Isnin, 5 Disember 2011

CUTI-CUTI MALAYSIA-sambungan

CERITA DAN GAMBAR HARI KE-4

Untuk acara jalan-jalan seterusnya adalah ke Taman Tasik Titiwangsa.Tapi sebaik sahaja sampai,hujan rintik-rintik turun pula.Walaupun hujan, Azim dan sepupu kembarnya Darwish dan Damia nak main jugak.Mujur juga baby Adeeb tak basah.Saya dan keluarga tinggal di rumah mereka sepanjang berada di K-el.Hujan pun hujan la, janji dapat main.
Taman Tasik Titiwangsa yang terletak di Jalan Kuantan merupakan sebuah kawasan riadah yang terletak di timur laut Kuala Lumpur. Ia mempunyai sebuah taman di tepi tasik dan mempunyai kemudahan sampan kayuh, kayak, taman permainan kanak-kanak, padang permainan lalu lintas, menunggang kuda dan pancutan air berirama. Terdapat juga gelanggang tenis, kompleks sukan, dewan skuasy dan lain-lain kemudahan sukan.
 
Seronok sungguh mereka bertiga main sampai tak sedar hari semakin gelap,dan terpaksa balik juga sebab hujan .Tak apa la Azim, nanti lain kali kita datang lagi(bila la pulak!).Saya nak ambil banyak gambar macam selalu pun tak sempat.Adalah juga snap beberapa keping ditengah-tengah hujan turun tu,buat kenangan.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan