style="text-align: center"

Sabtu, 19 November 2011

KEK COKLAT TIRAMISU

Salam semua..hari ini buat kek lagi .Biasalah cuti sekolah dah bermula.Budak-budak 3 orang tu asyik nak makan saja .Tukang masak ni tak keluar -keluar dapur kalau hari tak kerja.Hari  ni dia orang minta nak makan  kek coklat .Saya buat lagi kek coklat tanpa telur tapi kali ini di lapisi oleh Krim tiramisu. 
KEK COKLAT TIRAMISU
Sumber:Dayangjack.blogspot

Bahan-bahan-Kek coklat moist tanpa telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 2 sdk.serbuk penaik
  • 1 sdk.soda bikarbonat
  • 1/2 sdk.garam halus
  • 1 1/2 cawan gula kastor
  • 3/4 cawan minyak masak/minyak jagung
  • 1 1/2 cawan air kopi /nescafe panas
  • 3/4 cawan susu perisa coklat
  • 1 sdk.esen vanila
  • 2 sdk.cuka
Cara membuatnya
  • Sediakan loyang kek.Griskan dengan mentega dan taburkan sedikit tepung/alas dengan baking sheet.
  • Panaskan oven pada suhu 170-180'c.
  • Di dalam mangkuk adunan ayakkan tepung gandum,serbuk koko,serbuk penaik dan soda bikarbonat.Masukkan garam dan ratakan .
  • Satukan gula,air kopi/nescafe panas,susu segar dan esen vanila ke dalam satu bekas dan bancuh hingga gula larut.
  • Kemudian satukan dengan tepung tadi dan masukkan minyak serta di kacau sebati.
  • Tapiskan adunan dan masukkan cuka dan terus di kacau serta -merta selama 20 saat(guna spatula/senduk kayu).
  • Tuang cepat-cepat adunan kedalam loyang dan bakarlah selama 30-40 min. atau sehingga masak.Suhu bergantung kepada jenis oven masing-masing.Setelah masak ,sejukkan kek terlebih dahulu.
Bahan -bahan Tiramisu
  • 500gm.cream cheese
  • 400gm. whipping cream
  • 100-150 gm.gula aising
  • air nescafe secukupnya
  • serbuk koko
** Saya buat separuh dari bahan-bahan ini.

Cara membuatnya:Pukul cream cheese bersama gula aising hingga sebati.Kemudian masukkan whipping cream.Putar lagi hingga kembang dan gebu.

Cara-cara melapis
  • Potong kek coklat menjadi 2 lapis.
  • Susunkan lapisan pertama ke dalam ke dalam loyang atau bekas bersesuaian.
  • Kemudian siramkan dengan air nescafe di atasnya.Lapiskan dengan adunan tiramisu.
  • Ulangi proses hingga habis dan di akhiri dengan lapisan tiramisu di permukaannya.
  • Sejukkan selama 3-4 jam.
  • Kemudian ayakkan serbuk koko pada permukaan kek dan hiaslah mengikut kesukaan masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan