style="text-align: center"

Sabtu, 12 November 2011

UBI KAYU KUKUS

As-Salam semua,sekarang ni musim hujan jadi sesiapa yang tanam ubi kenalah di gali cepat-cepat supaya tak rosak tenggelam dalam air.Saya pun dapat ubi kayu,Mak su kat depan rumah yang bagi.Ubi kayu yang gemuk dan besar itu telah di parut di mana sebahagiannya saya ambil untuk buat kuih ini dan separuh lagi buat Bingka ubi, kira stock clearance terus.

Ia adalah kuih kesukaan kakak.Kalau buat kuih ni dia sorang je yang makan banyak.Saya nak makan juga tapi kena tahan le takut dia tak cukup nanti kena buat lagi.Proses membuatnya agak lama juga.Lenguh tangan memarut ubi kayu.Kuih tradisional memang sedap di makan tapi nak membuatnya memakan masa yang lama bagi saya yang tak biasa ni.

UBI KAYU KUKUS
Bahan-bahan
  • ubi kayu-di parut
  • gula melaka-hiris halus
  • gula /garam
  • kelapa muda-parut
Cara membuatnya
  • Panaskan pengukus sehingga air mendidih.
  • Ubi kayu parut di gaul bersama gula melaka,gula dan garam secukup rasa.
  • Bulat-bulatkan dan letak dalam acuan kecil atau aturkan satu-satu dalam loyang besar.
  • Kukus sampai masak(ubi kayu kelihatan jernih)
  • Bila masak sejukkan sedikit dan letakkan kelapa parut di atasnya.
  • Bolehlah di hidangkan .Rasanya sangat sedap sekali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan