Apabila cuti sekolah bermula,kanak-kanak kelihatan begitu ceria kerana mereka boleh relaks dan bermain.Namun begitu mereka boleh terlepas makanan seimbang kerana banyak masa di gunakan untuk bermain dan berjalan ke sana -sini.Jadi adalah penting untuk anak -anak terus mendapat nutrien yang seimbang supaya sentiasa bertenaga.Alangkah baiknya kalau kita dapat menyajikan mereka makanan yang tidak sahaja berkhasiat dalam apa bentuk sekalipun, pasti memberi sentuhan istimewa kepada citarasa mereka.Salah satunya adalah minuman milo.Saya adalah ahli Dear Nestle semenjak tahun 1994 lagi.Jadi entri ni nak promote minuman milo agaknya.Ye la kita kan dah lama jadi ahli.Apa salahnya saya letak resipi dari dapur Dear Nestle untuk menghargai mereka yang selalu hantar resipi untuk saya di sini.
MILO DINOSAUR
Sumber:resipi@dear nestle
Bahan-bahan
- 6 sdb.serbuk milo
- 1/2 sdb.krimer manis
- 340 ml.air sejuk
- 1 cawan ketul ais hancur
- tambahan serbuk milo
Cara membuatnya
- Bancuh serbuk milo dengan krimer manis di dalam gelas.
- Tuang air sejuk dan kacau sebati.
- Masukkan ais hancur dan kacau.
- Tambahkan /taburkan 2 sdb.serbuk milo
- Sedia untuk di minum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan