Isnin, 5 Disember 2011

BISKUT BADAM RANGUP


Salam sayang!untuk semua..saya telah mencuba untuk membuat Biskut Badam Rangup ini setelah menengok resipinya kat blog Cik Mat Gebu.Biskut yang sungguh rangup dan sedap sekali ,sekejap je dah habis macam Chipsmore pula.

BISKUT BADAM RANGUP
Sumber:www.tiffinbiru.com/Dapur tanpa sempadan.thanks

Bahan-bahan
  • 150 gm.mentega
  • 100 gm.gula aising
  • 1 biji telur gred A
  • 1/2 sdt.esen vanila
  • 100 gm. tepung gandum
  • 100 gm.tepung kastard
  • 75 gm.tepung jagung
  • 50 gm.serbuk badam
  • 50gm.tepung gandum(extra) 
bahan hiasan-telur kuning dan badam cincang secukupnya.

Cara membuatnya                              
  • Satukan tepung gandum,tepung kastard dan tepung jagung dan kemudiannya di ayak.
  • Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim.Masukkan telur dan esen vanila.Terus memukul hingga gebu.
  • Sementara itu gaul serbuk badam bersama tepung yang telah di ayak,kemudian masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, gunakan speed perlahan.
  • Jika adunan terlalu lembik ,masukkan sedikit lagi tepung gandum extra hingga adunan tidak melekit.Biarkan adunan sekejap.
  • Ambil sedikit doh dan canai 1/2 cm.tebal,terap dengan acuan kesukaan  dan susun di atas dulang pembakar.
  • Sapu kuning telur dan taburkan badam cincang,tekan sedikit supaya badam melekat.Bakar dalam oven yang telah di panaskan pada suhu 175'C selama 15-20 min.
  • Sejukkan dahulu sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.
** Saya telah menyapu susu pekat manis di atas biskut ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan