahan sehingga cili kisar menjadi pekat dan berwarna gelap.
  • Sambal cili merah dah siap.
Cara membuat sambal cili hitam (sambal kicap)
  • Kupas bawang putih dan bersihkan (tak perlu potong)
  • Goreng bawang dalam minyak yang sedikit.
  • Tumbuk cili api dan bawang putih bersama (kalau nak senang, blend)
  • Masukkan gula, garam,kicap dan air perahan asam limau
  • Gaul rata. Sambal cili hitam siap..
Untuk hidangan (1 mangkuk):
  • Potong kecil-kecil daging yang telah direbus.
  • Masukkan bihun/mee.
  • Masukkan bahan untuk hiasan dan sambal cili merah/hitam.
  • Masukkan sup tulang dan daging
  • Siap untuk dimakan.... yummmmyy!
** Saya telah menaburkan sedikit kacang tanah goreng di atas bihun sup.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan